Blog Archive

August 4, 2015

Punca dan Penyebab Sakit Jantung Yang Masih Ramai Belum Tahu


Sebut saja sakit jantung, ramai dari kita yang seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat dan tidak ingin untuk membayangkan untuk berada dalam situasi tersebut.

Ianya merupakan sejenis penyakit yang tidak dapat diduga bila akan menyerang. Boleh jadi berlaku semasa dalam keadaan riang gembira. Susah nak menjangka dan mengaikkannya dengan tempat dan waktu yang berisiko. Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. 

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan.

Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita yang dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Tahu tak bahawa jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Wow...sangat hebat bahkan kita pun takkan dapat buat benda yang sama. 

Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan menjadi punca berlakunya sakit dada. 

Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai serangan  sakit jantung. 

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa;
  • sesak nafas
  • berdebar
  • letih lesu
  • berpeluh dingin
  • rasa pitam
  • pengsan. 
Apakah faktor-faktor yang memungkinkan sakit jantung?

Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali.
Di antara kesan asapa rokok ialah
  • Pertama, pembekuan darah. 
  • Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah.
  • Ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
Tekanan perasaan juga boleh mengakibatkan anda mengalami degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit jantung. 
Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung. 
Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.
Kesan daripada saluran darah menjadi lebih tebal juga akan mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk menghidap diabetes. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai dua hingga tiga kali kemungkinan serangan sakit jantung. 
Seseorang yang berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung. 
Seseorang yang mempunyai keturunan yang menghidapi penyakit jantung juga berisiko tinggi untuk turut sama menghidapinya. 

Penyakit jantung yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan timbunan lemak yang berterusan pada bahagian dalam saluran darah dan menghalang bekalan darah ke otot jantung dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. 

Apakah Langkah Kawalan Yang Boleh Dilakukan?
Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung. 
  1. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. 
  2. Kawal pemakanan anda. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.
  3. Mana kala tambah atau tingkatkan pengambilan makanan anda yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. 
  4. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. 
  5. Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal. 
  6. Hentikan merokok jika anda seorang perokok. Bagi membantu anda mengatasi perasaan ingin merokok, adalah disarankan supaya anda pertama, membuang semua rokok, mancis, pemetik api, dan bekas rokok. Kedua, mengadakan hobi atau aktiviti luar seperti berjalan-jalan atau berjoging. Ketiga, makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Keempat, kurangkan memakan makanan yang pedas dan kelima, menolak tawaran rokok daripada orang lain. 
  7. Anda juga perlu bersenam dengan secukupnya kerana senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah pertama, senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri anda. Kedua, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap kali. Ketiga, mulakan aktiviti regangan sebelum senaman dan rehatkan diri anda selepas senaman. Keempat, lakukan senaman dengan beransur-ansur dan kemudian tingkatkan dari masa ke semasa. Kelima, pelajari teknik senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. Keenam, dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman jika anda belum pernah bersenam.
Bagaimana Dengan Penghidap Diebetis?
Sekiranya anda adalah seorang penghidap diabetes, anda mampu untuk mengawalnya. 
Diabetes boleh dikawal dengan cara :
  • Pertama, kurangkan pengambilan gula, lemak, kolesterol, dan karbohidrat dalam makanan. 
  • Kedua, ikut nasihat doktor untuk sekiranya anda perlu mengambil ubat atau insulin. 
  • Ketiga, lakukan senaman yang bersesuaian kerana ia dapat membaiki keberkesanan insulin. 
  • Keempat, lakukan ujian glukos darah atau ujian air kencing untuk mengetahui sama ada penyakit diabetes anda terkawal atau sebaliknya. 
  • Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan atau emosi agar anda tidak menghidapi tekanan darah tinggi yang seterusnya mengakibatkan penyakit jantung. 
Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat dan positif, ambil makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam. Sayangilah jantung anda, sebagai mana anda menyayangi diri anda.

Info ini diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...