Blog Archive

April 29, 2016

Tip Bila Anak 5 Tahun Nak Join Lawatan Sekolah

Apa perasaan ibu ayah semua bila anak seusia 4 hingga 5 tahun minta kebenaran nak join lawatan sekolah?

Terus bagi dengan yakin atau ada tercuit rasa ragu-ragu boleh ke tak, boleh ke tak?

Desa water park

Macam Attiey, bila Raisha bagitahu PASTI dia akan adakan satu laawatan ke Farm City Sri Kembangan dan Desa Water Park, mula-mula rasa macam 50/50 je nak bagi dia join tapi lepas bincang dengan encik suami, terus jadi 80/20.

80% bagi, 20% kalau Raisha batuk atau cuaca terlalu panas, mungkin tak bagilah.

Abi Raisha memang seorang yang suka Raisha aktif join apa je kat sekolah tu. Dari Raisha taknak, terus jadi berani. Bagus tak.

Bagi Attiey, nak bagi anak p join lawatan sekolah ada beberapa tip la yang nak kongsi dengan u'olls.


Pertama, pastikan anak kita dalam keadaan sihat dan tak demam atau apa-apa masalah yang boleh membimbangkan kita serta cikgu-cikgu. Tak naklah memeningkan cikgu-cikgu yang bawa diorang pulakkan.


Kedua, tahu sedikit sebanyak tentang tempat yang diorang nak pergi tu. Contohnya macam Raisha ni ada masalah sikit sebulan dua ni bila attach dengan air terlebih masa. Faham tak..nak kata lama sangat tak jugak. Cuma dia tak boleh main air lama-lama sekarang ni, nanti batuk-batuk dan kena nebulizer. kadang semput kadang tak. Jadi, Attiey pesan kat Raisha. Nak mandi air boleh tapi kalau boleh jangan berendam sampai dada. Balik semalam, memang dia report semua apa dia buat.


Ketiga, peranan kita sebagai mak ayah bila kita dah tahu anak kita ni jenis cerewet bab makan dan memilih apa yang dia nak makan. Raisha ni kalau tak kena dengan selera dia, silap-silap dia tak makanlah menu hari tu. Jadi, sebab dah tahu nanti sarapan cikgu-cikgu nak bagi roti sosej ( Raisha tak suka roti), jadi Attiey terus bagi sarapan bubur sebelum dia p sekolah tu. Kiranya dah alas perutla kan.

Sama juga dengan air. memang cikgu pesan tak perlu bawak botol air sebab nanti dibekalkan air mineral. Tapi kita fahamlah budak-budak kalau nak buka botol tu ada yang reti ada yang tak. Jadi sama ada kita belikan air kotak atau bawa je botol minuman yang senang dibuka.


Satu hari juga diorang semalam sampai Attiey kat umah rasa sunyi pulak tak dengar suara Raisha. hehe.

So far, cikgu-cikgu Raisha bagitahu dia memang boleh diharap dan dah bijak so Attiey rasa yakinlah nak bagi Raisha happy dengan kawan-kawan dia.

Lepas ni,  saraf makin banyak berhubung nampaknya. Alhamdulillah. Kena top up Omega Guard Shaklee ni. Hihi


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
 Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

April 27, 2016

Panduan Memilih Protein Yang Berkualiti



Duk belek-belk nota-nota lama dan jumpa satu info yang attiey rasa nak kongsi dengan u'olls.

Selalu kalau kita fikir protein, mesti nak kaitkan dengan telur, ayam, ikan, keju, susu dan daging kan?
Tapi pernah tak terfikir kenapa dan adakah kita ni perlukan protein?

Fungsi protein ni banyak tau.

Boleh kata dari hujung rambut sampai hujung kaki, semua perlukan protein. Apa camtu pulakkkk?


Ok, sebab protein ni penting untuk bina dan baiki sel-sel tisu badan, hormon dan enzim. Nak-nak lagi bila stress.


Keadaan tertekan, kehamilan, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan lagi keperluan protein yang berkualiti. Kalau protein yang kita ambil tu tak berkualiti, bayangkan sel-sel yang terbina tu jadi macam mana? Jadi tak berkualiti la kan... Kesan mudah kalau wanita hamil tak dapat cukup protein yang baik, apa jadi pada baby dalam kandungan?


Balik pada yang attiey bagitahu awal tadi. Dari rambut, kuku, dan kulit kita ni hampir merupakan protein pada keseluruhannya.Untuk memastikannya berada pada tahap tip top ( rambut bersinar, kuku cantik, kulit mulus), kita perlukan protein yang berkualiti la kan.


Dari sumber-sumber tertentu, kita disuruh agar mengurangkan lemak dalam diet kita namun sedar tak dalam bekalan protein yang kita ambil tu (daging, susu,keju) juga mengandungi banyak lemak.


Jadi, jawapannya adalah makanan tambahan protein boleh menyediakan protein tanpa lemak umtuk kita. Ia juga merupakan kunci bagi tindak balas imun yang betul untuk melawan jangkitan.


Mana nak cari?


Attiey cadangkan pilihlah supplemen protein yang


  • mempunyai kandungan lemak yang rendah. Lebih kurang 1 gram dalam campuran adalah dianggap baik untuk dipilih. 


  • mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protein"


  • mempunyai semua asid amino perlu dan kadar keberkesannya (PER) harus sekurang-kurangnya 205 (kualiti)


  • tidak mengandungi pengawet, pewarna tiruan, pemanis atau perisa



Pilihan yang attiey syorkan adalah ESP Shaklee


Manfaat dan khasiatnya sangat tinggi seperti yang attiey ceritakan dalam entri sebelum ni..

 Bagaimana dengan feedback dari mereka yang telah mengamalkan ESP ni?


TESTIMONI #1

 



TESTIMONI #2



Jadi, pilihlah protein  yang paling baik untuk pembinaan sel baru serta baik pulih sel yang rosak tu. Ingat, tubuh badan kita satu ni je..takde lain dah.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

Cara Vivix Bertindak Untuk Melawan Penyakit

3 bulan berturut-turut berlangsungnya Promosi Twin Pack Vivix dan bakal berakhir hujung bulan ni.



Bagi yang dah grab pek berkembar dan jimat sehingga hampir RM200 beserta keahlian PERCUMA tu, Tahniah la sebab u'olls buat pilihan tepat.

Yela, sape nak bagi diskaun dari RM900++ jadi RM700++ kan.

Bagi yang masih mencari-cari bagaimana Vivix ni bertindak, meh baca sini dulu.

Apa yang paling utama kita kena tahu bahawa Vivix ni mampu menembusi hingga peringkat sel DNA seseorang.  Bayangkan bagaimana dalamnya dia p masuk tu.

Badan kita ni dahla terdiri daripada berbilion-bilion (nak sebut pun tak gheti sebab banyak sangat) sel tau. Ada sel yang bina tisu,bina otot dan juga organ.

Darah pun camtu jugaklah. Ada berbillion-billion sel darah merah, sel darah putih, dan banyak lagi berkaitan darah. Hebat tak hebatnya, sel-sel dalam tubuh kita ni bertukar ganti lebih 300 billion sehari dan 200 juta sel untuk setiap minit. Subhanallah.


Jika ada sel-sel yang rosak atau abnormal,sel-sel ini mampu merebak dan menjadi teruk jika dibiarkan. Inilah punca sesetengah panyakit kronik seperti kanser, kerosakan buah pinggang, jantung dan lain-lain lagi.

Terhasilnya Vivix ni adalah sebagai satu penyelesaian (hampir) yang baru dan moden namun masih lagi mengekalkan 3 ciri utama iaitu 

  • semula jadi
  • berkesan 
  • selamat


Suka rasa nak bagitahu bahawa Shaklee satu-satunya organisasi ataupun syarikat supplemen yang berjaya mengetengahkan hasil kajian dan penciptaan yang sangat hebat ni. 


Kenapa?


Vivix mampu bertindak hingga ke sistem selular sel tubuh manusia. 


Bagaimana?

Ia terjadi melalui 4 cara iaitu;






1. Membaiki dan melindungi sel

Fungsi terbaik vivix ialah membaiki dan melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. bukan bermakna sel kita tak rosak terus jika kita ambil vivix, tetapi kadar kerosakan itu diperlahankan dan dapat dilindungi oleh resvertrol dan polyphenol yg tinggi dalam vivix. Percaya atau tidak, tapi inilah fungsi vivix yang tidak didapati dalam supplemen lain.


2. Mempertahankan dan mengawal genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur sel. Dalam satu penemuan utama dalam ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.



3. Memberi tenaga kepada sel (Mitokondria)

Satu lagi tindakan hebat vivix ialah dipanggil mitokondria ataupun penjana tenaga kepada sel. Mitokondria mempengaruhi prestasi sel. Jika kecekapan mitokondria menurun, prestasi sel juga akan memendekkan usia sel. Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tenaga dalam sel.



4. Meningkatkan prestasi sel dan melambatkan penghasilan protein AGE

AGE (Advance Glycation End products) adalah bahan akhir hasil daripada diproses oleh sel badan. Ia sgt mebahaya dan merosakkan pada tahap selular. Age ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel2 dan juga sistem tubuh badan manusia. Ia boleh menyebabkan banyak punca kepada penyakit kronik jika dibiarkan tanpa pencegahan.





Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih kuat Resveratrol sahaja yang mampu melambatkan pengumpulan protien Age dalam sel tubuh manusia.

Vivix telah diamalkan oleh ramai orang dan berikut adalah kesan yang telah diperolehi oleh mereka.


TESTIMONI VIVIX & TIROID
 



TESTIMONI VIVIX & MEROKOK  Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

April 20, 2016

Set Detoks Shaklee

.



Set Detoks Shaklee:

1. Alfalfa (large)
2. DTX Complex
3. Herblax
4. Peppermint Ginger Plus
5. Vivix

Bagaimana nak tahu nahawa badan kita tu perlu detoks atau tidak?

10 Simptom anda perlukan detoks:

1. Berat badan berlebihan. Sukar kurus
2. Sukar buang air besar. Sembelit
3. Kulit kusam. Jerawat
4. Mudah letih dan mengantuk
5. Suka mengunyah. Food craving
6. Kurang fokus. Mudah lupa
7. Badan tidak menyerap nutrisi
8. Mudah jatuh sakit. Imun rendah
9. Sukar tidur malam
10. Stres


Jika ada salah satu simptom di atas, maknanya badan anda penuh toksik


Detox segera dengan set detoks Shaklee.


