Blog Archive

December 1, 2015

Jom Kenal Pasti 13 Risiko Yang Boleh Terjadi di Taska

Assalamualaikum

Setiap tahun pasti akan ada pelbagai cerita dan insiden melibatkan bayi dan anak-anak  tertulis di dada akhbar kan. Antara kes yang pernah attiey baca adalah mengenai bayi mati tersedak susu, patah kaki jatuh tangga, terjatuh daripada buaian, terkena air panas dan keracunan makanan.


Kecederaan yang berlaku di taska bukan sesuatu yang pelik. Paling kecil pun lebam-lebam akibat terjatuh semasa bermain sesama mereka. Namun ianya pasti akan berlaku jika tiada langkah-langkah pencegahan dilakukan. Terdapat beberapa langkah pencegahan untuk atasi daripada kejadian buruk berlaku di taska.

Bagi mengelakkan kejadian buruk akibat tersedak susu atau makanan yang boleh menyebabkan sesak nafas, waktu penyusuan yang berjadual perlu ada di mana ibu bapa perlu memaklumkan kepada pengasuh bilakah penyusuan yang terakhir diberi kepada bayi sebelum dihantar ke taska. Dengan ini, pengasuh boleh tahu waktu penyusuan yang seterusnya. Bayi akan menghisap susu dengan pantas jika terlalu kehausan dan kelaparan. Cuma mungkin kalau ibu nak cepat dan pengasuh pun tak menang tangan, kes terlupa timbul juga.

Tak kurang juga ada yang ambil mudah untuk sendawakan bayi . Ianya penting tau untuk 
sendawakan bayi meskipun bayi sudah tertidur. Pengasuh perlu berada berhampiran dengan bayi sehingga selesai waktu penyusuannya dan disendawakan walauapa alasan sekalipun. Jika pengasuh masih perlu untuk meninggalkan bayi sewaktu menyusu, dapatkan bantuan pengasuh yang lain. Apa yang penting adalah pengasuh perlu menjalankan tugas secara berpasukan dan profesional.

Baru-baru ni attiey ada terbaca mengenai kematian bayi akibat tercekik wayar telefon. Sedih betul rasanya kerana kecuaian sebegitu rasanya tak patut berlaku.Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah menjauhkan kanak-kanak daripada barang atau perkakas yang membahayakan (termasuk pisau, paku, jarum, cerek panas, wayar dan suis elektrik).

Pastikan disimpan barang-barang tersebut di tempat selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. Sentiasa peka dan prihatin pada setiap pergerakan kanak-kanak termasuk tidak membiarkan kanak-kanak bermain di tempat tinggi seorang diri, bermain dengan kanak-kanak yang nakal.

Sikap Ibu Bapa

Ada segelintir ibu bapa yang memilih taska berdekatan dengan rumah tanpa mentingkan ciri-ciri keselamatan. Dengan keadaan sekarang ni, kos sememangnya menjadi perkara yang sangat perlu difikirkan. Namun sebagai ibu bapa, kita juga perlu menitikberatkan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak kerana anak-anak ialah pelaburan yang paling berharga untuk kita di masa akan datang.
Attiey sendiri pernah dapat offer dari jiran untuk jaga bayi mereka. Hehe. Tapi yang tu nanti kita cerita kemudian.

Ok, kalau taska yang dipilih tu jauh dari tempat kediaman, memang kos yang terpaksa dikeluarkan meningkat, namun pulangan yang bakal diterima oleh ibu bapa sangat menguntungkan lebih-lebih lagi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Juga boleh memilih taska itu sebagai taska pilihan untuk anak atas cadangan rakan atau jiran. Ini kerana kawan-kawan anda telah melalui, melihat dan merasai pengalaman sendiri dengan menghantar anak mereka ke taska tersebut.

Pengalaman attiey memilih taska untuk Raisha dulu, memang attiey pastikan taska itu berdaftar. Ini kerana taska berdaftar menyediakan program asuhan dan didikan mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan antaranya dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba&Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ada juga yang turut menyediakan cctv untuk pemantauan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Selain itu, program yang dijalankan lebih tersusun dan meliputi aspek perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengandungi elemen asuhan malah merangkumi elemen didikan awal yang diperlukan oleh kanak-kanak. Takdelah anak kita hanya tidur, makan dan bermain semata-mata.


Kejadian buruk yang mungkin berlaku dan kesannya kepada kanak-kanak

1. Kanak-kanak jatuh luka /jatuh tangga / tersepit jari
Kesan : Kanak-kanak berasa sakit, berdarah mewujudkan perasaan fobia/trauma.

2. Digigit oleh kanak-kanak lain
Kesan : Mewujudkan sikap tidak percaya, tidak selamat berada di taska.

3. Terjerut / terjatuh daripada buaian
Kesan : Kecederaan/kecacatan pada anggota badan, kematian

4. Keracunan: Makanan yang disediakan oleh taska, atau kanak-kanak kecil mengutip benda kotor dan memasukkan ke dalam mulut.
Kesan : Adakalanya bayi menemui ajal tanpa diketahui puncanya . Keadaan ini dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Cot Death ‘

5. Terkena air panas
Kesan : Kecederaan fizikal dan kecacatan kekal

6. Demam panas tiada rawatan sehingga berlaku kekejangan.
Kesan : Kecacatan otak, masalah pembelajaran, masalah perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak

7. Penderaan fizikal
Kesan : Kecederaan pada tubuh badan, trauma/fobia, kanak-kanak ketakutan.

8. Penderaan emosi serta tiada layanan mesra sebagai ibu ganti atau kakak ganti selain ibu bapa
Kesan : Kanak-kanak mengalami kemurungan, melemahkan pembentukkan personaliti kanak-kanak, pendiam , kurang aktif.

9. Tersedak susu atau makanan, sesak nafas.
Kesan : Kematian

10. Alahan pada makanan
Kesan : Gatal-gatal pada kulit, kemerahan, bengkak pada tubuh badan

11. Jangkitan kulit (kudis)
Kesan : Jangkitan dari kanak-kanak lain, kanak-kanak tidak selesa, menangis.

12. Ruam (panas , kurang penjagaan kebersihan)
Kesan : Kanak-kanak tidak selesa, gatal-gatal.

13. Lemas (di bilik air-air bertakung)
Kesan : Koma, kecacatan otak, kematian.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! Rafhati Mohamad Napi ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...