Blog Archive

July 31, 2015

Secawan Jus Strawberi Bantu Anda Langsingkan Tubuh


Berita baik buat anda yang suka melawat kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland yang kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan segar termasuk buah strawberi ni.

Bila dah beli banyak-banyak tu, jangan bazirkan pula tau. Memang cantik tapi ada yang suka rasanya yang masam-masam sikit tu.

Bagi yang berkesempatan untuk berkunjung ke sana, jangan risau sebab buah strawberi ni juga senang dah nak dapat kat bahagian sayur-sayuran dan buah di mana-mana pasaraya.

Kenapa kita duk sembang pasal buah merah menggoda ni adalah sebab saya nak cerita manfaat buag strawberi yang termasuk memutihkan gigi dan menjauhi penyakit kardiovaskular.

Manfaat lain adalah ;

Kaya Antioksida
Antioksida yang tinggi dalam buah ini amat sesuai untuk menghindarkan risiko penyakit kardiovaskular. ia juga menghalang proses penuaan sehingga kita nampak sentiasa muda dan berseri. Gituuu. Selain tu, ia juga meneutralkan kesan negatif radikal bebas di dalam tubuh sekali gus menghindari dari bakteria penyebab influenza.

Kaya Kalium
Buah strawberi juga kaya dengan kalium iaitu mineral yang membantu mengatur elektolit dalam tubuh sehingga menurunkan risiko serangan sakit jantung dan strok. Selain tu, terdapat asid folat yang berperanan sebagai salah satu zat yang meningkatkan pengeluaran sel darah merah.

Kaya Vitamin C
Vitamin C pada buah strawberi adalah lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan buah limau. Ianya amat berguna untuk memerangi beberapa jenis kanser dan menekan kadar kolestrol yang berlebihan. Buah strawberi juga mempunyai vitamin B2, B5, B6, tembaga dan magnesium selain mengandungi asid lemak omega dan serat.

Menjaga Berat Badan
Strawberi juga boleh membantu anda yang nak diet kerana buah ini hampir bebas lemak. Ada kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa secawan strawberi yang mengandungi 0.6 lemk dapat merangsang metabolisma badan kita dan seterusnya mengurangkan nafsu badan. Oleh itu, jom ramai-ramai sape sape yang nak badan langsing tu, amalkan pengambilan buah ni. Selain berat badan terjaga, hormon tubuh juga boleh berfungsi dengan baik.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 29, 2015

Amalkan Secara Konsisten Untuk Tambah Darah

Hujung-hujung bulan puasa lepas ramai yang mengadu ada masalah kurang darah dan terpaksa tidur dan ambil waktu rehat yang panjang kerana keletihan dan rasa lesu. nampak pucat toksah cakapla kan. Rata-rata yang mengadu adalah dari kalangan ibu-ibu yang berusia 40-an. namun, golongan remaja juga tak lari dari masalah ni tau terutama yang tidak mengamalkan makanan seimbang.

Penyebab kurang darah/anemia/low Hb:
  • kemalangan dan kehilangan darah yang banyak
  • sel darah merah yang rosak
  • kurangnya zat besi (iron), Vitamin B-12 dan asid folik
  • penyerapan vitamin yang tidak berkesan



Video kat atas ni adalah pengalaman seorang ibu hamil yang alami masalah kurang darah namun dapat diatasi dengan mengamalkan supplemen secara konsisten.

Saya nak cadangkan 3 jenis supplemen yang memang dah ramai diamalkan untuk membantu menangani masalah kurang darah ni iaitu;

1- Vitalea Shaklee with Iron Formula
  • Vitalea merupakan multivitamin yang telah lama wujud dan telah berusia selama 100 tahun. Di dalamnya turut mengandungi Iron yang mana penting untuk berfungsi sebagai pengangkut oksigen. 
  • Tanpa pengangkut,  oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menjadi punca kepada anemia / low Hb.
  • Anda disarankan untuk mengambil 2 biji sehari Vitalea.

