Blog Archive

November 11, 2016

Tips Hentikan Selsema Anak Dengan Cepat

Anak-anak selsema, atiey dah mula sibuk buat n sapu minyak bawang putih. Dulu biarkan elok sendiri tapi bila hingus tak dikeluarkan jadi benda lain pulak.

Selain sapu minyak bawang putih kat tapak kaki, dada dan belakang, petua dari orang dulu-dulu atiey try jugak. Kunyit tu lenyek dalam minyak masak atau minyak zaitun. Pastu sapu nipis kat atas tulang hidung sampai ubun-ubun.

Bila mandi, cepat-cepat lap dan keringkan rambut. Jangan bagi sejuk lama-lama. Pakaikan baju sentiasa.

Lagi satu cari Nutriferon dalam peti ais dan taruk setengah sachet pagi, setengah sachet petang. Vitamin C memang tak miss. Kalau mood anak-anak ok, bagi Omega Guard sebiji sehari tak tinggal.

Dah sembuh, Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...