Blog Archive

January 28, 2016

Ibu Hamil Cepat Lupa?

Assalamualaikum

Korang pernah tak alami keadaan mudah lupa semasa hamil terutamanya pada trimester akhir?

Tahu tak kenapa jadi macam tu?

Kajian dari Royal Australian & New Zealand College of Obstetricians and Gynaecoligist, Auckland mendapati ibu hamil di trimester 3 sangat mungkin mengalami penurunan memori, seperti melupakan pesan yang disampaikan oleh orang lain atau kesulitan memahami maklumat yang diperolehi.

Puncanya adalah pola hidup yang berubah. Misalnya kurang rehat atau terlalu penat yang secara tak langsung mempengaruhi kemampuan mengingat si ibu.


Tapi, alhamdulillah sebab selepas bersalin, ibu-ibu boleh amalkan Lecithin Shaklee yang merupakan makanan otak dan saraf yang bantu sel otak berkembang. Jadi, masalah lupa boleh dikurangkan.

Selain tu, Lecithin ni bagus untuk membantu mengurangkan bengkak susu ibu ketika berpantang. Takdelah ibu sampai demam bila bayi kurang menyusu nanti.

Berat badan pun boleh kembali ideal kerana ia merupakan pelarut kolestrol dan lemak. Sebagai pengemulsi lemak, Lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.

Hubungi attiey kalau u'olls nak dapatkan Lecithin ni atau Set Slim je terus. Sebarang pertanyaan pun boleh hubungi attiey di 0139218084

January 26, 2016

5 Kesalahan Alas Bedak Yang Sering Wanita Lakukan

Make up bagaikan satu kemestian bagi sebahagian besar wanita. tanpa make up, ada yang merasakan macam ada yang tak lengkap.

Raisha pun dah pandai minta nak bersolek sekarang ni. Nak bedak, minyak wangi dan melompat gembira bila attiey sapukan lipstick di bibir comelnya tu. Sekali sekala melayan..

Bercakap tentang make up, u'olls mesti guna alas bedak kan? Tapi tahu tak bahawa ada 5 kesalahan yang biasa dilakukan berkaitan alat make up ini?



1👉 Mencuba alas bedak dalam cahaya yang salah.

2👉Salah memilih tekstur (matte untuk kulit kering, water based foundation untuk kulit berminyak)

3👉Formula alas bedak yang mengelirukan

4👉Lupa menyapu pada leher. Bagi yang bertudung mungkin selamat namun adalah sebaliknya bagi yang freehair kerana tona kulit akan nampak berbeza.

5👉Tidak membeli alas bedak mengikut keperluan.

Pastikan alas bedak kita tu tidak disimpan terlalu lama untuk kesihatan kulit kita juga.

Jika kulit anda bermasalah, boleh cuba Set Penjagaan Kulit Nutriwhite untuk lebih yakin dan pastinya lebih menyerlahkan kecantikan.





Hubungi attiey 0139218084 jika ada sebarang pertanyaan @ pesanan Set Kecantikan Shaklee Nutriwhite atau Enfuselle.

January 25, 2016

Ketahui 6 Punca Semakin Ramai Alami Alahan



Assalamualaikum

Satu masa dulu, attiey pernah makan nasi berlaukkan ikan tongkol singgang. Masakan Kelantan. Mungkin ada yang pernah rasa.

Sejam selepas mata mula rasa gatal-gatal dan bengkak. Susahnya nak melihat masa tu.
Rupanya attiey alahan sesetengah ikan.

Alergi ataupun alahan adalah reaksi yang disebabkan oleh sistem imun sebagai tindak balas terhadap bahan kimia di sekitaran yang adakalanya tak bahaya pun pada orang lain.

Mengapa semakin ramai pula yang mengalami alergi ni?

✨Kurang pendedahan pada jangkitan atau mikrob pada kehidupan awal/ waktu kecil

✨Pendedahan yang agak lewat kpd pemakanan pencetus alahan seperti telur dan kekacang. Attiey pun ambil masa nak kenalkan telur pada Adib tapi alhamdulillah, Adib ok.

✨Kaedah berbeza dalam prnyediaan makanan juga memberi kesan tau macam kacang yang terlebih panggang lebih memberi kesan berbanding yang direbus.

✨Kekurangan vitamin D

✨Alergi ni biasanya boleh muncul selepas terdedah pada sesuatu benda yg badan kita tak boleh terima. Macam produk susu atau minyak kacang pada pelembap kulit boleh menyebabkn radang pada kulit.

✨Jika kita kerap sangat ambil antibiotik dan jarang makan sumber serat, ia juga boleh memberi kesan pada reaksi alergi. Mengapa? Sebab ia mempengaruhi jenis bakteria dalam usus kita.

Apa yang attiey amalkan adalah B-Complex, Vitamin C SR, dan Alfalfa Complex untuk mengurangkan simptom2 alahan tu. Gatal makin kurang dan rasanya dah agak lama tak kena selsema.

Untuk anak-anak, attiey sediakan Chewable Vitamin C. Selain untuk tingkatkn sistem imun diorang, tujuan attiey bagi tu sebab anak2 attiey susah nk makan buah setiap hari. So, inilah pilihan terbaik bagi attiey.

Jadi, kalau mommies ada anak2 yg susah nk makan buah dan selalu selsema, mommies boleh order vitamin C kunyah ni.

Hubungi Attiey untuk sebarang pertanyaan dan pesanan tentang produk Shaklee.

0139218084 (whatsapps)

Cod sekitar Shah Alam/ self pick up/ pos seluruh Malaysia.

January 20, 2016

Omega Guard Adalah Pilihan Terbaik Sekiranya Anda...

Assalamualaikum

Attiey dah pun guna dan amalkan Omega Guard Shaklee ni dan boleh kata sangat memberangsangkan dari segi kesannya terhadap   Attiey dan anak-anak juga.


Tahu tak siapa yang perlu mengambil dan amalkan produk ni?


Anda perlu mengambil Shaklee OmegaGuard sekiranya anda:
  1. Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan) 
  2. Ibu menyusu (perkembangan otak bayi) 
  3. Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema) 
  4. Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat) 
  5. Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 
  6. Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi 
  7. Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi) 

Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3 yg kaya dgn DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yg perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya maka ia perlu diambil dari diet harian

Kalau rasa anak you all senang demam, mudah mengantuk kat kelas, ada penyakit asma, alergy.. or nak anak pintar..,beli lah Omega ni untuk anak you all....

