Blog Archive

December 1, 2016

Apa Punca Dapat Penyakit Kencing Manis Ketika Hamil


Kenapa orang lain pregnant ok je. Tiba-tiba anda kena kencing manis pulak?
Sebelum ni ok je kan.

Sebenarnya boleh kata benda ni dah jadi kebiasaan bagi ibu hamil. Atiey pernah terbaca satu article yang ditulis oleh Dr. Muhammad Izzat yang merupakan seorang registrar O&G di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Katanya dalam 100 orang wanita hamil, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, 18% wanita mengandung akan dihantui penyakit kencing manis ini.

Kalau anda hanya dikenal pasti mendapat penyakit kencing manis sejak mula mengandung, ia dikenali sebagai Gestational Diabetes.   

Masalah ni berlaku kerana terdapat rintangan insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan kita untuk mengatur kawalan paras gula dalam darah untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Ia menyebabkan paras gula dalam darah ibu meningkat.

Seingat atiey, masa sebulan dua atau trimester pertama tu, masalah macam ni tak ketara sangat tapi  biasa ia terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan. Trimester kedua dan ketiga.



Siapa Yang Berisiko?


Bukan semua mak-mak yang  hamil tu berisiko tapi kalau ada faktor-faktor macam kat bawah ni, lebih baik berjaga-jaga.


  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4kg atau pun lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  • Ibu bapa, adik-beradik yang ada mengalami Diabetes

Ada Ke Cara Untuk Mengetahui Jika Anda Mempunyai Kencing Manis Dalam Kehamilan?


Biasanya, bila kita mempunyai salah satu faktor yang atiey nyatakan kat atas tu, kita perlu menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung.

Senang je ujian tu. Minum air gula!

Ujian biasanya dibuat di awal kehamilan dan akan diulang lagi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Jangan lupa untuk berpuasa pada sebelah malam jika ujian dibuat keesokannya tau. Tak boleh makan kecuali minum air kosong/ air mineral je.

Pada awal pagi esoknya, sebelum sarapan, ujian darah akan dilakukan dahulu. Lepas tu baru kita diminta menghabiskan larutan gula yang disediakan.

Selepas dua jam, ujian darah akan dibuat sekali lagi.


Memang masa ujian kali kedua ni kadangkala Atiey nervous jugak. takut tersangkut kan. Alhamdulillah, result normal. Namun ujian ini akan diulang lagi ketika usia kandungan adalag 24 hingga 28 minggu.

Diabetes Gestasi tidak menunjukkan sebarang simptom atau atanda-tanda tetapi mungkin anda ada mengalami perkara berikut?


  • Keletihan
  • Dahaga yang melampau
  • Buang air kecil dengan banyak
  • Penglihatan kabur

Jika anda mengalami empat tanda ni, maklumkan kepada doktor. Jangan takut untuk bertanya. Jika betul anda mengalaminya, langkah-langkah awal penting untuk emmastikan bayi dalam kandungan selamat dan sihat.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...