Skip to main content

Testimoni: Kesan Jerawat Pudar Dengan Set Kulit Cantik


Assalamualaikum...

Nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat.. Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen...Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka.... uhhh...lg saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.

Selepas bersalin, saya ingtkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya...

Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah.

Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.

Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami... saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adań∑alanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah.

                                             

SEKIAN TERIMA KASIH
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda - tanda Jahitan Episiotomi Anda Terbuka dan Komplikasinya

Jahitan terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.


Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu. Tempoh yang memberi risiko untuk jahitan itu terbuka adalah dalam dua minggu selepas bersalin dan ianya hanya jika tidak dijaga dengan teliti.


Menurut Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, Dr Khairiah Seman menyatakan bahawa kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.


Tanda-tanda Jahitan Terbuka

Ibu akan berasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. Seingat Atiey, sakit akibat episiotomi hanyalah sekitar 2  hari sahaja. Jika kesakitan tu berlarutan, mungkin jangkitan kuman dah berlaku. Jumpa doktor segera untuk pastikan adakah jahitan tu dah terbuka atau sebaliknya.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti bengkak, merah, bernanah atau keluar apa saja…

Cara Makan Sustained Release Vitamin C Yang Betul dan Selamat Supaya Lebih Berkesan

Berapa biji sepatutnya pengambilan vitamin c kita setiap hari? Pernah tahu tak atau cukup sekadar makan sebiji oren sehari je?

Kalau ikut saranan dari FDA, kita memerlukan 75mg vitamin c setiap hari untuk mantain kesihatan.

Bagaimana nak dapatkan bekalan vitamin c yang optimum? Kalau nak tahu, vitamin c ni sensitif pada suhu panas tau. Buah yang duk ada kat pokok dengan buah yang kita dah petik tu pun dah berbeza kandungan vitamin c nya. Sangat sensitiflah.

Sebab tu saya suka untuk syorkan supaya kita amalkan Sustained Release Vita-C Plus ni.

Sebotol mengandungi 180 tablet.
Satu tablet pula mengandungi lebih kurang 1000mg dan berat satu tablet adalah 992mg.


Tadi kata FDA sarankan ambik cuma 75mg. Tapi ni dah sampai 1000mg satu tablet. Tak lebih ke?


Ok, sebenarnya dalam satu tablet tu Absorbic Acid hanyalah 500mg manakala selebihnya adalah Bioflavonoid untuk penyerapan yang lebih berkesan.


Tapi 500 mg masih banyak kan.


Vitamin C Shaklee ni diformulasikan dengan teknologi pe;epasan sec…

Air Kencing Berbuih? Ketahui Cara Kawal Protein Dalam Urin

Assala,mualaikum

Hari ni dah berapa kali u'olls buang air kecil? Pastikan minum air masak secukupnya untuk melancarkan proses pembuangan air kecil tau.

Apasal tanya pasal air kecil pulak ni kan..

Sebelum terhasilnya air kencing (atau air kecil), dah jadi tugas buah pinggang kita untuk menapis cairan tubuh dan nutrisi termasuk protein sama ada untuk dikeluarkan melalui urin atau disimpan.

Umumnya, molekul protein adalah lebih besar namun adalah normal jika sesekali terdapat dalam urin kita.

Namun, sekiranya berlebihan ia adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal/saluran tertentu. Apabila terjadinya perkara ini, langkah seterusnya perlu diambil iaitu dapatkan rawatan.

Bagaimana nak tahu sama ada protein dalam urin kita tu normal atau berlebihan?

Pernah dengar air kencing berbuih? Ya, itu adalah antara petanda bahawa terdapatnya protein yang berlebihan dalam urin anda.

Apa penyebabnya?
-Masalah berkaitan  buah pinggang
-Diabetes
-Hipertensi
-Masalah jantung yang…

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Mudah Pening dan Mudah Pitam Tanpa Perlu Makan Hati Lembu ?

Pernah tak rasa macam nak pitam atau pun pening bila nak bangun lepas duduk lama sangat. Kadang-kadang bila tundukkan kepala dan angkat dengan cepat?


Agak-agakla kan....kenapa jadi camtu ek? Rasa cam gelap mata sekejap.. Ada kaiatan dengan masalah kesihatan ke?


Biasanya bila jadi camtu, rata-rata kita anggap tu benda biasa je dan selalunya takkan berpanjangan. Betul tak? Tapi, sebenarnya kita kena tahu bahawa perkara yang kita anggap biasa tu boleh mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana ia sebenarnya  menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah. Jika kita mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.

Macam mana nak tahu tekanan darah kita rendah ke tak? Selalunya kita akan periksa tekanan darah kan. So, kalau salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut, makan maks…

Bagaimana Cara Banyakkan Susu Badan Sampai Melimpah Ruah Meriahnya?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang tengah susah hati sebab rasa macam susu badan tak cukup untuk anak sedangkan anak baru nak masuk 2 bulan.. Tak lama lagi dah nak naik kerja (bagi yang keje la)..Hurm...kalau boleh nak bagi ekslusif breast feeding la kan...


Sebenarnya, persediaan untuk menimang cahaya mata perlu seiring dengan keterujaan untuk memberi bayi anda menikmati susu badan yang sangat berkhasiat. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi bahkan juga kepada ibu sendiri.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk memastikan si kecil benar-benar memperolehi segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya secara ekslusif tanpa dicampur dengan makanan atau minuman lain sehingga bayi berusia 6 bulan.Kemudian diteruskan sehingga bayi mencapai 2 tahun.
Kebaikan Susu Ibu Untuk bayi: Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi andaIa mengandungi nutrien d…