Kalau nak cuba untuk diri sendiri pun sangat bagus. Selain bagus untuk Brain, ianya juga merupakan pilihan terbaik untuk kulit yang cantik...utk kesihatan sendi dan mengawal kolestrol... .. 

Kalau rasa sayang suami.. hadiahkan lah utk suami... sbb Omega juga vitamin utama utk orang lelaki..

 Klik di sini untuk terus membuat belian
Klik di sini untuk terus membuat belian

Atau hubungi attiey untuk sebarang pertanyaan dan pesanan. 

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Arghh..Sembelit Selepas Bersalin! Jom Hindarinya

Assalamualaikum

Mommies pernah alaminya? Sembelit sebaik sahaja selepas melahirkan. Kalau boleh, memang taknak dan tak mahu.

Attiey pernah alami sekali je. Tupun selepas kelahiran anak kedua iaitu Adib. Risau betul masa tu. 

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu kita, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Betul ke?

Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh. 

Bagi attiey, tak dinafikan bahawa ada dari kita yang memang tak boleh makan sesetengah sayur tapi kalau boleh cubalah dulu dalam kuantiti yang sedikit daripada tinggal terus kan. Bila ambil sikit-sikit sekurang-kurangnya kita boleh rasa perubahan sama ada ok ke tak perlahan-lahan.  

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor: 
  • Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa. 
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil. 
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut. 
Perasaan takut tu memang ada. Lebih-lebih lagi keadaan rahim yang masih belum pulih sepenuhnya. Ada yang nasihatkan attiey supaya jangan meneran sebaliknya buang air besar apabila rasa betul-betul nak membuang. Tip ni bagus hanya jika kita bebas sembelit je tau.

Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini:
Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika mommies menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang. 

Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan. 

Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar. 

Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.

Mommies amalkan tip ni tau.

oh ye, satu kisah attiey nak kongsikan yang mengalami masalah sembelit teruk selepas melahirkan.



Hubungi Attiey untuk sebarang pertanyaan atau jika mommies nak buat pesanan sendiri, boleh klik eSell ni tau.




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) 
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

January 18, 2016

7 Tanda /Simptom Kelahiran Pra Matang Yang Boleh Dialami Oleh Ibu Yang Sedang Hamil


Assalamualaikum

Ada yang berpendapat kelahiran pramatang dipengaruhi faktor keturunan, ibu yang bermasalah, bayi yang kurang sihat dan beberapa lagi idea-idea yang kadangkala sukar untuk difahami.

Memang mustahil untuk mommies mengelakkan kelahiran pra matang tetapi sekurang-kurangnya dengan mengetahui tanda-tanda yang kita mungkin akan bersalin awal dapat memberikan sedikit persediaan.

Antara tanda-tanda dan simptom kelahiran pra matang termasuk :

1. Berlaku kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap dalammasa satu jam (lima atau lebih kontraksi dalam masa sejam).

2. Lelehan air dari vagina (ini mungkin menunjukkan air ketuban anda telah pecah).

3. Rasa kejang di bahagian bawah perut yang datang sekejap-sekejap.

4. Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yang datang sekejap-sekejap.

5. Tekanan pada tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.

6. Kekejangan di bahagian abdomen yang terjadi dengan atau tanpa cirit birit.

7. Peningkatan atau perubahan keputihan vagina.

Bagaimana rasanya kontraksi?

Sebaik otot pada uterus mengecut, mommies akan rasa bahagian perut menjadi keras. Apabila kontraksi hilang, uterus menjadi lembut kembali.

Sepanjang kehamilan, lapisan uterus akan mengetat dengan tidak teratur tanpa menyakitkan. Ia dikenali sebagai kontraksi Braxton-Hicks dan biasanya tidak kerap serta tidak membuka serviks.
Jika kontraksi ini menjadi kerap dan teratur (sekali setiap 10-12 minit sekurang-kurangnya selama satu jam) ia mungkin kontraksi kelahiran pra matang di mana akan menyebabkan serviks akan terbuka.

Pesan Dr Noor Fidak, jika mommies ada merasai simptom-simptom tersebut maka segera hubungi doktor sakit puan (jika membuat pemeriksaan di hospital swasta) atau terus ke hospital berhampiran.

Apa patut dilakukan?

Jika mengalami simptom yang dirasakan akan membuatkan saya bersalin awal, apakah yang saya patut lakukan?

Sekiranya mommies mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom kelahiran pra matang, selain daripada menghubungi doktor atau ke hospital, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengelakkan kelahiran pra matang dengan menjadi lebih awas pada simptom-simptom serta mematuhi peraturan berikut :

1. Kosongkan pundi kencing.

2. Berbaring mengiring pada sebelah kiri, ia mungkin boleh memperlahankan atau menghentikan tanda dan simptom.

3. Elakkan baring telentang kerana ia mungkin menyebabkan kontraksi meningkat.

4. Minum banyak air kerana penyahhidratan menyebabkan kontraksi.

5. Awasi kontraksi dalam masa satu jam dengan mengira setiap minit yang berlalu daripada permulaan kontraksi hingga permulaan kontraksi seterusnya.

Satu-satunya cara untuk mengetahui mommies akan melahirkan bayi pra matang adalah dengan pemeriksaan pada serviks. Jika serviks sudah terbuka, kelahiran pra matang akan bermula.

Attiey doakan kehamilan mommies semua merupakan satu pengalaman yang menarik dan membahagiakan tau. Semoga semuanya selamat ok.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Mencari Cara Untuk Berhenti Merokok Tanpa Paksaan?

Assalamualaikum

Berhasrat untuk berhenti merokok? Atau anda adalah isteri yang sedang mencari cara untuk bantu suami lebih sihat tanpa rokok?

Jomlah dengar cik abang ni bercerita..


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya

Haa...lepas minum vivix rokok dah rasa tak sedap. Nikmat merokok dah hilang. Hebat bukan? Bukan susah pun nak amalkan. Sesudu satu hari pun dah cukup.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Nak Tahu Bagaimana Diabetes Boleh Terjadi?



Assalamualaikum. Semacam dah jadi kemestian pula bila usia meningkat psti menghidap diabetes. Tapi, sampai bila perlu berlaku begini? Kalau ada yang bebas diabetes seakan satu kejanggalan pula antara kita. Tapi, baguslah macam tu.

Macamana diabetes boleh terjadi? Haa meh nk habaq.