Kelebihan set detoks Shaklee:

1. PERCUMA paper bag #LiveAmazing
2. PERCUMA MEMBERSHIP Shaklee
3. PERCUMA penghantaran ke mana2 di Malaysia
4. Cash bonus 5%


Sangat berbaloi kan?


Sasaran utama adalah bersihkan toksin seluruh badan. Paling penting sekali, sasaran untuk turunkan berat 4 kg dalam 1 minggu. Yang ni dah ada yang mampu turun beberapa kg juga walaupun baru 5 hari.

Bunyi macam best je kan..
.
Jom Detoks


Hubungi Attiey untuk pertanyaan dan join program detoks ni ok.
Whatsapps : 0139218084

April 19, 2016

Cara Merawat Gout Yang Diyakini & Terbukti Berkesan



Attiey sangkakan gout ni menyakitkan sebab asid-asid tu menyerang sendi-sendi namun ternyata sangkaan tu salah.


Yela, masa tu tak study betul-betul kan.


Apakah Gout?


Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sebab tu bila tengok orang yang kena gout, selalu kakinya bengkak kan.


Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. 


Puncanya apa? Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.


Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi.


Haa...macam tu rupanya kan.


Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang bermula daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.


Bila dah gout ni, memang kena tengok-tengok sikitlah apa yang dimakan. 


Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. 


Sebenarnya, pemecahan purine dalam makanan inilah yang akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak.



                                  

Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.


Cara mengatasi

  • Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis) 
  • Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik. 
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate. 
  • Kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik. 
  • Bersenam

Cadangan Supplemen 


Vivix

Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan


Testimoni Vivix & Gout #1
~Puan Zarith;

"Ayah menderita gout berpuluh tahun. Pain killer dan ubat gout peneman setiap hari. Salah makan sikit je mesti gout datang. jalan sampai memapah dinding.

Tapi, sejak amalkan vivix satu sudu kecil setiap hari, Alhamdulillah takde lagi gout menjengah. Yang bestnya,boleh tinggalkan dah ubat gout dan painkiller yang bertahun ambik tu. Dan ayah dah boleh makan makanan kegemaran semula! Syukur Alhamdulillah"


Testimoni Vivix & Gout #2
~Puan Khadeejah

"Sebelum pergi ke Jepun, saya supply apak saya dengan berbotol-botol Vivix. Kesianlah tengok. Asyik bertongkat je bila berjalan. Tapi Alhamdulillah lepas amalkan pagi dan malam, tengok ha, sakan tak apak ai. Tongkat pun tak bawak tau. Tiap hari minimum jalan kaki 15 minit. " 



Fungsi terbaik vivix ialah membaiki dan melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. bukan bermakna sel kita tak rosak terus jika kita ambil vivix, tetapi kadar kerosakan itu diperlahankan dan dapat dilindungi oleh resvertrol dan polyphenol yg tinggi dalam vivix. 

Percaya atau tidak, tapi inilah fungsi vivix yang tidak didapati dalam supplemen lain.


Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Attiey ok. Jangan risau tentang bajet sebab kita boleh bincang lagi tau.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

April 18, 2016

Perlu Ke Detoks?

Ok, nak tahu tubuh kita ni perlu detoks atau tak, cuba semak kesihatan masing-masing .

Caranya baca setiap kenyataan kat bawah ni dan tulis dalam kertas anda sendiri Ya atau Tidak




Kemudiaan kirakan banyak Ya atau sebaliknya.


Kalau jawapan anda banyak yang positif (YA), makanya ia membawa maksud anda memang perlukan detoks dalam masa terdekat.

Apa lagi...hubungi Attiey sekarang juga untuk join program detoks dan amalkannya secepat mungkin..


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

Cara Rawat Anak Demam, Selsema dan Batuk Tanpa Bergantung Pada Ubat

Dalam sebulan, pasti akan ada sekurang-kurangnya sekali anak-anak terkena sama ada demam, selsema atau batuk. Kalau bukan salah satu, ketiga-tiganya sekaligus.

Kalau kena kat Raisha dan Adib memang Attiey susah hati sebab panas badan diorang susah nak turun. Adakalanya turun tapi akan naik secara tiba-tiba terutama sekali waktu lewat malam. Memang tak boleh tidur nyenyakla kami.

Sekejap -sekejap buat water spongy, sekejap-sekejap gosokkan badan.

Itu baru demamkan. Kalau selsema pulak, diorang merengek susah nak menyusu dan sukar tidur. Ini biasa tapi memang bikin kita susah hati kan. Kesian kat anak-anak.

Kalau boleh nak tanggung bagi pihak mereka.

Selalunya, dah demam n selsema..akan masuk fasa seterusnya. Kahak dari selsema buat mereka batuk. Lebih teruk akan membawa ke semput.

Adib yang belum pandai keluarkan kahak buat Attiey susah hati. Tapi, Raisha yang besar pun masih tak bebas dari semput. Bila dah terkena, sampai sedut nebulizer lah.

Boleh ke perkara ni dikurangkan dengan harapan terus berhenti?

Demam tu penyakit yang tak boleh dijangka kan tapi Attiey percaya kita boleh usaha untuk mengurangkannya serta ambil langkah awal.

Begitu juga dengan selsema dan batuk.

Attiey nak yang terbaik untuk anak-anak dan cari makanan tambahan buat mereka.