2- B-Complex untuk mendapatkan bekalan B-12 dan asid folik.
  • B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.
  • Asid folik pula diperlukan untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna. Sebab tu wanita hamil akan diberi asid folic bagi setiap kali kehamilan.
  • B-Complex terkandung beberapa jenis vitamin B yang mana saling menyokong antara satu sama lain untuk keseimbangan badan.
  • Sebiji sahaja untuk sehari

3- Sustained Released Vitamin C

Kurangnya vitamin C dalam tubuh seseorang akan menyebabkan badan tidak dapat menyerap sesuatu vitamin lain yang diambil. maksudnya Vitamin C pula berfungsi untuk membentu tubuh menyerap Iron, B-12 dan asid folic tadi dengan baik .




FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 
Rafhati Mohamad Napi 
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) 
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com 
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey 

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Hidung Tersumbat Boleh Diatasi Dengan 5 Cara Mudah


Semua pernah merasa selesema kan? 
Sama ada berair hidung macam air paip atau hidung tersumbat, dua-dua keadaan pun sangat mengganggu aktiviti seharian kita.

Mungkin anda boleh guna cara yang akan saya kongsikan ni

1- Minum Banyak Air
Apabila kita minum air dengan banyak ia membantu untuk badan kita mengekalkan cairan agar hidung kekal lembap untuk membantunya lebih kuat terhadap jangkitan.

2- Berada di Tempat Hangat
Jika boleh, hindari tempat berhawa dingin kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Hidung yang tersumbat teruk boleh menyebabkan sakit kepala.

3- Ambil Vitamin C
Konsisten dengan pengambilan vitamin C terutamanya vitamin C yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi.

4- Kunyah Halia
Jika anda belum cuba, jangan bimbang dengan rasanya yang pedas dan berangin kerana itulah yang akan membantu mengurangkan rasa tak selesa dek hidung tersumbat tu. Makan tiga potong atau tiga hirisan halia ketika selsema. ianya berkesan secara semulajadi untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat.

5- Keluarkan Hingus
Jangan biarkan hingus berkumpul dan terus berada dalam hidung anda sebaliknya hembuskan secara perlahan untuk mengeluarkannya. Cuba untuk tidak menyedut kembali hingus anda.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 
Rafhati Mohamad Napi 
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) 
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com 
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey 

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 27, 2015

5 Rahsia Penting Bantu Cegah Kanser Dari Awal



Penyakit kanser digelar pembunuh dalam senyap yang setakat ini masih tiada ubat tertentu untuk mengubatinya.Namun ada kajian yang telah dilakukan dari dulu hingga kini mendapati bahawa 1 per 3 kes kanser sebenarnya boleh dicegah dengan amalan pemakanan yang lebih sihat. 

Apapun, kita memang kena amalkan dari awal. Jangan kena dulu baru nak pantang itu dan ini. 
Antara beberapa saranan yang diberikan oleh pakar  dalam amalan pola pemakanan yang baik bagi membantu mencegah kanser dari awal ialah;

1-Kekalkan Berat Badan Ideal

Jangan biarkan badan anda jadi mangsa nafsu makan sebaliknya kawal pemakanan dengan baik. Bagi yang berbadan agak gempal, jangan berputus asa untuk terus mencapai berat badan ideal anda kerana usaha ini takkan sia-sia. Ia membantu anda mengurangkan risiko terhadap kanser serta mengurangi risiko kencing manis dan sakit jantung.

2- Aktif Olahraga

Bukan semua dari kita ada masa luang untuk berolahraga. Lagi-lagi bagi yang sibuk di pejabat dan juga di rumah. Namun, cuba gerakkan tubuh anda sekurang-kurangnya 30 minit sahaja setiap hari. Pergerakan dalam tempoh tersebut sudah cukup untuk mengurangi lemak, memberi kesihatan kepada jantung sekaligur mengurangkan risiko kanser. Buatlah apa saja gerakan yang sderhana seperti berjalan kaki, berlari di kawasan rumah, menaiki tangga dan sebagainya.