Diabetes ada 2 jenis:

Type 1 : bila sel badan tak boleh menghasilkan insulin.

Type 2 : bila sel badan tidak kenal insulin

Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) nak masuk ke dalam sel kita. Sel kita memerlukan gula sebagai makanan dia.

Insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. Bila sel dah cukup keperluan gulanya, insulin akan  kunci pintu sel jadi gula takleh masuk lagi. Kalau kita makan lagi banyak gula padahal  sel dah cukup gula dah, jadi gula tu akan berada dalam darah. Seba tulah kita kena makan berpada2 jgn ikut nafsu.

Bagi pengidap diabetes, yang Type 1, badan dia sememangnya tak boleh hasilkan insulin, ataupun insulin yg dihasilkan tak cukup. Umpama bilik ada 15 tapi kunci ada untuk 5 bilik je. 5 orang je boleh masuk, lagi 10 orang berlegar2 kat luar. Apa jadi bila kena berlegar di luar? Penat, letih, pitam. Haa...macam tu lah bila gula tak dapat masuk dlm sel kita, tp berlegar2 dalam salur darah kita... ia jadi tak seimbang.

Yang Type 2 pulak terjadi bila bilik 15, kunci pun 15 tapi silap kunci. Patut nak buka bilik guna kunci bilik tapi dia pegi bagi kunci kereta... mana nak boleh buka. Jadi, semua orang tak boleh masuk ke dalam bilik (gula tak boleh masuk ke dalam sel).

Keadaan begini akan  buat kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Bila gula dalam darah tinggi, macam2 masalah kesihatan akan berlaku, cthnya:-

- pandangan kabur
- gangguan berat badan
- jangkitan pada kulit
- luka lambat sembuh

Oleh itu jagalah kesihatan ye... Jaga makan, jaga aktiviti, jaga ibadah... jgn biar dah sakit baru nak jaga. Jaga dari sekarang. Makan vitamins jgn culas!

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

January 15, 2016

Bukti Penyelidikan Ke Atas Mekanisma Tindakan Vivix (scientific papers/journal)

Assalamualaikum..
Pernah dengar vivix? Tonik ajaib keluaran Shaklee..


Bagi peminat tegar, memang sanggup cari modal untuk dapatkan setiap bulan. Tapi kenapa ye?

Ianya kerana sebab-sebab di bawah;
  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.
  • Menggalakkan biogenbesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel.
  • Sepuluh kali lebih kuat daripada resveratrol (ramuan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Untuk lebih meyakinkan, attiey sertakan di sini kompilasi koleksi scientific papers/journal untuk Mekanisma Tindakan Vivix.


4 Mekanisma Tindakan Vivix


1. Ramuan botanikal Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
2. Ramuan botanikal Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

                                      
3. Ramuan botanikal Vivix menggalakkan biogenbesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel.
4. Ramuan botanikal Vivix adalah 10x lebih kuat daripada resveratrol (ramuan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.
Baca juga kisah

Testimoni Vivix Yang Membantu Pesakit Stroke
Testimoni Vivix Untuk Berhenti Merokok


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Apa Ayah Nak Buat Jika Anak Demam?


Kanak-kanak di bawah umur lima tahun kerap demam kerana daya tahan melawan penyakit mereka masih rendah. Jadi, apakah yang boleh anda sebagai papa lakukan untuk membantu anak yang demam?

Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat dan menurun dengan begitu cepat. Lazimnya, suhu badan normal bagi kanak-kanak adalah antara 37°C.

Tanda-tanda demam yang perlu diketahui oleh papa ialah :

Anak mengadu tidak sihat.

•Anak kelihatan pucat dan berasa sejuk.

•Tubuhnya kelihatan menggeletar.

•Kulit anak kelihatan kemerah-merahan.

•Dahi dan lehernya terasa panas.


Jika suhu anak meningkat melebihi 38°C, anda boleh memberi dia ubat parasetamol dalam bentuk cecair mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Selain itu, anda juga perlu pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Tanggalkan pakaian anak dan beri dia minum banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Sejukkan badan anak dengan menggunakan tuala basah.

Untuk pengetahuan anda, apabila suhu badan anak meningkat lebih tinggi dia berpotensi untuk mengalami kekejangan. Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan. Jika hal ini berlaku, letakkan anak di atas lantai dan sentiasalah berada di sisinya. Lap seluruh badannya terutamanya pada bahagian kepala.

Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Anda boleh melihat anak seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal. Sekiranya anak anda seperti ini, jangan risau. Berikan dia ubat dan biarkan dia tidur. Anak anda akan kembali seperti sedia kala selepas bangun kelak.


Lakukan sendiri

Jika anda mahu memeriksa sendiri suhu badan anak, gunakanlah termometer. Di pasaran kini, ada banyak jenis termometer. Antara yang ada ialah termometer raksa, termometer digital dan jalur penunjuk suhu. Setelah mengetahui yang anak anda demam, segeralah berikan dia ubat. 

Ada 4 cara untuk memberi anak makan ubat.


1. Menggunakan Sudu
Papa perlu berhati-hati jika memberi anak makan ubat dengan menggunakan sudu. Jangan terlebih dos.

2. Menggunakan Alat Penitis
Memberi anak ubat menggunakan alat penitis lebih mudah kerana tidak tumpah. Anda hanya perlu menyukat ubat mengikut dos yang betul dan masukkan ke dalam mulut anak. Picit hujungnya untuk mengeluarkan ubat tersebut.

3. Menggunakan Picagari Khas
Masukkan hujung picagari ke dalam botol ubat dan sedut ubat mengikut dos yang ditetapkan. Kemudian, masukkan pula hujung picagari itu ke dalam mulut anak dan tekan tombol picagari untuk mengeluarkan ubat.

4. Menggunakan Hujung Jari
Sekiranya cara-cara yang telah disebutkan tadi masih kurang berkesan, gunakanlah jari anda. Bersihkan jari anda terlebih dahulu dan celup ke dalam bekas yang mengandungi ubat mengikut dos yang telah ditetapkan. Biarkan anak menjilat jari anda. Ulangi cara ini sehingga ubat habis.

5. Memberi Anak Sakit Makan
Anak yang demam akan hilang selera makannya. Jangan risau. Berikan anak minum banyak air. Anda juga digalakkan memberi anak makan bubur yang mengandungi pelbagai makanan yang berkhasiat seperti ayam, ikan dan sayur.


