Blog Archive

November 1, 2016

Bahaya Apabila Selalu Alami Sakit- sakit Belakang

Siapa yang masih minum susu sebagai minuman harian  dengan jayanya sampai sekarang? Maksud atiey dari zaman sekolah hinggalah dah masuk umur 30an ni..

Masa zaman sekolah dulu atiey suka juga minum susu tapi bila dah masuk awal 20an, dah tak boleh minum. Rupanya alahan laktosa. Jadi kembung dan sakit perut. Jadi terpaksa lupakan terus susu tepung.

Tapi lupa pulak sumber kalsium ni bukan susu je. Ada banyak lagi macam pisang, kacang almond, brokoli, tofu, susu soya, ikan salmon, yogurt dan keju.

Masalahnya, saya tak ambil pengganti susu tu secukupnya.

Bila dah kurang kalsium, macam-macam boleh jadi tau. Akhir 20an saya dah kerap kejang otot. Bila pregnant, makin menjadi-jadilah.

Sakit dan lenguh badan, mudah sakit pinggang dan susah nak tidur. Bangun pagi paling tak best sebab satu badan tak fresh.

Sampai satu masa atiey rasa macam tak boleh nak biarkan sebab dah mula rasa kebas-kebas di hujung jari. Berlarutan beberapa minggu.

Simptom lain bila kekurangan kalsium ni adalah cepat naik angin dah mudah terkejut, luka lambat sembuh dan darah lambat beku, masalah sakit sendi kerana tisu kolagen sukar terbentuk, kadar metabolisme menurun, risiko penyakit darah tinggi dan jantung, rasa letih dan lesu tak berdaya dan rambut gugur.

Jangan sangka bila tak cukup kalsium, ia hanya melibatkan osteophorosis semata-mata tau. Tak boleh pandang ringan. Ambil langkah awal. Kalau alah laktosa macam atiey, make sure top up dengan makanan/sumber kalsium lain.

Badan kita ni satu ni je yang original . Takde ganti. Alhamdulillah, atiey bersyukur sebab masih sempat ambil langkah yang betul. Takde dah kebas-kebas tu semua.😊

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...