3- Makanan Menyihatkan

Jauhi makanan yang berlemak, tinggi kalori serta tinggi garam. Makanan dan minuman yang tinggi gula kalau boleh hindarkanlah. Begitu juga dengan makanan seperti daging terutama daging yang diproses. Amalkan makanan kaya serat seperti buah-buahna dan sayur-sayuran.

4- Pilih Produk Selamat

Pelbagai jenis produk yang ada di pasaran sekarang yang mana kandungannya juga tidak kita ketahui. Kadang-kadang selamat dan ada juga telah disekat penjualannya kerana boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dalam jangka masa panjang. Pilihla produk yang selamat dan semulajadi.

5- Menyusui Selama 6 Bulan

Bagi kaum wanita yang telah melahirkan, ambil peluang tersebut untuk terus menyusui bayi anda sehingga 6 bulan atau lebih kerana ini adalah peluang baik untuk mengurangi risiko kanser. Bukan anda sahaja yang dapat manfaatnya, bayi juga dapat khasiat yang tak terhingga.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 22, 2015

5 Jenis Mandian Untuk Merawat & Membelai Tubuh Bakal Pengantin

Salam Syawal buat semua. Dah raya kelima ni, ada yang rayanya makin rancak menziarahi saudara mara beramai-ramai. Tapi ada juga yang mengambil peluang untuk mendirikan masjid sempena bulan mulia ni.. Alang-alang semua kerabat keluarga ada di kampung, rewang bersama-sama..Ye dok? Bestnya bila dapat berkumpul beramai-ramai.

Persediaan bakal pengantin macam mana? Jangan sebab sibuk nak beraya sampai lupa memanjakan diri. Nak berseri-seri gitu kan.

Kalau sebelum ni memang dah amalkan Vitamin C Shaklee dan ESP  untuk kulit halus mulus, tibalah masa untuk membelai tubuh pulak.


Mandi bukan hanya siram air kat badan je ye tetapi mandian juga mampu menyerlahkan kecantikan dan buat badan kita rasa segar dengan cara tersendiri.

Terdapat pelbagai jenis mandian yang boleh anda lakukan sama ada di spa ataupun di rumah untuk menaikkan seri wajah, merawat dan mencantikkan kulit.

1- Mandi Wap
2- Mandi Susu
3- Mandi Bunga
4- Mandi Rempah
5- Mandi Garam Gunung


Mandi Wap

Ia juga dikenali sebagai sauna dan ia memang bukan benda baru sebab memang dah lama diamalkan ole masyarakat Rom, Mediterranean, Rusia dan India. Tapi tau tak yang sauna ni mampu mengurangkan berat badan dan pembakaran lemak dari luar. Jadi, anda akan dapat tubuh yang lansing. Cuba amalkan mandi wap ni selama 15 minit kerana dipercayai dengan tempoh tersebut mampu membakar kalori dari 400 hingga 600 kalori tubuh. Antara kebaikannya adalah:
  • Kulit wajah semakin halus begitu juga keseluruhan tubuh.
  • Herba yang digunakan membantu tubuh kita jadi harum
  • Kesan panas menghilangkan rasa sengal, bisa dan kebas.
  • Membaiki peredaran darah dalam tubuh untuk membolehkan badan melakukan proses menggantikan sel-sel kulit mati dengan baik.
  • Membuka liang roma dan membuang toksin kulit supaya kulit lebih sihat.
  • Melebatkan rambut
  • Menghilangkan kelemumur pada rambut
  • Baik untuk merawat resdung, bronkitis, alahan dan asma

Mandi Susu

Susu mengandungi kalsium dan protein serta kaya dengan vitamin A, asid amino perlu dan asid beta-hidriksi yang berfungsi sebagai pelembap semula jadi kulit yang mampu membunag sel-sel kulit mati, menghaluskan dan melembutkan kulit sehingga nampak halus serta 'glowing'.
Asid lactate pula bantu bersihkan, melembutkan dan meransang balik pembentukan sel-sel kulit dan dalam masa yang sama membersihkan kulit ke lapisan paling dalam.