Adib baru sahaja kebah dari demam panas dan masa tu  kitorang di kampung. Ubat demam pun lupa nak ambik masa kemas barang. Masa tu dah malam dah. nak keluar p klinik pun klinik dah tutup.

Apa yang attiey buat adalah attiey lumurkan satu badan Adib dengan Herbal Blend Multi Purposed Cream Shaklee ni.


Kenapa lumur cream ni?

Kerana Herbal Blend ni mengandungi rosemary & sage yg mmg digunakan secara tradisional utk meredakan simptom demam. Hebat kan?

Dari panas dia dalam 39C tu terus turun dan sejuk balik. Nanti kalau badan dedar camtu, kena ulang lagi. Bila sapu kat badan, rasa sejuk dan tak melekit pun. Attiey pun tak risau sebab cream ni bukan racun. Memang selamat untuk sapu kat badan baby.

Yang terbaru, Adib demam hingga cecah 39.++ Celcius. Oleh sebab Adib tak suka taruk kain kat kepala dia, attiey sapu cream ni jugaklah. Bila dah sihat semalam pun Adib duk hulur-hulur lagi tangan minta disapu cream. Comel pulak.

Oh, ye! Herbal Blend ni dijamin "Paraben Free".

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh Ke Ayah Jaga Anak?


Assalamualaikum

Anak lari, memanjat, menolak, tarik itu dan ini boleh buat ibu bapa naik angin. Tapi mungkin bagi ibu, lain tidakan dan ayah pula lain juga kaedahnya. Namun, pernah tak terdetik dalam hati kita sebagai ibu ni rasa ragu-ragu untuk melepaskan anak dengan si ayah buat seketika atau mungkin beberapa jam / hari?

Usah risau dan gundah gulana duhai mama sekalian. Percayalah kepada pasangan kita. Berilah peluang kepadanya membuktikan bahawa dia mampu menguruskan si manja kesayangan. Lagipun,  anak tersebut zuriat anda berdua, masakan suami hendak membiarkan si kecil tanpa penjagaan. Hakikatnya semua bapa seharusnya mempersiapkan diri menggalas tanggungjawab mengasuh anak sejak mengetahui isteri berbadan dua lagi.

Persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang punya 1001 macam cabang dan dugaan. Bukan sukar untuk belajar tetapi tidak mudah juga untuk merealisasikannya. Namun bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

Mungkin pada permulaannya agak kekok tapi jika ada kemahuan, pasti ada jalan.

Pembelajaran menjadi ayah adalah satu proses tanpa henti. Mungkin juga di dalam hati seorang papa akan terdetik kata-kata “macam mana ya nak uruskan keadaan anak bila isteri tiada di sisi. Pasti sukar. Macam-macam nak kena buat dan belajar.”

Namun itu bukan sesuatu yang mustahil kerana seorang ayah juga boleh  berfikiran positif menganggap cabaran itu amat bagus membantu diri menjadi ayah yang lebih bertanggungjawab. Jika suami belum yakin, kita sebagai isteri perlu untuk terus menyokong dan berbincang. Jangan cepat ingin mengambil kata putus yang boleh berakhir dengan pertengkaran tau.

Sudah banyak cerita tentang kehebatan si bapa menguruskan anak-anak sendirian sama ada kerana sudah kematian isteri atau tinggal berjauhan atas urusan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.


Mungkin panduan berikut sedikit sebanyak dapat dijadikan ‘alat bantu’ dalam usaha menjaga anak tanpa isteri di sisi atas urusan kerja.


a. Ketahui tabiat /perangai anak

Papa patut mengambil tahu tabiat atau perangai anak. Fahami karektor mereka dengan memerhatikan apa yang mereka gemar lakukan. Papa kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak bermain.. Misalnya jika anak bawah usia setahun yang baru pandai memanjat, merangkak atau suka bermain sewaktu kita memandikannya. Jadi, papa kenalah lebih peka dan berhati-hati semasa mengawasi mereka agar keselamatan anak terjamin.


b. Ambil tahu kesukaan anak

Anak-anak yang masih belum pandai bertutur pasti sukar difahami apa kehendak mereka. Biasanya ibu yang lebih faham apa yang diinginkan si anak tatkala mereka merengek. Oleh itu sentiasa ambil tahu apa yang menjadi kesukaannya bagi memudahkan proses memujuk atau meredakan anak semasa dia merengek atau menangis.

Misalnya ada anak yang akan berhenti menangis apabila dipujuk melihat buku bergambar sambil kita bercerita dengannya dan sebagainya lagi kesukaan mereka. Dengan kata lain tidaklah papa menggelabah bila anak menangis tanpa sebab.

Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat mungkin kaedah pujukan tersebut tidak sesuai kerana biasanya ia tidak berkesan.


c. Tahu masa makan dan tidur

Anak-anak keci mempunyai masa makan dan tidur yang tetap setiap hari. Jika tidak mereka akan meragam dan menangis tanda tidak selesa. Maka papa perlulah belajar daripada isteri tentang hal ini. Ia kelihatan remeh dan kurang penting namun tidak apabila anda menjaga anak yang masih belum boleh bertutur kerana mereka tidak boleh memberitahu rasa lapar atau mengantuk. Ketika usia ini tangisan adalah cara si anak berkomunikasi dengan papa dan mama. Jangan pula bila anak menangis papa sibuk buat kerja lain dan suruh anak main dengan alat permainannya sahaja.


d. Ambil berat tahap kesihatan anak

Jika anak tidak sihat kerana demam, batuk dan selesema, maka cabaran menjaga mereka menjadi lebih berat. Tentu sahaja ketika ini mereka rasa tidak selesa dan asyik merengek tidak kira masa terutama semasa hendak tidur bahkan si manja juga tidak selera makan dan minum susu. Jangan panik.

Sekiranya anak kelihatan kurang ceria seperti biasa dan asyik merengek sahaja, periksa suhu badannya sama ada dia demam atau tidak. Oleh itu pastikan termometer mesti ada di rumah. Kalau suhu tinggi, bawa ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan fikir dia seperti kita yang punya ketahanan badan terhadap demam selesema biasa. Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya. Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama kerana mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan dan jangkitan kuman pada otak jika suhu badan terlalu tinggi.