Attiey mulakan dengan Chewable Vitamin C yang tak ada perisa serta pewarna tiruan. Attiey masukkan dalam susu botol diorang sebiji sehari untuk kuatkan sistem imun tubuh mereka lawan virus.


Pastikan anak-anak ni minum air dengan cukup tau.


Sekali seminggu Attiey up dengan Nutriferon sebagai imune booster.


Omega Guard sentiasa ada dalam simpanan untuk bantuan bila Raisha atau Adib mula selsema dan batuk. Omega Guard ni mampu mencairkan kahak dan mengelakkan semput.


Malam ni bagi, kesan boleh nampak dengan segera keesokkan harinya.


Kalau bukan kunyah, Attiey masukkan dalam susu diorang.


Sekarang Attiey ada pembantu khas untuk turunkan suhu badan Raisha dan Adib bila demam. Bukan hanya lapkan badan dengan air tetapi juga sapu Krim Herbal Blend seluruh badan.


Terbukti ia menyebabkan suhu badan semakin turun dan turun. Cepat sejuk. Selamat untuk kanak-kanak sebab tak ada paraben.


Adib dah terbiasa dengan krim ni sejak badan dia kena campak tempoh hari. Masa tu setiap hari berkepit dengan herbal blend untuk kurangkan miang. Lani pantang nampak terus minta sapu..huhu


Jadi, Attiey cuma gunakan ;

Chewable Vitamin C 
Nutriferon
Omega Guard
Herbal Blend


Testimoni Omega Guard#1

"Anak kedua saya Humaira start kena nebulizer masa umur 5 bulan lepas demam selsemanya sangat teruk kali pertama. Situasi berulang setiap 2-3 bulan sekali. meronta-ronta bila kena neb. Trauma tengok topeng dan mesin neb kalau ke klinik. Masuk usia setahun paed suggest ambil fish oil untuk bantu masalah dia. Ikhtiar katanye. jangan terusan nebulizer sebab tak bagus untuk jangka panjang.

Alhamdulillah lepas survey rasanya Omega Guard Shaklee yang terbaik untuk dia. 

Konsisten beberapa bulan pengambilan. Usia setahun setengah dia dah tak pernah neb lagi sampai sekarang dah nak masuk usia 4 tahun awal tahun depan. Alhamdulillah."





Testimoni Omega Guard #2




Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi Attiey

Whatsapps/Sms : 0139218084

Konsultansi PERCUMA khas untuk anda yang buat pesanan dengan Attiey.

April 15, 2016

Ubat Senggugut Paling Pantas Hilangkan Sakit Pinggang dan Sakit Perut


Lai lai lai...Attiey dah lama tak alami period pain atau senggugut ni. PMS pun dah jarang- jarang sangat. Itupun tak lama. Kalau esok period, hari ni baru rasa lenguh pinggang. Bab emosi tu say babai dah dan inshaaAllah terkawal.

Tapi hari ni lain pulak ceritanya. Sakit perut tu sakit sungguh. Rasa nak tidur aje. Nk tidur kesian pulak kat anak-anak.

Attiey teringat baru semalam ada mentor Attiey jatuh sebab dilanggar dari belakang sewaktu riadah petang dengan basikalnya. Pastu beliau telan Ostematrix dengan segera sebagai pain killer.


So, Attiey ambik 4 biji Ostematrix, selawat dan telan dengan air kosong.

Agak-agak menjadi tak?

Alhamdulillah,tak sampai setengah jam dah hilang dan tak rasa apa-apa dah. Kejang kaki, cramp bahagian abdomen, lenguh belakang semua hilang camtu aje.

Kalau lah Attiey jumpa Ostemetrix ni dari dulu alangkah beruntungnya.


Set PMS & Senggugut Shaklee



Testimoni #1


Testimoni #2


Testimoni #3


Jadi,  rasa-rasa Ostematrix ni boleh jadi teman sejati kaum wanita tak? Jawapan Attiey mestilah boleh. Lagipun kita tak tahu bila senggugut ni boleh datang kan...

Jom pilih yang semula jadi..

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

Ubat Darah Tinggi Tanpa Menggunakan Dadah

Penyakit darah tinggi bukan benda baharu di negara kita. Kalau dulu hanya golongan berumur sahaja yang berisiko terkena penyakit darah tinggi, sekarang tak lagi. Golongan muda seawal 20-an telah pun mula dikatakan turut berisiko mengalaminya.


Selain dari faktor keturunan, ia  mungkin turut ditambah dengan faktor pemakanan serta aktiviti sosial zaman sekarang. Attiey rasa faktor keadaan yang banyak membuatkan rata-rata dari orang kita cepat berasa tertekan juga menyumbang kepada hal ni.


Darah tinggi terjadi apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlaku secara berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok.


Attiey risau juga dengan keadaan ni. Bimbang kalau-kalau kita tak jaga pemakanan dari sekarang, kesannya akan datang tanpa kita sedari. Lagipun penyakit tekanan darah tinggi tersohor juga dengan gelaran "pembunuh senyap".


Sekali kita dah disahkan terkena, kita terpaksa bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hidup. Kesian organ-organ dalaman kita nanti.


Jadi, Attiey sarankan supaya anda amalkan Set Darah Tinggi Shaklee bagi mengurangkan tekanan darah tinggi berlaku secara tiba-tiba.