Bagi bakal pengantin, anada cuma ambil 2-3 cawan susu suam dan campurkan ke dalam air suam. Lepas tu berendam dalam air tersebut. nak best lagi titiskan beberapa titik minyak aromaterapi ke dalam air mandian.
Tempoh berendam cukup sekadar 10-15 minit bagi setiap sesi. Kalau tak bole buat setiap hari, cuba gunakan sabun yang mengandungi susu. Paling penting, kulit dibilas sampai betul-betul bersih.


Mandi Bunga

Bila sebut mandi bunga ada yang kaitkan dengan jodoh kan. Hehe. Takpe, yang penting ikhtiar kerana mandi bunga ni memiliki khasiat luar biasa terhadap kecantikan tubuh badan kita terutama wanita.
Syaratnya guna 7 jenis bunga pelbagai warna seperti
  • mawar
  • kenanga
  • kemboja
  • melur
  • kesidang (yang mempunyai tenaga positf)
  • yang ni tambah sendiri..hehe
  • yang ni pun kena tambah sendiri
Tujuannya untuk memancarkan aura dan menaikkan seri wajah pengantin. Wajah ceria apabila bebas stress. Ada juga yang tambah campuran hirisan limau dan daun pandan untuk segarkan dan harumkan tubuh.

Petua mandi bunga harus dimulakan dari kepala bagi membunag segala tekanan. Gosok badan dengan kelopak-kelopak bunga tadi secara perlahan-lahan untuk

  • hilangkan kotoran
  • rawat kulit bersisik
  • cerahkan kulit
Jangan bilas air yang bersisa untuk kekalkan haruman bunga tu. Lepas mandi pun tak boleh lap supaya air bunga boleh meresap sepenuhnya ke dalam tubuh.


Mandi Rempah

Amalan mandi rempah ni bukan je untuk jaga kesihatan kulit supaya tak berjerawat dan menghaluskannya tapi juga nak atasi insomnia dan lancarkan peredaran darah.
Manfaat lain:
  • Merawat senggugut
  • Keputihan
  • Kemaluan berair
  • Buang angin dalam badan
  • Bersihkan vagina
  • Memberi tenaga
  • Baiki kekenduran otot
Mandi rempah ni juga diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Bahannya adalah daun bonglai,daun serai wangi, daun jerangau, daun pandan dan mengkudu.Ada kalanya rempah ni akan dicampur bersama temulawak, halia dan kunyit untuk kesan lebih efektif.

Untuk kesegaran fikiran, tambahkan chamomile.

Mandi Garam Gunung

Sifat garam yang boleh ditukar kepada bentuk debu dan kepingan kecil berperanan mengimbangi asid dan gas yang terdapat dalam tubuh wanita penyebab gangguan tulang,otot dan saraf terganggu sekaligus punca kebas, bisa-bisa badan, lenguh dan sengal.

Mandi garam ni berfungsi untuk
  • kembalikan tenaga
  • atasi kulit kering
  • imbangi pH dalam badan
  • merangsang penghasilan vitamin yang baik untuk luaran tubuh
  • memutih dan membersihkan kulit

Scrub garam juga boleh digunakan untuk
  • menghilangkan daki
  • membakar lemak
  • mewangikan tubuh
  • mengubati penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal dan kurap



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 12, 2015

Rahsia Set Sendi Baik Untuk Lenguh Pinggang, Sakit Belakang & Segala Kejang Kini Terbongkar

Pakat fikir nak balik kampung dah rasanya..bagi yang raya kat bandar...not a big deal kan...raya, raya jugak.
Ada pro dan kontranya raya kat kampung dan bandar.. Tapi dua-dua best kot.

Raya ni, bagi yang masih punya ibu bapa dan orang tua..jom kita meriahkan hari raya mereka. Bukan hanya beli kelengkapan untuk kita je tapi kelengkapan mereka juga kita ambil kira.

