Blog Archive

July 9, 2015

4 Cara Ibu Bapa Boleh Lakukan Untuk Memupuk Bayi Supaya Cepat Bercakap


 Baa Baa Boo ...Tii Taaah ... Appah.. hehe.

Bila anak mula nak bercakap, layankan saja apa yang keluar dari mulut cmel mereka tu walaupun confirm kita tak faham. Tapi perhatikan bahasa badan yang mungkin boleh membantu. Comel sangat.

Dalam tahun pertama baby memang takkan banyak bercakap cuma membebel dalam bahasa sendiri aje la tapi sebenarnya kemahiran bahasanya berkembang dari saat dilahrkan lagi.

Kita kena peka dengan perkembangan bahasa mereka. Macam mana? Kita pantau kemajuan sejak bayi lagi. Cuba rujuk tahap perkembangan berikut:

6 Bulan
Pada peringkat ini, baby akan mula perasan macam mana orang sekeliling berinteraksi antara satu sama lain dan baby kita tu akan cuba join perbualan. Ada yang keluarkan dekutan, agahan yang boleh menjadi penyuaraan dan bunyi sperti "ah" , "eh" atau "buh".

Baby juga akan cuba luahkan emosi diorang dengan cara gerak isyarat dan reaksi macam senyuman atau menoleh ke arah sesuatu tempat mengikut nada suara kita. masa ni rasa terhibur sangat bila dapat tengok anak kita dah pandai bagi respon.

Tangisan anak juga mungkin berbeza-beza mengikut keperluan. Kalau lapar, suaranya lain...Sakit perut lain pulak. nak tidur pun tak sama....ada lainnya. yang penting kita kena alert.

12 Bulan
Bila dah masuk satu tahun, biasanya anak kita akan mula kenal nama mereka sendiri dan cuba menyuarakan sendiri kombinasi bunyi yang berbeza-beza (bade, abedah, abee, adiib). Yang saya perasan, anak saya juga mula faham arahan-arahan mudah terutama bila digabungkan isyarat-isyarat yang ketara macam minta sesuatu dari tangan dia sambil menunjuk ke arah tangan. Dia akan melarikan diri atau terus menghulurkan kepada saya.

18 Bulan
Berkemungkinan besar kebanyakan bayi mempunyai perbendaharaan kata dalam anggaran 5-20npatah perkataan, dan sellaunya lebih mengenali nama-nama orang yang biasa dengan mereka, bahagian tubuh, dan barangan rumah yang biasa. Mereka juga akan mula bermain dan berpura-pura berbual dengan permainan mereka.

24 Bulan
Kebanyakan anak-anak dah mula boleh sebut "ayah pulang", "ibu dukung" dan beberapa ayat mudah. Perbendaharaan kata mereka dah mula bertambah hingga 100 perkataan atau mungkin lebih. Sekarang, anak dah boleh menamakan beberapa objek mudah di sekelilingnya dan respon kepada pergerakan mudah tanpa gerak isyarat macam "lihat permainan tu dan tunjuk pada ibu" .

Jangan risau kalau bayi kita agak lambat sedikit berbanding bayi jiran atau sesiapa saja. Malah saya juga pernah ditegur oleh seorang akak ni bila anak saya waktu tu dah setahun tapi masih belum bertutur dengan baik. Setiap anak membina kemahiran bahasa pada kadarnya tersendiri namun kita sebagai ibu bapa boleh membantu memupuk mereka untuk cepat bercakap.

Bagaimana?

  1. Bercakap dengan bayi anda sebanyak yang boleh. Jadikan apa jua tajuk yang sesuai untuk bercerita dengannya dari soal memasak, tv, kartun, menjahit, membasuh dan makan. Beritahu dia apa yang kita dan dia sedang lakukan pada hari tu. Jika ada masa, nyanyikan bayi semasa menidurkannya.
  2. Gunakan alat bantuan bacaan. Sekarang ni bermacam jenis kad imbasan ada dijual dengan harga yang berpatutan dan warna yang menarik, Luangkan masa untuk anak anda dan tunjukkan gambar-gambar kepadanya sambil menyebut perkataan yang sesuai.
  3. Biarkan anak melukis dan mewarna kerana secara tak lansung mereka akan bercerita melalui contengan. Ini akan mengasah fikirannya untuk mencipta sesuatu yang baru .
  4. Hadkan masa menonton kerana apabila terlalu kerap meluangkan masa dengan skrin interaktif, anak-anak akan merasakan kurang perlunya perbualan dan tindak balas atau respon. Sebaliknya hanya akan lebih mendengar dan kurang aktif. Disarankan kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak didedahkan kepada televisyen dan peralatan berskrin manakala untuk lebih dari 2 tahun dihadkan kepada 2 jam sahaja setiap hari.

Bahasa memang sangat penting dan ini akan membantu bayi kita berkomunikasi dengan orang lain. Jadi, bersabar dalam membantu anak-anak untuk belajar bercakap

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

  1. ibu bapa kena belajar cara mengendalikan bayi sejak dalam kandungan lagi..

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...