Mungkin setiap papa punya cara tersendiri mengendalikan anak masing-masing. Walau apa pun kaedah tersebut pastikan sebagai papa anda sentiasa peka dan bertanggungjawab menjaga anak agar dia selesa dan selamat biarpun mama tiada di sisi.
Sedikit nasihat juga buat bapa yang gemarkan gajet atau berurusan melalui telefon pintar. Jangan terlalu leka dengan gajet anda sehingga terlalai untuk memerhatikan anak-anak. Pastikan juga anak-anak diberikan sesuatu aktiviti yang boleh menarik minat mereka jika bapa perlu menyelesaikan urusan melalui talian.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

January 14, 2016

Tip Untuk Ibu Menyusu Bayi Di Tempat Awam

Assalamualaikum


Heboh kecoh hangat skarang ni isu berselfie semasa menyusukan anak kan.. Hurm. Tapi attiey harap ibu-ibu semua tak terganggu dengan semua tu dan kita sama-sama menjaga batas-batas ketika berada di tempat awam.

Satu ketika dulu, attiey sendiri merasa amat sukar untuk menyusukan bila kita keluar ke tempat terbuka ni seperti shopping complex dan sebagainya. Tapi, bila study dan buat survey rupanya pakaian yang tak sesuai juga menjadi faktor kesukaran tu.

Kita boleh gunakan baju menyusu untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa sebenarnya. Lagi satu, orang takkan perasan pun kita sedang menyusukan dan bayi pun takkan rasa stress menagis-nangis.
Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.


Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan tip berikut sebagai pembakar semangat untuk anda terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.


1. Yakin diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik kepada bayi.

2. Fokus
Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus
Sarungkan pakaian penyusuan(nursing cover)dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

Nasihat attiey, boleh untuk kita bergambar semasa menyusukan tapi biarlah ianya sebagai koleksi peribadi untuk kenangan bersama keluarga kita. Tentukan ia moment yang sangat berharga dan mahal buat kita sahaja.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! Rafhati Mohamad Napi ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Apa Jadi Jika Air Ketuban Kurang dan Terlebih?

Assalamualaikum



Lama attiey fikir dan rasanya nak tanya, tahu tak apa fungsi, peranan dan mengapa perlunya air ketuban saat wanita tu hamil?

Sebenarnya, ramai yang kurang arif tentang air ketuban ni. Tapi, takpe, jom kita gali 1001 rahsia tentang air ketuban yang memainkan banyak peranan kepada diri wanita mengandung dan kandungannya.

Bagi yang belum pernah melihatnya, memang tak boleh nak bayangkan. Macam attiey dulu jugak, tertanya-tanya macam manalah rupanya. Kebiasaannya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna. Walau bagaimanapun, warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat lain air ketuban ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau hancing seperti air kencing. Yang membezakan juga adalah sifatnya adalah cecair, dan ia akan membasahi seluar dalam dan boleh meleleh menuruni kedua-dua belah paha jika terpecah. Hal ini berlaku terutamanya apabila anda berdiri selepas berbaring, kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu dalam keadaan baring.

Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Sangat ajaib bila kita fikirkan bagaimana semua ni boleh berlaku kan.

Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlahnya akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan.

Fungsinya sangat penting! 

Air ketuban ni  mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah ia bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Attiey pernah dengar ada yang mengatakan bahawa rahim merupakan tempat paling selamat bagi bayi. Yela, dengan segala fungsi di atas ni memang ianya tercipta dengan sempurna.


Ketuban Pecah

Air ketuban boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu anda mengalami kontraksi. Sewaktu sakit nak bersalinkan Raisha, air ketuban dipecahkan oleh doktor sebab memang sampai sudah takmo pecah sendiri.

 Selain daripada itu, air ketuban yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah. Malah, kelainan sifat tegar selaput ketuban yang menjadikannya lemah juga boleh menyebabkannya mudah bocor. Yang ni perlu pemantauan juga.

Risiko pecah ketuban mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada anda yang mempunyai masalah polihidramnios dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.

Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Ibu  juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.


Risiko-risiko Lain

Risiko-risiko lain yang boleh berlaku termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis), jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu sendiri (sepsis).

Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Meconium aspiration syndrome pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya.

Oleh yang demikian, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan menjalani rawatan susulan.

Oligohydramnios

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Antara risikonya ialah :

1. Janin berkemungkinan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada anda kepadanya apabila tali pusat terhimpit.

2. Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.

3. Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlaku seperti kesukaran pernafasan (respiratory distress syndrome), masalah usus (necrotizing enterocolitis), pendarahan otak (intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).

4. Kematian sebelum lahir.


Polihidramnios

Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :

1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.

2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.

3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.

4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.

5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.


Semestinya bagi semua ibu hamil, kita memang sentiasa perlukan pemantauan sama ada secara nasihat dan praktikkan di rumah atau terus dari pengamal perubatan terlatih demi memastikan proses hamil dan melahirkan yang selamat.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

January 3, 2016

Tip Mengatasi Sakit Kepala dan Migrain Menggunakan Titik Fung Fu

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama.... Attiey dah cuba dan memang rasa kesan sebab masa buat tu Attiey ada rasa sakit kepala. Bila dah buat rasa nak buat lagi.

Jom baca artikel yang attiey ambil dari satu page ni tapi dah lupa nama apa untuk di kreditkan kat sini. Maaf ye tuan tanah. Minta halal info ni.

Terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan?
Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya....



January 2, 2016

Rahsia Dapatkan Tona Kulit Lebih Sekata

Sebelum ni kulit jadi sensitif gara-gara berhenti menggunakan produk Lxxnxs selama lebih kurang 5 bulan penggunaan (2 kotak). Kemudian saya mengambil masa sebulan untuk stop penggunaan mana-mana produk kecantikan kulit.

Saya mula amik Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite & Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Nutriwhite hujung pada bln 6/2015 sehingga kini. 
Pada bulan 7/2015, saya tambah Overnight Renewal Whitening Cream Nutriwhite
Pada bulan 9/2015, saya tambah lagi Gentle Makeup Remover Nutriwhite.

Kesannya, kulit saya lebih halus, liang-liang pori mengecil, memudarkan kesan jerawat dan jeragat, kulit kurang berminyak dan tona kulit lebih sekata. Saya jarang dah pakai mekap tebal untuk sembunyikan kesan parut dan jerawat. Kini saya hanya oleskan bedak baby je jika nak keluar bekerja dan berjalan-jalan. Saya wajib pakai celak di kening sebab kening nipis dan lipstick jika teringat nak pakai.

