Blog Archive

September 29, 2016

Ucapkan Kata-kata Positif Ketika Anak Hampir Terlelap


Malam tadi, Adib sangatlah aktif padahal bangun dah awal. Sepatutnya pukul 8 dah tidur tapi malam tadi pukul 10 masih lompat situ sini.


Ummi dah surrender. So, pass baton kat abi la pulak.


After half an hour, baru reda. Tu pun lepas tutup lampu dan semua diam jangan bercakap.


Ummi pura-pura tidur. Dalam 5 minit camtu tengok dah hampir nak lelap. Mata dah pejam cuma tangan masih bergerak-gerak genggam baju ummi.


Ummi bacakan doa tidur dan bisik kat Adib.
" Esok kita sambung main ye. Bangun pagi, mandi."

...dan ada lagilah pesanan ummi yang lain.


Pagi tadi bangun memang pagi. Pukul 7.15 camtu. Lepas tu mengamuk sebab kakak mandi tak tunggu dia. Masa Adib bangun tu kakak Raisha dah lap rambut.


So, percayalah bahawa minda bawah sedar anak kecil kita snagat peka ketika saat hampir tidur tu. Masa tu kita dinasihatkan untuk membisikkan kata-kata yang baik-baik serta pesanan dan harapan serta nasihat kepada mereka.

Selamat mencuba ye.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...