Blog Archive

October 22, 2015

Tip Ajak Anak Bertudung

Assalamualaikum

Tajuk sensitif sikit kali ni..bagi sesetengah orang. Attiey bukanlah yang terbaik untuk bercerita tentang hukum tapi cuma nak berkongsi bagaimana kita sebagai ibu nak menanam rasa suka untuk bertudung kepada anak-anak.

Ada yang berpendapat, cuaca di negara kita ni menyukarkan mereka untuk merealisasikan niat murni tu. Nak sangat tengok anak-anak pakai tudung tapi kesian kat depa nanti berpeluh-peluh. Malah ada juga yang yakin, anak-anak akan bertudung bila akil baligh nanti..sebelum cukup umur ni, biarla diorang berfesyen2 sikit. Itu terpulang kepada pendapat masing- masing dan kita harus berlapang dada cuma attiey percaya pada peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebung."..


Bagaimana nak ajak anak bertudung ye?

Antara cara-caranya adalah

- ajar melalui teladan.  kita sebagai ibu wajib mulakan dulu. Ya, ibu perlu berhijab dulu. Kenapa? Untuk mengelakkan kekeliruan timbul dalam fikiran anak.

- anak-anak belajar melalui pemerhatian. Bila lihat ibu sarung tudung setiap kali keluar, anak berpotensi untuk meniru perbuatan tersebut. Ini terbukti tau.

- berikan pujian setiap kali anak memakai tudung. Jelaskan dengan sebaik mungkin mengapa harus bertudung dan elakkan arahan secara paksaan pada peringkat awal. Khuatir lama-kelamaan anak memberontak dan membenci.

- lakukan secara berperingkat dan bukan secara drastik. Berikan kelonggaran sekali-sekala tak mengapa.

- beri tudung yang cantik pada pandangan anak dan selesa untuk dipakai. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu ketat. Fesyen berebelit-belit mungkin boleh dipraktikkan kemudian.

- kenalkan anak dengan  kanak-kanak lain juga bertudung. Konsep ni sama dengan masalah anak yang tidak suka makan tapi bila berada di kalangan rakan sebaya, si anak makan dengan berselera.

- tanya anak setiap kali ingin keluar rumah sama ada nak bertudung atau tidak. Ini menunjukkan kepada anak bahawa kita sebagai ibu menyokong perbuatan tersebut. Jika kita buat tak tahu, anak- anak senang lupa. Begitu juga solat. Ajak anak solat ketika kita mahu solat. Secara tak langsung kita memberitahu mereka kepentingan solat dan mereka beljar adanya perbuatan solat dalam agama kita.

- jangan matikan hasrat anak untuk berhijab. Ramai juga tanpa kita sedari mengucapkan kata-kata begini : "Takpe, kakak masih kecil. Tak mengapa jika tak pakai tudung". Sokong dan dorong jika anak ingin melakukan perkara baik.

Tak kurang juga ada kalangan ibu-ibu yang dah mula menyarungkan tudung kepada anak-anak yang baru pandai bertatih. Benar, mereka tidak mengerti apa-apa tetapi sekurang-kurangnya anak-anak terbiasa dengan tudung. Lagipun comel je kan.

Bagi anak-anak yang mempunyai masalah alahan atau kulit sensitif apabila berpeluh, berikan mereka masa dan cari fabrik yang sesuai. Galakan secara positif amat penting untuk mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...