Sebagai ibu bapa kita akna pastikan anak-anak membesar dengan baik dengan cuba memberikan mereka makan makanan yang cukup nutrisinya. Tetapi apabila berdepan dengan masalah anak yang sentiasa menolak untuk makan, pastinya menimbulkan kebimbangan di hati ibu bapa. Betul tak?
Saya nak kongsi tip mudah yang pastinya mommies semua boleh cuba ikut. Cuba tau.
1. Selera kita dan selera anak mungkin tak sama. Kuantiti pun sudah tentu berbeza. Jadi, jangan sesekali paksa anak kita habiskan makanan yang mereka dah tak boleh habiskan. Kenapa ya? Kerana mereka lebih tahu keadaan perut mereka yang sudang kenyang.
2. Cuba untuk sentiasa menghidangkan makanan yang penuh nutrisi kepada mereka. Bagaimana? Banyak sekali yang boleh mommies cuba contohnya ikan, daging, telur, bunga kobis, brokoli dan karot.
3. No! No! No! kepada junk food. Jangan sesekali menyimpan makanan yang tidak sihat di rumah. Dengan cara ini secara tidak lansung akan melupakan anak-anak tentang makanan sebegitu. Ibu bapa pun jangan makan depan mereka tau.
4. Elakkan terlalu memberi anak terlalu banyak kordial ok. Jus pun bagi sikit-sikit je sebab minuman macam ni sebenarnya mengandungi gula yang banyak. Kesannya anak akan hilang selera untuk makan. Macam kitala, lepas minum minuman manis mana berselera sangat nak menghabiskan hidangan nasi yang berat. Kalau pun boleh, tak teruja sangat jika dibandingkan bila minum air kosong.
5. Jika anak haus sebelum mereka nak makan, galakkan mereka untuk minum air kosong sahaja dulu.
6. Perlu diingat untuk mulakan hidangan dengan jumlah yang kecil dahulu untuk anak-anak. Jika mereka minta tambah, baru lakukan demikian.
7. Pelbagaikan menu untuk mereka. Boleh juga jadikan makanan mereka comel-comel je dengan tambahan sedikit toping atau hiasan. Mereka mesti teruja nak makan.
8. Untuk Adib, saya gunakan pinggan khas. Maksudnya pinggan yang menampilkan karektor kartun yang berwarna warni. Selain tarik minat, lama -kelamaan boleh mendisiplinkan anak juga sebab dah kenal pinggan sendiri.
9. Perlu diperhatikan jika si kecil kita tu lebih suka minum daripada makan, cuba berikan mereka minuman yang dikisar dengan bahan segar seperti susu, buah-buahan, badam,yogurt, dan madu. Yummmy!
10. Saya rasa tip terakhir ni sangat penting. Jika mommies perhatikan, anak-anak suka jika terlibat dalam aktiviti mereka. Sekali sekala, makan bersama dengan mereka. Mereka akan gembira dan dapat membantu bangkitkan selera.
Anak-anak sebenarnya dianugerahkan untuk mengetahui berapa banyak makanan yang merka perlukan. Biasanya mereka tidak akan makan terlalu banyak.Awas, kerana kemahiran ini boleh hilang kalau kita sebagai ibu bapa sering memaksa mereka makan dengan banyak atau memaksa mereka menghabiskan makanan yang ada dalam pinggan.
Jangan abaikan bahasa badan mereka. Fahami si kecil anda dan semoga berbahagia.
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment