Blog Archive

December 19, 2016

Jutawan Shaklee vs Jutawan MLM?

Ada beza ke Shaklee dengan MLM. Bukan ke Shaklee ni memang mlm ke?

Jawapan Atiey,,ya betul. Shaklee adalah mlm. Tapi bukan seperti yang difikirkan. Bayangan skeptikal kita, mlm ni kena join sampai lewat malam. Setiap minggu ada je kena bawak orang baru.

Sebenarnya benda  begini mencemarkan nama mlm tu sendiri. Sebab tu saya pilih Shaklee. Bukan diajar semata-mata untuk mencari downline tapi atiey dilatih untuk kongsi kebaikan produk. Maknanya memang wujud produk.

Soal upline kaya downline miskin tak timbul dalam Shaklee sebab atiey akan dapat bonus bergantung pada sales yang atiey buat. Maknanya, kalau ada 100 downlines pun tapi jualan kosong, tak layak dapat bonus jugak. Ini sangat adil. Sape usaha, dia dapat.

Seterusnya untuk meyakinkan lagi, jom baca apa kata Ustaz Dr Zaharuddin.


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


Apa yang Atiey boleh katakan, sepanjang atiey berShaklee ni, tak pernah atiey dipaksa untuk melaburkan hingga beribu untuk menujukkan komitmen. Hanya RM69 untuk yuran keahlian seumur hidup, atiey bebas untuk membuat belian pada harga ahli. Sebut tentang harga, harga jualan runcit produk Shaklee adalah selaras dan tidak menindas pembeli. Ianya harga mampu milik senilai dengan khasiat dan manfaat.

Sebagai downline, atiey telah menerima tunjuk ajar dan bimbingan dari upline atiey secara online dan offline. Suka sangat sebab para leader tak pernah show off kereta mewah dan harta. Tak pernah diajar macam tu pun. Kami cuma berkongsi kebaikan dan khasiat produk. 

Bab sistem komisyen tak perlu risau. Semasa belian ada disertakan manual perniagaan. Dalam tu memang jelas dan sangat mudah untuk difahami.Jangan risau kena tipu jika anda memilih upline yang bertanggungjawab. Ingat, Shaklee tidak pernah  memaksa ahlinya untuk berbelanja sejumlah besar untuk membeli pangkat. kami jual produk yang bermanfaat untuk kesihatan. Sijil halal? Mestilah ada. Jom jadi jutawan Shaklee.


Boleh hubungi atiey jika ada sebarang persoalan.


Atiey Mohamad
013-9218084
attieymohamad@gmail.com

1 comment:

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...