Blog Archive

November 18, 2015

Mengapa Ibu Hamil Kena Minum Air Gula?


Diingat-ingat kembali, rasa cuak dan serik pun ada juga. Tambah-tambah bila terkenangkan rasa air gula yang lemak tu.

Petik petua dari seorang sahabat yang ada umminya bertugas di bahagian O&G atau
Obstetrics and Gynaecology   supaya datang awal bila dah tahu hari tu kena minum air gula. Kenapa? Sebab, awal-awal tu airnya masih suam. Jadi, kemanisan gula masih boleh diterima oleh tekak. Macam minum air manis di pagi hari.
Ada betulnya. Attiey dah praktikkan. Sebaik sahaja tahu hari yang nak pergi klinik kesihatan tu adalah hari minum air gula, attiey datang awal-awal dan memang dapat air gula yang masih suam-suam kuku. Sebelum minum set dalam minda yang air tu biasa je dan hipnosis diri supaya tak muntah.

Tapiii, kadangkala dapat juga yang sejuk dan terasa semacam bila masuk tekak. Hehe.

Apapun, mengapakah kena minum air gula? wah gitu....(^_^)

Sebenarnya, minum air gula adalah untuk mendiagnose  (GDM) gestatinal diabetic mellitus ( kencing manis semasa mengandung). Ia dikenali sebagai  MOGTT (modified oral glucose tolerance test). Bukan untuk menyusahkan ibu hamil tetapi jika dapat dikesan dari awal, dapat membantu kita mengelakkan pelbagai komplikasi.

Selalunya, ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil ini dijangka akan melahirkan anak yang besar. Ada yang mengatakan bahawa ia juga boleh menyebabkan kecacatan dan kematian bayi. 

Seorang kenalan attiey yang buat pemeriksaan di klinik swasta ada bagitahu yang dia tak pernah diarahkan pun untuk minum air gula. Best ke macam tu? Sememangnya klinik swasta dengan hospital kerajaan tak sama. Sebaik sahaja kehamilan mencapai usia 24 minggu, klinik kerajaan memang akan jalankan ujian ni. 

Bagi yang tak pernah rasa, meh sini nak bagitahu. Air gula tu memang pekat likat. Bila dah minum ada yang ambil option baring untuk hilangkan rasa mual. Ada yang kata pening juga. Bagi attiey, make sure kita datang JANGAN dengan perut koosng. Sarapan dulu sikit. Kasi alas perut tu. Lepas tu set dalam minda, kita takkan muntah dan apa-apa je yang positif. Sebab, bila minum dan tak habiskan sebab muntah, kita kena ulang balik untuk next appointment.. Nak? Hehe.

Prosedur dia macam ni;
  1. Ibu hamil perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian.
  2. Sampel darah akan diambil untuk diuji paras gula/glukosa sebelum minum air gula.
  3. Ibu hamil perlu minum air gula (75gm glukosa dilarutkan dalam 250ml air) dan perlu diminum dalam masa tidak melebihi 15 minit.
  4. Dalam tempoh ini, tiada makan dan minum dibenarkan.
  5. Selepas 2 jam, sampel darah akan diambil sekali lagi.
Masa nak buat ujian kedua tu, memang rasa cuak sebab takut tak lepas. kalau boleh takmo dengar result yang tak normal kan.

Bacaan  yang dianggap normal bagi ibu hamil dan dikiran bukan GDM ialah di bawah 7.8mmol/L (ujian darah yang kedua, 2 jam selepas minum air gula).

Bacaan yang menjadi aim atau sasaran doktor ialah 4 -6 mmol/L (ini dianggap bacaan terbaik).

Tak kurang juga yang memikirkan helah untuk taknak minum tapi kita kena ingat ianya penting untuk keselamatan kita dan bayi juga. 

Kesedaran dan kerjasama sangat diperlukan bagi memastikan keputusan ujian darah yang diperolehi adalah benar dan tepat.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...