Blog Archive

September 25, 2015

Tanda -tanda Anda Terkena Demam Denggi

Assalamualaikum

Hujan kerap juga dalam seminggu dua ni. Alhamdulillah. Kat rumah pun sejuk je. Malam tak panas membahang.

Cuma bila hujan ni satu je yang attiey risaukan. Air bertakung.

Kat rumah kita memang kita boleh kawal kan. Tapi macammane dengan luar kawasan kita. Nyamuk bila terbang tak kira pintu siapa, dia terjah je kan.

Mungkin attiey kena periiksa longkang belakang tu tersumbat ke tak. Saluran air hujan pun nak kena intai-intai ni. Tapi minta encik suamilah bab tu. Hehe.

Attiey serik sebenarnya bila sebut demam denggi ni sebab ada experience jaga adik yang mengalaminya. Mula-mula tu ingatkan demam biasa sampailah doktor ambik darah adik untuk diagnos.



Tanda-tanda demam denggi boleh dikenalpasti sebenarnya apabila;
  1. Demam panas
  2. Sakit kepala
  3. Sakit tulang belakang
  4. Sakit sendi-sendi
  5. Loya dan muntah-muntah
  6. Sakit biji mata
  7. Ruam
Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda di atas selepas 5-6 hari gigitan nyamuk aedes.

Puan Sarah ada berkongsi bagaimana untuk membaiki keadaan pesakit kerana kitapun tahu bahawa demam denggi ni takde ubat khusus kan.


Sumber ; iReach HD on Vimeo.


Apakah yang akan terjadi jika kita melengah-lengahkan untuk berjumpa doktor?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Hampir dua minggu juga adik kena tahan di wad dan doktor pantau platelet. Cuma kami berdoa sangat tak adalah dalam keluarga kami lagi yang terkena demam denggi terutama anak kecil. Jom bersihkan kawasan rumah.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...