Blog Archive

February 18, 2016

Cara Sembuhkan Kayap Tanpa Meninggalkan Parut

Assalamualaikum


Pertama kali attiey lihat kayap ni masa tahun 1998 kalau tak silap. Ada kawan yang terkena kayap di bahagian belakang dan boleh nampak gelembung-gelembung air di bahagian tu.

Mula-mula tu rasa gatal-gatal dan mencucuk-cucuk sakit kat tempat tu sehinggalah timbul bintik merah-merah. Bintik-bintik tu akan berlarutan selama 2-3 hari sehinggalah muncul pula gelembung air. Gelembung air ni kalau pecah, boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bagi sesetengahnya pula akan mengalami nanah dan rasa sakit yang menyengat sekiranya nanah tersebut dikeluarkan.

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). 
Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  • Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  • Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebabkan keradangan saraf tersebut.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf muka menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


Di bawah ni adalah pengalaman seorang anak yang berusaha membantu ibunya pulih dari kesakitan kesan dari kayap.



" Salam semua di SGL..sy nak share testimoni vivix sy blh? actually sy beli vivix ni utk mama saya yang kena penyakit kayap kat belakang badan. Alhamdulillah..kayapnya sembuh. Tapi untuk pesakit kayap, walaupun luka kayap tu dah sembuh tapi serangan kat saraf tu masih berterusan. Mama selalu rasa kat tempat bekas luka tu dan bahagian belakang dekat pinggang macam disebat-sebat sakitnya. Doktor cakap memang normal macam tu sebab kayap serang urat saraf dan membuatkan urat saraf tertarik gitu...

So, saya try belikan vivix untuk mama dan Alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan kusa Allah, mama dah tak rasa sakit macam biasa lagi lepas minum vivix..leaga dan senang hati bila tengok mama cergas macam biasa..."

Sememangnya vivix ni bukan sekadar minuman botani, tetapi  ia adalah hasil dari kajan bertahun-tahun dari pihak Shaklee . Kebaikan dari 4 jenis tumbuhan yang salah satunya adalah anggur muskadin yang mengandungi sekurang-kurangnya 4 jenis polifenol yakni antioksidan yang sangat hebat, ciptaan Allah SWT dalam sebiji buah anggur ni.

Boleh hubungi Attiey untuk pertanyaan dan juga pesanan segera demi kesihatan bersama.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) 
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...