ESP
Attiey dah lama amalkan ESP ni dan nak kongsi kebaikannya. Bagusnya ESP ialah ia dapat menurunkan tahap kolestrol dan hasilnya dapat mengelakkan penyakit jantung.

Kalau nak tahu, ESP satu-satunya produk yang ada di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tak boleh dihasilkan oleh tubuh kita kecuali dari pemakanan sahaja.

Bila dah tahu bahawa ia diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral, rasa sangat bernilai dan sayang sangat nak tinggal tau. Lagi pulak, terbukti melalui 2 kajian yang ESP ni bila diambil bersama Vitamin E, dapat mengurangkan 40% kolestrol jahat yang membawa risiko mendapat penyakit darah tinggi dan sakit jantung tu.

Manakala 4 kajian lain pula menyatakan bahawa ESP boleh menghalang kolestrol jahat tadi dari teroksida. Bila dah terhalang,maka risiko untuk terkena strok dan arteri tersumbat dapat dielakkan. Sakit jantung pun tak adalah. InshaaAllah.


Omega Guard
Bagi anda yang ada masalah hipertensi yang mendorong berlakunya tekanan darah ni, Attiey ada berita baik. Omega Guard ni boleh mengurangkan masalah tersebut.

Kajian dari American Heart Association Journal dah menguji 5000 orang dan mengenal pasti sejarah kesihatan serta mengukur tekanan darah mereka pada awal kajian.

Di akhir ujian, mereka mendapati orang-orang yang mengambil  Omega 3, tekanan darah mereka lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambilnya.

Masukkan Omega Guard dalam list anda tau sebab ia dapat bantu melancarkan saluran darah kita sekaligus membuang kolestrol yang dah lama terhasil.


Garlic Complex
Selain mampu mengawal jangkitan, Garlic Complex  juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi tau.

Mak kepada kawan Attiey pernah disahkan mengalami tekanan darah tinggi dan terus pilih Garlic Complex ni 4 biji sekaligus. Haa..bab makan ni kita cerita kemudian.

Selain tu, suka untuk Attiey kongsikan bahawa ia juga berguna untuk membantu menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan sellular.

Pernah tahu tak logam toksik merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi bertambah?

Bagaimana nak singkirkannya? Pilihlah Garlic kerana ia akan keluarkan raksa, plumbum dan kadmium dengan pantas.

Vivix
Satu kajian yang telah disiarkan oleh journal Gerontologi berkaitan tekanan darah tinggi menyatakan bahawa Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam vivix boleh membantu menstabilkan tekanan darah seterusnya mencegah berlakunyab strok.


"Saya ingat lagi...awal tahun 2013 ni dapat call daripada kampung. Mak call bagitahu darah naik. 200 hoii.. masa dengar tu kecut perut. Takut sangat..Sbb last year ada sorang customer ni yang maknya kena stroke sebab darah naik over 200. Yang kisah ni nanti kita story lain.

So, nak dijadikan cerita saya pun belikan mak sebotol vivix. Mak siap cakap.."Boleh2..Lagipun mak dah mimpi baik ni. Rase2 mak boleh baik minum ubat ko nih." Hehe. So, masa balik kg tu memang sedih tengok mak. Terbaring. Solat pun sambil baring. makan tak lalu. nak g toilet pun kena papah. nasib baik ada adik. malam tu jugak bagi dia satu sudu Vivix.

Esok pagi dalam pukul 5.30 kitorang dalam bilik ni tersedar dengar bunyi bising2 kat hall.Siap sapu lantai lagi. memang ligat. macam tak sakit. mak cakap "Bagus jiha ubat ko nih. Badan sedap"





Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

April 9, 2016

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Menurunkan Berat Badan



Vivix mengandungi resveratrol yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi,

1. Resveratol meningkatkan keupayaan otot untuk menyerap gula & mengelakkan lebihan gula dsimpan dalam lapisan lemak.

2. Resveratrol mengelakkan pembentukan tisu lemak & mengurangkan simpanan lemak dalam badan.

3. Selain itu, resveratrol juga meningkatkan keupayaan otot & orang yang mengambil suplement ini boleh bersenam melebihi orang yang tak ambil suplemen.

Jadi, apa lagi..
Kenapa yang susah sangat nak turunkan berat badan, mungkin tiba masanya untuk mencuba Vivix..


Hubungi attiey untuk pertanyaan dan pesanan. Bulan April adalah bulan terakhir promosi untuk dapat diskaun 5% bila beli 2 botol Vivix. Keahlian juga percuma, kos penghantaran pun free dan yang paling best dapat money cash back RM30++ next month.

Whatsapps/ sms : 0139218084

Cara Penyembuhan Penyakit Vertigo Yang Boleh Dicuba Dengan Segera

Pening dan sakit kepala memang tak sama. Bila sakit kepala, kita akan rasa berdenyut-denyut dan agak menyengat sama ada sebelah di bahagian tertentu atau semua bahagian kepala. Tetapi, pening kepala akan menyebabkan seseorang tu rasa tak stabil, berpusing-pusing walaupun keadaan sebenar tidak begitu dan seakan-akan sukar untuk membuka mata.