Saya juga baru je konsisten mengamalkan Garlic Complex, Ostematrix, GLA Complex Lecithin, Vita-C, Chinch untuk kesihatan kulit, pengurusan berat badan dan kesihatan dalaman wanita dalam masa dua bulan setengah.





Terbaru! Beli seluar jeans dengan saiz 27. Sebelum ni paling gemuk saiz 32.

Rasa happy sangat sebab dapat rasa perubahan yang sangat positif bila kita menjaga kesihatan luar dan dalam. Saya rasa lebih berkeyakinan.




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Pengalaman Terkena Chicken Pox Semasa Hamil

Assalammualaikum,

Saya nak kongsikan pengalaman saya pertama kali jatuh cinta dengan vitamin Shaklee

Semasa mengandung anak pertama, saya memang tak makan apa-apa vitamin pun. Akibatnya, kerap kejang betis, hb rendah, cepat letih dan tak bertenaga semasa melahirkan.

Dah masuk anak kedua pun, tak fikir lagi nak ambil apa-apa vitamin. Sehinggalah pada 14 minggu kandungan saya disahkan kena 'chicken pox'

Allahu...sakitnya kena chicken pox ni. Demam pulak tinggi sampai terpaksa ditahan wad selama 10 hari. Tapi sakitnya chicken pox ni, saya lagi risaukan baby dalam kandungan sebab ada terbaca pengalaman ibu mengandung yang kena chicken pox yang bayinya berisiko down syndrome ataupun risiko keguguran.

Emosi memang tak stabil sangat masa tu, kerap sangat menangis di katil wad. Alhamdulillah suami ada sebagai penguat semangat. Dari situ saya kuatkan semangat, nak beri yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Usaha supaya baby dalam kandungan sihat.

                                    

Saya mula amalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, BComplex, Vita C, ESP, Ostematrix dan Omega Guard.
Kalau dulu saya tak pernah konsisten dan macam nak termuntah makan vitamin atau pil ape pun, kali ni saya tekad nak beri yang terbaik untuk baby saya.

Alhamdulillah selepas baik dari chicken pox, saya buat 3d4d scan untuk tahu keadaan baby saya.

Dengan izin Allah, baby saya dalam keadaan yang sihat dan Alhamdulillah sepanjang kandungan kedua ini, tiada lagi masalah kejang kaki, tiada masalah hb rendah dan saya lebih bertenaga sepanjang kehamilan dan juga semasa proses melahirkan.

Alhamdulillah, saya memang dah jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Memang betul-betul meningkatkan tahap kesihatan saya.

Anda tidak perlu kena chicken pox baru nak ambil Set Hamil Shaklee, kalau mahukan kesihatan yang baik untuk ibu dan baby, Set Hamil Shaklee ni memang terbaik. InsyaAllah






FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Krim Herbal Blend Penyelamat Eczema Si Kecil

Assalamualaikum. Hi Saya Ainul ibu kepada Ariana Maryam 1 tahun 3 bulan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan anak saya Maryam yang mempunyai masalah eczema pada pipi yang teruk

Pada umur Maryam 4bulan, pipi Maryam naik merah dan kering. Bila time panas lagi la kering dan sebab kan pipi dia makin merah dan berdarah.

Maryam sendiri tidak selesa. sering menggaru. menangis bila panas. Susah hati ibu melihat keadaan maryam masa itu

Pelbagai jenis cream yang saya telah sapu namun tidak sesuai untuk maryam. Ada sesetengah ubat ada bahan kimia dan saya takut nak letak di pipi maryam. Risau terkena tangan dia dan dia masukkan tangan ke mulut.

Akhirnya saya berjumpa cream Shaklee iaitu HERBAL BLEND. Saya tak risau nak sapu di pipinya sebab saya tahu bahan dalamnya adalah bahan semulajadi seperti jagung, rosemary.

Saya konsistent sapu di pipi maryam setiap hari. Setiap masa saya akan sapu pada pipi nya.

Masa Maryam berusia 11 bulan pipi maryam sudah tiada lagi merah, kering. Pipi nya makin bersih, putih dan cantik.

Hati ibu mana tak gembira kan..

Sehingga sekarang HERBAL BLEND adalah cream WAJIB ada di rumah saya dan pasti bawa ke mana mana.

                                 

Terima kasih shaklee mengembalikan senyuman puteri saya Ariana Maryam
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Set Menyusu Kembalikan Berat Asal Seperti Sebelum Hamil Tanpa Perlu Ikat Perut


Assalamualaikum...

Permulaan perkenalan saya dengan shaklee bermula dengan set menyusu bajet iaitu ESP dan Alfalfa... Saya mula ambil sejak anak berumur 6 bulan... Iaitu Januari 2014...

Mula2 memang join juga untuk bisnes tapi tak berapa aktif sangat sekadar rajin2 buat malas2 tinggal...
Begitu juga dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee. Saya tak konsisten makan.

Sampailah satu ketika saya konsisten makan set menyusu ni saya dapat rasa sendiri susu cepat penuh dan banyak kali alami bengkak susu... Akhir tahun 2014 nih dalam bulan disember tu saya nekad konsisten makan ESP Alfalfa ,Lecithin,Ostematrix dan juga Bcomplexs sebab nak atasi masalah bengkak susu saya...

Alhamdulillah sejak konsisten makan set menyusu ni memang rezeki anak saya melimpah2..
Bila start susu membengkak saya konsisten ambil Lecithin Ostematrix dengan Bcomplexs nih...
Dan saya tak sangka bila start saya konsisten dan tambah dengan vitamin2 lain yg saya ambil juga saya dapat semula berat saya sebelum saya mengandung dulu dan saya dapat rasakan badan saya lebih bertenaga dan kesan kepada anak saya juga kulit yang mulus dan cepat kenyang.

Dan Alhamdulillah bila saya dapat rasakan shaklee effect yang saya alami tu saya semakin excited nak berkongsi dengan ramai orang dengan setulus hati saya betapa bagus dan berkesannya vitamin shaklee nih sampailah keluarga saya juga turut mengamalkan vitamin shaklee ini dan buatkan saya teruja mencuba semua vitamin shaklee.

Yang paling saya suka bekas jahitan kesan bersalin ceaserian tiada lagi dan rasa sakit nyilu pada bahagian operate bersalin tu tiada lagi sejak saya konsisten dengan tambahan Vitamin C..
Alhamdulillah kini anak saya Adam Khalish dah masuk 2 Tahun 5Bulan dan masih menyusu sepenuhnya dan juga mengambil makanan pelengkap yang lain termasuk vitamin shaklee kanak-kanak.