Apa kata, sambil-sambil tu selitkan AJHT dan Ostematrix khusus untuk mereka yang kerap sakit pinggang, sakit belakang, sakit kaki, sakit lutut dll. Nak raya ni mesti nak cergas bersama anak cucu, turun naik tangga dan ziarah menziarahi. 

Inshaa Allah  semoga berpanjangan hingga bila-bila. 




Kenapa nak kena selit Advanced Joint Health Tablet?
 
Kelebihan Advanced Joint Health Tablet :
.
1- Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5.

 
2- Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat daripada dakwaan jenama terkemuka.

 
3- 45% lebih berkesan bagi meningkatkan keselesaan sendi. 

 
4 - Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen.
 

5 - Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamin dari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.
 

6 - Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit.
 

7 - Meningkatkan fleksibiliti sendi.
 

8 - Memperbaiki fungsi sesendi.
 

9 - Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.
.
.
Kelebihan OSTEMATRIX SHAKLEE:
.
1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

7. Melawaskan pembuangan air besar, mengatasi masalah buasir & sembelit.
.


Boleh ke ambil Set Sendi ni kalau makan ubat hospital?
Boleh. Tapi ada caranya iaitu jarakkan selama 30 minit selepas pengambilan ssesuatu ubat.

Selamat ke AJHT dan Ostematrix ni?
Produk Shaklee dijamin selamat dan telah melalui pelbagai ujian makmal.

Ok, ada soalan lagi? Boleh hubungi saya untuk konsultasi secara percuma tentang produk ini. 

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Cara Membawa Ubat-ubatan Penting Dalam Perjalanan Balik Kampung


Baju Raya
Songkok
Tudung
Kuih Raya

Ok, semua ada. Boleh gerak balik dahh...

Copppp !

Ada bawa balik ubat-ubatan tak? Hurm.. ubat demam, cirit-birit (hehe) ? Mana tahu nak standby siap-siap kan. Malam raya nanti kereta dah banyak. nak p klinik hari raya kot2 tutup..So, bawa siap-siap.

Sama juga kisahnya dengan mereka yang kena bawa stok ubat sepanjang masa. Contohnya pesakit darah tinggi, kencing manis, jantung,asma dan sebagainya.

Kat mana letak ubat-ubat tu ek?

Dalam dashboard?
Armrest?
Dalam bonet belakang?
Bawah kerusi pun ada?

Ok, saya nak kongsikan cara membawa ubat-ubatan semasa perjalanan balik kampung ek. Ni saya dapat dari perkongsian seorang doktor minggu lepas.



1- Bekas
Seeleoknya, masukkan ubat-ubat tu ke dalam satu bekas/compartment yang boleh kita letak ikut kesesuaian dan senang nak letak. Bagi ubat jenis cecair, pastikan cuba untuk letakkan secara menegak dalam bekas tersebut.

2-Kotak Asal
Jangan masukkan atau asingkan ubat tersebut ke dalam bekas lain kerana dikhuatiri kita terlupa jenis-jenis ubat yang telah terpisah dari botol asal. Jika ubat diberi bersama kotak yang tertera maklumat tentang ubat tersebut, bawa bersama kotak tu untuk memudahkan rujukan kita ada kes-kes luar jangka.



3-Beg
Sediakan beg khusus untuk memudahkan anda mengalihkan ubat-ubat tersebut. Jangan sesekali letak ubat di dalam bonet belakang kerana ketika dalam perjalanan, suhu di dalam bonet adalah lebih panas. letakkan di dalam kereta. Bawa bersama beg tersebut keluar jika anda keluar kereta sebab kot-kot nanti orang ingat barang berharga pulak kalau tinggal dalam kereta.

4- Suhu
Ubat asma khususnya inhaler dilarang sama sekali diletakkan di dalam dashboard kerana ia adalah berunsurkan gas. Kepanasan akan membuatkan gas keluar. Jika tiada pilihan, letakkan di dalam armrest.