Sesekali rasa pening mungkin kerana perut kosong atau masalah tekanan darah rendah. Tetapi sekiranya apa yang kita alami adalah rasa pening yang luar biasa dan rasa seolah-olah keadaan sedang berputar selama beberapa minit dan ada yang mengalami sehingga berhari-hari, dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan adakah kita sedang mengalami penyakit Vertigo?



Mak attiey selalu mengadu masa kami kecil dulu yang mak selalu pening dan banyak juga masa tu attiey lihat mak hanya mampu baring dan terpaksa memejamkan mata. Kata mak, bila buka mata rasa bumbung rumah berpusing-pusing macam gasing.


Secara umumnya, kita tahu bahawa keseimbangan badan kita ni dikawal oleh otak. Apabila 
otak menerima maklumat, ia akan diproses dan seterusnya menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. 


Jadi, boleh kita faham bahawa sistem keseimbangan badan kita ni tertumpu di sekitar mata serta kedua-dua belah telinga.


Bagaimana kalau berlakunya gangguan dalam telinga yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga? Dari situ, akan terjadinya penyakit vertigo. Jangan ambil mudah tau sebab ia boleh menyebabkan pekak dan tak boleh berfiri dengan betul kerana kita dah hilang keseimbangan.


Susah tu. Macam mana kita nak buat kerja kalau dah nak berdiri pun rasa susah ye? Kalau dah sampai peringkat ni, attiey harap sangat jumpa doktor dengan segera.


Vertigo ada 5  jenis semuanyaMeh tengok kalau ada tu duk kategori mana satu.
  • Vertigo Acularis - rasa berpusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata
  • Vertigo Nocturna - rasa seperti nak terjatuh semasa hendak tidur
  • Vertigo Laryngea - rasa berpusing-pusing akibat serangan batuk
  • Vertigo Epileptica - keadaan berpusing setelah seseorang mengalami sawan
  • Vertigo Positional - serangan tiba-tiba yang menyerang kurang daripada satu minit. Ia dicetuskan oleh perubahan posisi kepala ketika berpaling, berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur


Rasa-rasa ada termasuk dalam kategori kat atas tak? Kalau masih keliru, meh attiey ceritakan sikit  tanda-tanda diserang Vertigo ni.


Yang paling utama, kita akan rasa diri seperti berpusing-pusing atau persekitaran yang berpusing. Rasa je sebab keadaan sebenarnya bukan macam tu. Lepas tu bila orang lain lihat mata kita, dia akan perasan yang gerakan mata kita jadi tak normal. Gerakan mata yang tak normal ni petunjuk bahawa fungsi bahagiandalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.


Sesetengahnya merasakan tubuh seperti berdebar-debar, telinganya berdengung dan pandangan menjadi kabur. Ia akan membawa kepada rasa mual tekak dan hendak muntah.


Kita boleh kenali tubuh kita apabila dalam keadaan rehat pun, badan kita ni berpeluh-peluh dan nadi berdenyut dengan cepat. Jika diminta untuk berjalan, kita memang tak dapat berjalan dengan lurus kerana sukar untuk nak seimbangkan badan. Dalam sesuatu keadaan, telinga kita sukar nak menangkap butiran percakapan dari orang lain seolah-olah hilang pendengaran.


Faktor Pencetus/ Penyebab Vertigo

Attiey dah bagitahu kat atas yang secara umumnya, serangan vertigo ni disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan keadaan tubuh yang tak mampu jaga keseimbangannya.


Tetapi, ia juga boleh wujud kerana pengaruh di bawah ni

- Pola pemakanan yang tak sihat yang mana tinggi kolestrol, gula atau lemak serta tabiat merokok.

- Mengalami migrain akibat perubahan tekanan darah iaitu hipertensi yang berpunca dari kurang tidur dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

- Berlakunya gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah ke otak. Ini menyebabkan Oksigen tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Keadaan ni seterusnya akan menyebabkan sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.

- Terjadinya radang pada jangkitan telinga oleh bakteria yang menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Kesannya ada berlaku kesukaran penyeimbangan.

- Gangguan saraf sekitar mata juga menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.

- Mabuk darat atau laut menjadi punca apabila pergerakan persekitaran mengganggu keseimbangan tubuh.

- Gangguan neurologis  yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf dan ini perlu dirujuk kepada doktor untuk disahkan. 


Bagaimana Nak Menghadapi Serangan Vertigo?

Attiey sarankan perkara yang paling utama adalah untuk bertenang, baring dan dapatkan rehat yang diperlukan. Sebaiknya pejamkan mata dan cuba tarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan. Jangan panik kerana ia hanya akan membuatkan kita berdebar dan degupan jantung menjadi laju.


Sekiranya keadaan mengizinkan untuk kita buka mata, dapatkan bantuan dari orang yang berada hampir dengan kita. Rasa mual mungkin akan hadir.


Cuba kurangkan atau elakkan daripada melakukan pergerakan atau aktiviti secara tiba-tiba. Sebaliknya, jika kita sedang duduk dan ingin berdiri maka bangunlah secara perlahan-lahan.


Bukalah mata dengan perlahan-lahan dan dalam gerakan kepala yang sama. Namun, jika keadaan masih tidak berubah, teruskan pejam mata dan minta bantuan kecemasan. Sekiranya pada waktu itu kita berada di tempat yang berisiko, minta pindahkan ke tempat yang lebih selamat buat sementara waktu.


Ada tak cara bagaimana nak cegah vertigo ni dari berulang?


