Blog Archive

December 13, 2015

Bagaimana Untuk Berdepan Dengan Masalah Buasir Selepas Bersalin

Assalamualaikum


Pernah tak mommies rasa bimbang sekiranya selepas bersalin nanti akan terkena buasir seperti kebanyakan ibu lain yang  selepas bersalin mengalami buasir? Senang untuk mengesannya iaitu melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.
Adakah buasir ni menyakitkan?
Kebiasaannya rasa sakit ini kerana tekanan otot dubur ke atas bengkak. Apabila hal ini terjadi, ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Bagi mommies yang mengalami buasir selepas melahirkan, tahu tak sebenarnya masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut juga boleh menjadi sebab  kepada masalah buasir.

Seingat attiey, sebaik sahaja lepas bersalin dulu ada seorang akak ni datang melawat dan nasihatkan attiey supaya tidak terlalu lama dalam tandas dan hanya ke tandas jika perlu sahaja. Tujuannya untuk mengurangkan posisi mencangkung. Selain tu, tak perlu memaksa diri untuk membuang air besar jika belum masanya. Sebab tu perlunya untuk terus memastikan pengambilan air masak dan sayuran bagi mengelakkan sembelit. Takut ok kalau sembelit selepas melahirkan..

Buasir Dalaman vs Buasir Luaran

Dalam pada itu, terdapat dua jenis buasir yang perlu diketahui. Ia merujuk kepada buasir dalaman iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan sakit ataupun gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum dan tidak merbahaya. Namun, kekerapan mommies meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Manakala buasir luaran pula merupakan jenis penyakit buasir yang merupakan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur dan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan darah akan terputus dan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya sehingga menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala sebeginilah yang mendorong sesetengah dari kita untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya. Fakta menarik yang perlu mommies semua tahu ialah kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara serentak ataupun berasingan.

Pelega Buasir

Walau apa pun keadaannya, kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti penyebab buasir yang dialami. Tiada gunanya merawat buasir jika kita secara berterusan mengamalkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan semula masalah yang sama.

Mommies kena pastikan untuk cuba mengambil minuman secara kerap  bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat dalam menu seharian berupaya mencegah buasir daripada menjadi lebih teruk.

Jangan lupa untuk mengutamakan kebersihan diri terutamanya di bahagian dubur. Kita digalakkan untuk lebih kerap mencuci kawasan berkenaan dengan menggunakan sabun dan air setiap kali membuang air besar. Paling penting, amalan pembuangan air besar yang baik setiap hari.

Baca juga Bagaimana Cara Melawas dan Mengatasi Sembelit

Tip Berguna Untuk Mengecutkan Bengkak

Anda boleh merendamkan diri dalam air suam di antara dua atau tiga kali sehari selama 10 hingga 15 minit. Ini bertujuan mengecutkan bengkak di bahagian dubur. Antara lain, garam mandian juga boleh digunakan. Ia turut mempunyai fungsi yang sama dengan air suam iaitu berupaya mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Sekiranya cara yang disyorkan tidak dapat membantu, ubat dapat membantu. Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi berlainan. Contohnya ubat yang boleh melembutkan najis iaitu lactulose ataupun forlax. Bagi mengecutkan buasir pula, anda boleh menggunakan daflon. Bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan dubur pula, gunakan ubat jenis suppositories. Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.

Penggunaan Supplemen 

Attiey syorkan mommies yang telah mengalami masalah ini supaya cuba baiki keadaan dengan Set Buasir Shaklee.


ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dan proses membuang air besar yang sangat perit dan sukar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.
                                        
OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

                                          
OMEGA GUARD

Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.


Pencegahan Awal

Jika kita mahu  memastikan kita tidak menghadapi seksa akibat sembelit, kita sendiri perlu melakukan langkah pencegahan sejak daripada hamil lagi. Dengan yang demikian, ia dapat mengelakkan sebarang simptom berkaitan buasir.

Selain itu, kita juga harus faham bahawa perubahan hormon progesteron sering kali menyebabkan pergerakan usus bertambah perlahan. Ini bagi membolehkan lebih banyak penyerapan makanan berlaku. Walau bagaimanapun, penyerapan air turut bertambah dan ia menyebabkan sembelit mudah berlaku.

Harus diingat! Masalah sembelit sewaktu hamil menjadi bertambah teruk kerana sememangnya kita mengurangkan aktiviti bersenam, namun kita sebolehnya jangan mengabaikan pengambilan zat besi tambahan, makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi.

Cubalah untujk mengamalkan pemakanan yang cukup serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sejak daripada awal kehamilan lagi. Dalam pada itu, senaman ringan adalah amalan baik untuk mengurangkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...