Berat sebelum saya tu ketika anak saya berusia 10Bulan dan berat sekarang masih maintain..
Dari hanya set menyusu bajet saya kini ambil set menyusu lengkap shaklee.
Dan saya sangat-sangat berpuas hati.

Dari hanya nak ambil set menyusu tak sangka saya dapat semula berat asal saya sebelum hamil tanpa perlu berdiet ikat perut...
Siapa kata ibu menyusu tak boleh tampil kurus bergaya kan...
Saya dah buktikan berat saya maintain dengan shaklee..


Alhamdulillah ...

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Isteri Berjaya Bantu Kawal Penyakit Asmaa Suami Dengan Shaklee


Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera...

Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas.. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.

Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.

Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.

Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin terul dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.

Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.

Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.

Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.

Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.

Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee.



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

January 1, 2016

Vitamin E Bantu Sekatakan Tona Kulit dan Hilangkan Gelaran Dayang Senandung



Assalamualaikum

Saya Nor Ruzanna Hanee atau lebih manja dipanggil sebagai ana. Dulu-dulu orang panggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung', mula-mula tu ok la tapi lama-lama terkesan plak rasanya orang panggil macam tu.. dalam hati Allah je tau betapa sedihnya. Macam-macam usaha saya lakukan nak hilangkan kulit kusam dan berminyak ni sampaikan kulit saya jadi sensitive akibat tersalah menggunakan produk..

Then takdir Allah saya dipertemukan dengan Shaklee. Permulaan saya consume Vitamin E Shaklee ni masa tu Vitamin C Shaklee tiada di pasaran, nak kena tunggu lama then saya decide nak guna vitamin E Shaklee. Masa tu bajet ciput tapi setelah ditambah tolak bahagi saya beli, lagipun Vitamin E ni tahan 4 bulan sebab pengambilannya sebiji je sehari.Bonus lain, Vitamin E ni boleh dijadikan masker, jimat kan hehe.

Alhamdulillah kini , kulit wajah saya beransur hilang kusamnya plus dah kurang berminyak dengan pengambilan Vitamin E secara konsisten. Tona kulit pun menjadi sekata and tiada lagi yang memangil saya dengan gelaran ‘dayang senandung'...



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Tip Untuk Kekal Bertenaga Semasa Hamil Walaupun Disahkan Mengalami Hipertiroid


Saya Fairus Emilia, SID Shaklee since 2013.Cerita saya bersama Shaklee bermula semasa menyusukan Hanna, anak pertama saya. Semasa hamil juga, saya telah disahkan menghidap penyakit hipertiroid dimana hormon tiroid saya aktif melebihi paras normal.
Alhamdulillah sepanjang kehamilan semua berjalan dengan lancar.

Saya nak berkongsi dengan para ibu semua yang mengalami masalah tiroid dan GDM (kencing manis semasa hamil.).

Al-kisah bermula masa kehamilan pertama, saya disahkan mengalami tiroid. So terus kena ambil darah. Bermula hari tu kene refer HKL dan klinik kesihatan untuk check-up. Dipendekkan cerita, selepas bersalin, semasa dalam pantang saya stop treatment tiroid. Tak buat proper follow up dah dari hospital. Ubat tiroid pun dah stop sampaikan satu hari saya rasa tak best pada badan saya.

Ujian darah tiroid lepas hamil menunjukkan bacaan tiroid yang sangat tinggi. t4=60 dan tsh bacaan tiroid tak normal. Doktor ada explain kat saya yang kemungkinan kalau tiroid saya tinggi akan beri kesan pada jantung saya. Jantung boleh bengkak sebab terlalu kuat mengepam. Macam tu lah kefahaman saya. Heartbeat pun tak normal. Lebih dari 100 degupan/min.

So start hari tu saya pun terus decide nak consume GLA COMPLEX untuk kurangkan sikit hormon yang tak balance. Gla berfungsi untuk atur balik proses dalam badan kita. Omega guard pun start beli sebab nak bagi nutrisi pada jantung.

Lepas tu saya refer semula HKL untuk proper checkup di klinik pakar HKL. Masih consume Shaklee dan masa yang sama kene makan ubat hospital jugak. Both kene balance sebab supplement bukan untuk menyembuhkan. Tapi, sesuatu yang menggembirakan terjadi in between treatment hospital, saya hamil anak kedua. Alhamdulillah. Tapi berdebar jugak sebab sebelum tu doktor pakar dah ingatkan kene gap kan sikit kehamilan sebab nak kene kawal hormon tiroid biar jadi normal dulu.

Rezeki Allah saya tak tolak. Ambik GLA dan Omega jadi tersubur dan terhamil pulak. Hehehehehe Alhamdulilah. Izin Allah s.w.t.

Dipendekkan cerita lagi, sepanjang hamil anak kedua, treatment on, ubat tiroid on, supplement shaklee untuk hamil pun consume. Towards the end of 3rd trimester, kene pulak GDM kencing manis masa hamil. Dugaan lagi. Macam mana boleh silap pun tak tau laa. Sebelum ni tak pernah ada kencing manis, ter-ada pulak. Alhamdulillah nasib baik ESP ada, saya kawal diet, masa nak ambik darah untuk cek gula, malam tu kene puasa, ESP memang BESTFRIEND time tu. Alhamdulillah lepas tu bacaan untuk GDM back to normal, tapi still kene monitor gula. Selang beberapa minggu bacaan GDM dah normal semua. Syukur.

Lepas waktu yang ditunggu, dah besalin, saya continue semula treatment tiroid. Alhamdulillah, lepas hamil, saya consume Set Berpantang Shaklee, add Vivix dan sambung balik makan GLA Complex + Omega. Bermulalah rutin biasa pesakit tiroid yang dah tak hamil. Anak kedua saya full Shaklee. Sampai sekarang menyusu dan consume Vivix + Omega + GLA Complex untuk tiroid.

Bacaan tiroid alhamdulillah, masa anak pertama dulu, tinggi, t4=60. Tapi masa Husna t4=40. Still tinggi tapi ada perbezaan masa first treatment tiroid selepas hamil Hanna dan Husna.