"En. suami pernah diserang VERTIGO...Berpunca dari RESDUNG TERUK sehingga merosakkan saraf pendengaran. Nyaris pekak ok.

Time tu lebih sebulan TAK BOLEH BANGUN langsung. Terbaring je kat rumsh..lepas dapatkan rawatan doktor ambil masa yang agak lama juga laa untuk recover. nak dijadikan cerita..tahun lepas dia DISERANG SEKALI LAGI..oh no..!! Time tu dah cuak dah..sebab doc cakap kalau kena lagi anytime boleh JEJASKAN sistem pendengarannya atau dengan kata lebih halus, PEKAK..!! Seram ok.

Time tu dah jatuh cinta dengan SHAKLEE..saya paksa dia konsisten ambil Vivix pagi satu sudu malam satu sudu. Alhamdulillah dengan izin Allah dia pulih SEPENUHNYA tak sampai seminggu. Syukur sangat2..so, bagi mereka yang ada masalah RESDUNG jangan ambil mudah"



Cubalah dari awal dan kalau boleh jangan tunggu perkara dah lewat baru nak try ye. Cepat bertindah, InshaaAllah cepat sembuh. Aamin.

Hubungi attiey untuk pesanan ye. COD/ Self pick up untuk area sekitar Padang Jawa, Alam Avenue, Shah Alam  atau pos ke seluruh Malaysia, Sabah dan Serawak.
Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

April 6, 2016

Tanda False Alarm vs Proses Kelahiran Sebenar


Sewaktu hamil, sebagai bakal ibu terutama hamil sulung, attiey memang banyak membaca. Selain dari cerita-cerita yang dikongsi dari kawan, perlu juga untuk kita ketahui fakta di sebaliknya. Bila dah hampir tarikh jangkaan tupun, kita masih perlu belajar dan ketahui bagaimana tanda sebenar hampir bersalin. Boleh jadi apa yang kita rasa waktu tu hanya tanda palsu atau "false alarm" sahaja.

Semasa hampir dengan waktu nak bersalin, badan kita menghasilkan hormon pitokin. Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh kehilangan air. Elakkan tubuh kita mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum tiba masanya untuk bersalin. Jadi, memang ibu hamil perlu minum dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan false alarm ni berlaku. Minum dalam kuantiti yang sedikit-sedikit tetapi kerap.

Sehari sebelum bersalin, attiey dah jumpa doktor sebab rasa tertalu kerap contracrion tetapi doktor minta balik dulu dan perhatikan serta catat kekerapannya. Sememangnya doktor minta untuk catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika kita mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.

Jangan lupa untuk mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi. Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyebabkan kita mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.

hari yang attiey jumpa doktor tu sememangnya false alarm sebab berlaku secara tak tetap.

Menurut Doktor Siti, dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan kita turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

Tanda-tanda False Alarm :

1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.

2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.

3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.

4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.

5. Kantung air ketuban tidak pecah.


Tanda Awal Kelahiran

1.Penurunan paras rahim (lightening)

Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana :

-Symphisis pubis mengembang.

-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.

-Bahagian bawah rahim mengembang.

Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik.

Pada peringkat ini, ibu akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, ibu akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, timbul  juga rasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.


2. Kekerapan Membuang Air Kecil

Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, ibu perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala kita akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.


3. Penarikan Pangkal Rahim

Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.


Tanda Sebenar Kelahiran

1. Kontraksi

Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.

Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan


2. Sakit Belakang

Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.


3. Pendarahan

Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.

4. Pecah Ketuban

Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.


5. Pembukaan Pintu Rahim

Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.

Semoga apa yang attiey share ni dapat berguna untuk anda semua. Teruskan membaca dan kutip pelbagai ilmu ye.

Haa...kalau nak Set Berpantang, boleh hubungi attiey juga. Baca testimoni ibu hebat yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee ni .

Boleh hubungi attiey untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Sms/ Whatsapp/ Telegram : 0139218084

Khasiat Bawang Putih Dah Boleh Diperolehi Hanya Dalam Botol Tanpa Perlu Kupas Kulit

Bulan lepas attiey dapat sebotol Garlic Complex PERCUMA dalam satu bengkel kesihatan dan Nutrisi yang attiey join.

Dah lama duk aim Garlic ni tapi bila dah orang bagi free ni, memang kena makan setiap harilah.

Kenapa attiey nak sangat Garlic Complex ni?

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak. Jauh dia datang ni tau.

Proses menghasilkan supplement Garlic Complex dilakukan secara terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. 

Apa Allicin tu?
Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Allicin sangat berguna untuk kita. Bestnya allicin ni untuk
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  •  Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma   
                                                                                                                       
Selain mengekalkan  100% Allicin aktif (untuk khasiat seperti kat atas tu), tablet dia tak de bau bawang putih pun. Takdelah berhempas pulas nak mengunyah sampai berair mata.

Masa attiey letak dalam mulut tu, boleh rasa macam sejuk-sejuk berangin sebab ada perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint. Best pulak.

Garlic Complex Shaklee rupanya mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
Lepas lunch, attiey akan ambil 1 hingga 2 biji tablet Garlic Complex.  Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.