5- Cool Bag
Untuk ubat insulin yang belum diisi ke dalam 'pen' atau bekas khas yang disediakan, pastikan ianya berada pada suhu yang telah ditetapkan iaitu 2-8 darjah celsius. Bagaimana? Cuba cari beg penebat haba yang lengkap dengan ice bag. Biasanya ibu menyusu memang expert bab beg ni. Ini kerana jika dibiarkan pada suhu bilik atau suhu dalam kereta, insulin tersebut telah kurang keberkesanannya.

6- Matahari
Jangan dedahkan ubat anda pada sinar matahari. Senang cakap jangan letak kat tempat speaker belakang tu pulakkan. Letak dalam beg. Biasa ayah saya akan peluk beg ubat dia. hehe. Comel.

So, jangan lupakan ubat penting dengan memasukkan dalam senarai barang wajib bawa  dan semoga selamat dalam perjalanan.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 10, 2015

Berdepan Masalah di Kaunter Bank Akibat Salah Pilih Cecair Pencuci..Apa Kaitannya?



Tahun lepas adalah tahun sukar saya berurusan dengan pihak bank dan beberapa agensi yang memerlukan imbasan cap jari . Imbas dua tiga kali pun memang gagal. 


Saya frust, staff di kaunter pun bengang. Tapi salah sape? Memang bukan salah mesin pengimbas tapi semua ni gara-gara saya salah pilih cecair pencuci.

Benda ni dah jadi dulu lagi  tapi bila saya sambung belajar dan mengadap buku je, tangan saya ok. Cap jari takde masalah. Alur cantik. Tapi....sampai bila saya nak larikan diri dari tak basuh pinggan, tak basuh baju dan tak sentuh sabun?

Saya pernah jumpa pakar kulit dan siap kena marah sebab biarkan kulit bermasalah macam tu. Opss....saya tak faham sebab of course saya sayang tangan saya. Risau juga sebab masa tu belum kahwin kan. Macam mana bila dah kahwin nanti, suami pegang tangan rasa kasar? Huhuhu.. Ngada! Hehe.

Doktor cadangkan saya guna losyen yang bertindak seakan-akan glove tapi dah lupa apa nama dia dan sarankan saya pakai sarung tangan getah masa nak cuci pinggan...

Saya tak suka..saya tak suka..saya tak suka benda remeh camtu sebab saya nak jadi normal balik..

Rupa-rupanya jawapan saya ada dengan Shaklee. 



Shaklee Dish Wash Liquid Concentrate

Kenapa saya kata cecair pencuci pinggan Shaklee ni jawapan kepada masalah saya?

Sebab:
  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • Pekat jadi tahan lama sebab kita guna sikit-sikit
  • Pinggan lebih bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan dapat cuci banyak pinggan
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan ini boleh merengsakan kulit dan mata kita. 

Macam ni la jari saya dulu
Agak-agaknya mungkin pencuci pinggan yang saya guna dulu kaya dengan 2 benda ni kot sampai pecah jari kot. Tapi, dalam Dish Wash Concentrate ni takde benda tu. tu yang best!

Saya sangat-sangat syorkan anda untuk bertukar kepada pencuci pinggan Shaklee ni sebelum terlambat. Jangan jadi macam saya baru sibuk nak merawat. Hampir guna surat perakuan JPN sumur hidup sebab cap jari rosak.. Nak? Huhu..

Dish Wash ni memang jadi pilihan utama sekarang kerana;

1. Selamat
  • Tak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

2. Berkesan
  • Sangat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang lebih tahan lama

3.Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fostat
  • Tiada nitrat
  • Tiada borat
  • Tiada ujian haiwan
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Yang lebih penting adalah dapat menjimatkan wang kita sebab formula dia yang pekat tu. jadi, kita cuma titikkan sedikit sahaja dan akan menghasilkan buih yang banyak untuk cuci pinggan dengan lebih banyak..

I likeeee....