Saya teruskan konsisten makan Vivix + Omega + GLA Complex, Alhamdulillah dari t4=40 turun jadi t4=30+ sehinggalah sekarang bacaan t4=28. masih ada hipertiorid, sebab ubat hospital pun on off makan smile emoticon. Perlu diingat yer. walaupun kita consume supplement, kalau jenis yang sakit kronik ni, tak boleh off ubat hospital. Lagi satu saya perasan, masa saya konsisten both, ubat ok, supplement ok, bacaan tiroid saya back to normal. t4=24.

Syukur kepada Allah s.w.t sepanjang treatment tiroid dan kehamilan, saya sangat bertenaga. Handle 2 orang anak, drive ke HKL saat tengah sarat. Tak rasa letih pun. Memang sangat berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua.

Semoga yang membaca cerita saya mendapat sedikit inspirasi smile emoticon dan dapat kongsikan kepada family, kawan dan orang sekeliling yang ada tiroid jugak ok. Ikhtiar dan doa semoga kita diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Ucap Selamat Tinggal Kepada Masalah Kulit dan sakit Pinggang selepas Amalkan Vivix Shaklee


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3.Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering.Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal.Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang.Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami.Disamping masalah batu karang saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.
Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX.Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari.Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri,tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu.Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini.Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata.Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya.Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah.Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…

                               



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Manfaat Sebotol Vivix Shaklee ; Menampakkan Penurunan Bacaan Protein Dalam Urin (Urin Berbuih)

Assalamualaikum

Mungkin bagi sesetengah dari kita, baru je pertama kali dengar air kencing berbuih ni. Tapi ia memang berlaku di kalangan kita dan semestinya merupakan petanda kepada masalah tertentu.

Pernah dengar tak tentang individu mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Kenyataannya, buah pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa disedari. Mereka mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada tanda-tanda atau secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama bertahun-tahun lamanya.

Bagaimanapun, apabila tiba masanya, gejala-gejala tersebut akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah menjadi serius dan kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi. Kebanyakan penapis kecil yang dipanggil nefron di dalam buah pinggang sudah rosak dan hanya tinggal beberapa nefron yang terpaksa bekerja keras untuk menapis darah. Tanpa rawatan, semua nefron akan musnah dan kerosakan buah pinggang kekal terjadi.

Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:

* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-kelamaan
semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan

* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta
mata bengkak

* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata

* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein

* Cepat letih dan mengantuk

* Kerap sakit kepala

* Mengalami masalah tidur

* Kurang selera makan dan penurunan berat badan

* Terasa seperti hendak muntah, loya

* Darah di dalam air kencing


Testimoni Penggunaan Vivix Untuk Bantu Masalah Buah Pinggang Bocor:


Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee.

Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail

                                  


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Pengalaman Ibu Muda Bersama Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum.. 

Saya Yaya.. Ibu kpda sorg ank.. Sy nk buat testi sndri pasal Esp & Set Pantang Shaklee.. Mcm mana sy blh jatuh cinta & percaya dgn produk Shaklee ni..

Masa tahun 2013 sy baru tahu pasal kewujudan Shaklee ni.. So,sy pon Tanya dgn Kak Aziyana masa tu pasal esp.. Tujuan sy semata2 nakkan tenaga masa mengandung n masa bulan puasa.. Saya bli esp shja masa tu.. Sepanjang saya minum, sy rasa perubahan pada diri saya.. Dahla blh buat resipi sndri..mcm2 sy try buat,semua sedap.. X rasa lapar Sgt..mampu untuk buat kje lagi.. Tp masa tu sempat skjap je dlm bulan puasa sbb nk habis da..
(Sbb masa tu x terfikir nk tambah lagi)


Lpas bersalin, saya beli full set berpantang Shaklee.. Tp masa tu brg dpt lambat..da seminggu lbih bersalin baru dapat set Shaklee.. 100% mkn Shaklee shja..x mkn Jamu pon sbb masa tu baby sy kne kuning.. Nak cite pasal kuning baby ni, anak sy masa hari ke-3 camtu kne kuning. Sy x blh mkn Jamu, sbb panas. Mak sy suh minum air susu kambing yg piau tu ok..fuh! Kembang jgk la nk menelannya..sy kne minum air pegaga..mcm2 la kene mkn..tp kuning baby ttap x turun..😥.. Bila Shaklee smpi je terus sy x minum semua tu sbb loya tekak nk telan dah..

Sy mkn je Shaklee, next appt MasyaAllah..tekjut sy terus turun mendadak..doc kata tak payah amik darah da.. Doc Tanya sy mkn ape, sy ckp mkn Shaklee..die kata oooo..gud2! Teruskan mkn! 😀 Syukur Alhamdullilah..klu x sedih saya tgk tgn baby yg kecik tu kne amik darah.. Dah la payah nk Cari urat.. Hmm..
Lpas tu, part sy pulak Alhamdulillah nak membuang tersgt la mudah.. Lega je..

Hihi..rahim cepat kecut, luka Alhamdulillah cepat baik.. Dan yg ketaranya kulit sy masa mngandung jd hitam disesetngah tmpat terus hilang..jd sekata dah..smpi adik Ipar dok tnya2 mkn ape..hihi.. Kuku jd kilat n pink2 gitu..rmbut kurang gugur, badan rasa bertenaga, x lesu la.. Susu badan Alhamdulillah melimpah ruah.. Kdang tu asik kne tukar baju je.. Ermm..

Dan yg paling2 sy suka Berat badan sy turun .. Padahal sy mkn jgk nasi..mngkin sbb pembuangan toksin yg lancar.. So,berat badan sy maintain. Bila 1st time cek Kat klinik, nurse tu smpi suruh saya timbang lg skali die nk tgk..sbb turun bnyak.. Smpi die kata, klu camni die pon nk mngandung lg..xyah risau Katanya..hihi..

Bila da Ada pngalaman sndri mcm ni kan, kita x takut nk share dgn org lain..dalaman yg pling penting untuk kita jaga.. Alhamdulillah skrang da 34 minggu..da siap da beli set Shaklee awal2... ESP beli lebih untuk minum waktu pregnant ni..HB ok..normal..11 ke atas..semua ok..

Alhamdulillah..




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Pengalaman Guna Massage Oil Shaklee Baby, Anak Tak Jadi Demam

Hai mommies semua. Dah try Shakleebaby? Best ke best? Ada kawan saya share pengalaman beliau gunakan salah satu rangkaian Shakleebaby iai...