Kalau orang Korea sanggup makan bawang putih mentah tu macam ulam je semata-mata nak kulit cantik, kenapa kita tak boleh? Kalau rasa memang tak boleh nak tahan rasa pedih-pedih tajam tu, ambik je supplemen Garlic Complex ni

Penting tau ambik supplemen Garlic ni. Seba, selain untuk kecantikan macam orang Korea, kita dapat 
  • Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

  • Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis 
  • Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat. 
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  • Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari. 
  • Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser. 
  • Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  • Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus) 
  • Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah 
  • Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:

  1.  Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)      
  2.  Perut memulas (stomach upset)      
  3.  Cirit-birit (Diarrhea)    
  4.  Bronkitis      
  5. Luka-luka (infected wounds)      
  6. Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing      

Dah tahu khasiat Garlic Complex ni, sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Harga sebotol Garlic Complex cuma RM47.50 (60 tablet)

Jom Pilih Yang Semula jadi 

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
 Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

April 5, 2016

Cara Paling Senang Untuk Banyakkan Susu Badan

Menjadi kepuasan hati setiap ibu yang melahirkan untuk menyusu bayi dengan susu badan sendiri. Dahla mudah tak perlu bancuh, tak juga risau akan masalah kebersihan sebab susu ibu ni fresh dan tak terdedah pada kotoran.

Mungkin ada pendapat yang mengatakan payudara ibu juga mempunyai bakteria dan perlu dilap serta dibersihkan namun ada kajian yang menunjukkan bahawa payudara ibu adalah bersih secara semula jadi. Maka tak perlu nak dibasuh atau lap sebelum diberi kepada bayi kecuali hanya pada waktu mandi.

Semasa mandi, cukup sekadar bersihkan puting dan bahagian aerola untuk mengelakkan terjadinya kerak dan saluran susu tersumbat. Cukup sekadar menggunakan air bersih tanpa sabun ye.

Jadi, bagaimana nak banyakkan susu badan?

Susukan bayi terus dari payudara ibu
Payudara kita dicipta dengan begitu istimewa sekali. Apabila ia mengesan bayi meminum secara langsung dari badan, maka signal akan dihantar ke otak ibu untuk merangsang payu dara kita menghasilkan lebih susu.

Bagi ibu yang bekerja, lakukan pada waktu malam kerana selagi ada permintaan, selagi itu susu akan dihasilkan.

Ketika ibu berada di tempat kerja, pam susu sehingga kosong untuk memberi signal terdapat permintaan yang berterusan.

Elakkan susu formula
Seboleh-bolehnya elakkan menyimpan susu formula di rumah untuk mengelakkan pergantungan ibu terhadapnya. Sekiranya tiada susu formula, ibu akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan usaha membanyakkan susu.

Bila bayi dah mula rasa susu formula, permintaan kepada susu ibu menjadi kurang. Bayi akan cepat kenyang dan lebih tidak mahu menerima rasa susu yang berbeza.

Perhatikan cara bayi menelan
Hal ini penting sebab jika bayi hanya metakkan bibir di aerola tetapi tidak menelan, besar kemungkinan lekapannya tidak betul. Kemungkinan juga bayi tidak pandai menghisap.

Tidur bersama bayi
Hubungan dari kulit ke kulit membantu bayi untuk menyusu dengan selesa dan merangsang susu ibu menjadi lebih banyak. Ibu juga akan lebih selesa namun ambil langkah keselamatan juga khuatir sekiranya bayi lemas.

Minum banyak air
Pastikan pengambilan air putih 3 Liter sehari bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ibu menyusu memerlukan banyak air. Hampir separuh keperluan air dalam badan ibu akan disalurkan kepada bayi. Oleh itu kekurangan air, akan menyebabkan penghasilan susu ibu merudum. jangan lupa minumlah air kosong, air susu atau jus buah. Ibu perlu mengelakkan air berkarbonat dan berkafein tinggi.
 
Bantuan supplemen penyusuan
Ibu yang menyusu akan lebih cepat rasa letih, lesu, lapar dan tidak bermaya. Ini kerana dalam masa yang sama badan ibu berkongsi khasiat dengan bayi. Oleh sebab itu, ibu perlu  memastikan kalsium yang diambil tidak kurang dari 1000mg sehari. Kekurangan kalsium dalam jangka masa yang panjang boleh mengundang masalah sakit sendi dan tulang.





Untuk sumber kalsium, saya cadangkan Osteometrix. Kalsium ni penting juga untuk gigi tau. Pastikan ibu mengambil multivitamin (Vitalea), Vitamin C dan B Complex untuk mengembalikan kesihatan, imunisasi dan tenaga. Apabila ibu sihat, susu yang dihasilkan juga sangat berkualiti.

Biasa dengar milk booster? Saya memang puas hati amalkan Alfalfa Complex semasa menyusu dulu. Susu lebih pekat dan bayi lebih kenyang.

Semangat yang kuat
Tak dinafikan, dalam tempoh menyusu memerlukan semangat yang cekal dan tinggi. Bukan sahaja untuk ibu terus memberikan yang terbaik untuk bayi tetapi cekal dalam menangani pendapat dan kata-kata sesetengah orang yang mungkin boleh melemahkan semangat ibu.

Selamat mencuba dan usah cepat berputus asa ye. Bila menyusu ni, berat badan ibu juga senang turun.

Saya doakan kejayaan  ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak secara ekslusif dan seterusnya hingga 2 tahun.

Semoga bermanfaat.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...