Blog Archive

October 22, 2016

Keradangan dan Inflamasi. Adakah ia diperlukan ?



Bagi saya, keradangan ni bila mana-mana bahagian tubuh kita mula merah dan membengkak dan ia merupakan tindak balas dari badan jika berlaku sesuatu seperti disengat, luka atau terdedah kepada apa-apa bahan berbahaya.


Tapi rupa-rupanya, keradangan adalah lebih dari sekadar apa yang kita boleh nampak.

MAKSUD KERADANGAN


Keradangan atau kita sebut juga inflamasi (bukan inflasi tau) adalah normal dan sebenarnya penting untuk tubuh kita.


Ia merupakan tindak balas semula jadi sistem pertahanan badan seseorang terhadap ancaman atau kerosakan pada tubuh kita. Macam yang atiey cakap pasal kena sengat tadi la.


Keradangan berlaku untuk mempertahankan tubuh dari terus terjejas. Bila kerosakan dan dibaiki dan hilang, ia kembali seperti sebelumnya.


JENIS KERADANGAN

Keradangan ni ada 2 jenis.

1- Keradangan / inflamasi akut (acute inflammation)
2- Keradangan / inflamasi kronik ( chronic inflammation)



Jenis yang pertama, keradangan / inflamasi akut (acute inflammation) biasanya tindak balasnya cepat dan selalunya berpunca daripada jangkitan bakteria ataupun kecederaan pada tisu badan.


Ia berlaku dalam tempoh yang pendek dan mempunyai ciri-ciri berikut:
- kemerahan / rubor
- panas / calor
- bengkak / tumor
- sakit / dolor
- kegagalan berfungsi / functio laesa


Contoh mudah ialah masalah jerawat. Sebahagiannya disebabkan keradangan pada liang kulit yang tersumbat dan ia mengalami jangkitan.


Bila inflamasi ni terjadi, jerawat yang muncul biasanya kemerah-merahan, membengkak, sakit bila disentuh/ ditekan dan bernanah.


Antara contoh lain ketadangan akut ni ialah resdung ( sinusitis) , sakit tekak (punca dari demam atau selsema) , tonsilitis  dan gout akut.



Untuk jenis yang kedua iaitu  keradangan / inflamasi kronik ( chronic inflammation), ia berlaku apabila badan kita dijangkiti virus ataupun sebarang bendasing yang lebih kuat dan keradangan berpanjangan dalam tempoh yang lama.


Dalam keadaan ini, badan kita memerlukan masa yang panjang untuk melawan virus ataupun bendasing tersebut.


Inilah yang disebut keradangan kronik.


Mereka yang mengalami penyakit sakit sendi yang menyebabkan bengkak ( Rheumatoid arthritis)  adalah  contoh yang kita boleh lihat di mana sistem pertahanan badannya bertindakbalas terhadap tisu-tisu yang sihat dan menyebabkan keradangan.


Masalah auto-imun seperti SLE juga dikategorikan sebagai chronic inflammation.

Faham ke faham.. ?

Setiap penyakit tu bukanlah tiba-tiba muncul melainkan ia berpunca dari tindakbalas terhadap bendasing atau sesuatu yang boleh memudaratkan tubuh kita.


Keradangan ni berlaku untuk mempertahankan badan kita dan ia merupakan sebahagian daripada sistem imuniti seseorang tu.


Jadi, bagaimana nak atasi keradangan ni?

Jangan ketinggalan untuk mengikutinya  di entri yang berikut. Cara Mengatasi Keradangan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...