Blog Archive

October 26, 2015

Panduan Menjaga Kebersihan Miss V Untuk Elakkan Keputihan Menyerang

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, 99.9 % (peratus) wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh sikap tidak prihatin atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit mereka.


Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj selalu menimbulkan kerunsingan dan ketakutan . Kenapa? Kerana keputihan ni boleh mengundang jangkiman kuman dan menyebabkan masalah-masalah lain. Attiey ada juga terima persoalan dari pembeli beberapa perkongsian tentang masalah ni.

Bagi gadis-gadis yang belum mendirikan rumah tangga, attiey nak bagitahu ye.  Pengeluaran keputihan ni jangan pandang ringan kerana risau-risau jika mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

Jadi, bagaimana nak mencegah masalah keputihan ni?


Antaranya ialah menjaga kebersihan Miss V. Bagaimana?




. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

· Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

· Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

· Elakkan menyabun atau shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

· Pasangan suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan optima.

· Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing (Urinary tract infection).

· Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

· Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.


Untuk customer attiey yang lepas, attiey baru sahaja cadangkan kepada beliau untuk mengambil

1- Alfalfa Complex
2- Garlic Complex


Alfalfa ini adalah sejenis herba dan ia dikenali sebagai raja segala tumbuhan.

Alfalfa boleh dimakan begitu sahaja dengan air masak ataupun boleh direndam dengan air panas dan jadikan sebagai minuman herba. Sifat antikulat yang ada pada alfalfa membantu tubuh kita untuk menyingkirkan masalah jangkitan dari terus berlaku.

Ianya sesuai untuk semua kecuali pesakit SLE atau Lupus.

Garlic pula terkenal sebagai  antibiotik semula jadi dan membunuh kulat.
Ia merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida


Boleh cuba dulu. Manalah tahu memang serasi dengan anda kan.



Hubungi attiey dan buat pesanan segera untuk KONSULTASI secara PERCUMA. Istimewa untuk anda yang beli dari attiey sahaja.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...