Saya rasa lega sebab sekarang ni saya tak perlu berlama-lama kat kaunter lagi..Cap jari dah elok... Pegang tangan suami pun tak risau kot-kot rasa kasar sebab memang tak la kan..hehe


 FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 9, 2015

Kisah Bekas Pesakit Kanser

Hari ni saya nak kongsikan salah satu  testimoni oleh pengguna Vivix Shaklee yang mana menunjukkan respon yang positif  hasil dari amalan secara konsisten di samping nasihat doktor yang berpengalaman.



"Kisah cinta saya dengan Shaklee bermula dengan 10 tablet Alfalfa, dan saya sangat berterima kasih kepada Master Andrew Pang, Upline saya, yang memperkenalkan saya kepada dunia indah produk Shaklee, dan juga memberi saya peluang untuk meningkatkan potensi dalaman saya dan untuk membantu mereka yang ingin berjaya dalam kehidupan. 

Saya bertemu dengan Shaklee selepas satu tahun kemoterapi saya, Ya, saya seorang yang penghidap kanser yang masih hidup. Pada awal Disember 2003, saya telah diiagnosis dengan tumor paru-paru dan untuk lebih tepat, Germa-sel Tumor. Berita itu datang sebagai tamparan yang dahsyat kepada semua aspek dalam hidup saya kerana saya tidak pernah jangka yang saya akan didianosis sebagai pesakit kanser. Bahagian yang paling mencabar untuk menjadi seorang pesakit kanser adalah rawatan itu sendiri. Saya telah melalui rejim kemoterapi selama tiga bulan. Percayalah, ia adalah neraka!. Mimpi ngeri yang paling teruk ialah muntah itu sendiri. Apa sahaja pergi ke perut saya, saya akan muntah dalam masa yang singkat, dan trauma itu berakhir dengan muntah darah. 

Sejak itu, saya menjadi vegetarian tulen, yang bermaksud dalam diet saya, tiada daging, tiada telor, tiada susu, tiada bawang putih (kecuali Garlic Compleks Shaklee), dan tiada bawang. Sebelum saya bertemu dengan Shaklee, saya benar-benar tidak bertenaga dan lesu, dan semua orang menasihati saya supaya tidak menjadi vegetarian, tetapi dari pembacaan saya dan pengalaman peribadi saya dengan pesakit, saya menyedari bahawa menjadi vegetarian adalah terbaik untuk kesihatan saya tidak begitu memuaskan. 

Segala-galanya berubah selepas Shaklee datang ke dalam hidup saya. Bukti terbaik adalah keputusan pemeriksaan perubatan baru-baru ini. Selepas mengambil Shaklee selama kira-kira empat bulan, saya pergi untuk temujanji setiap enam bulan sekali untuk pemeriksaan perubatan. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa 'kad laporan' saya SEMPURNA!!. Orang sentiasa bertanya kepada saya, "Apakah produk Shaklee yang anda ambil?" Dan jawapan saya sentiasa, "Semua!!" Memang betul, SEGALANYA kerana ia dalah daripada makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan penjagaan rambut, dan semua produk isi rumah, saya Shaklee-kan hidup saya. 

Walau bagaimanapun, apabila saya pertama kali mula mengambil Shaklee, saya mengalami krisis penyembuhan - Saya mengalami batuk sehingga paru-paru saya meletup! Dengan kepercayaan dan keyakinan dalam produk Shaklee dan sistem imun saya sendiri, saya teruskan juga. Dan sekarang, saya mula menikmati masa, kesihatan dan kebebasan kewangan. 

Sekali lagi, saya berterima kasih kepada Dr. Shaklee untuk memberikan dunia yang terbaik, dan kerana membenarkan saya untuk benar-benar menikmati kebebasan dalam kehidupan. Terima kasih, saya sukakan anda, Dr. Shaklee! Dan saya cintakan ibu bapa saya untuk semua perkara yang indah mereka berikan kepada saya sepanjang hidup saya" - Master Law Chu Hian. 



Dalam dunia Shaklee di Malaysia, Master Law sangat dikenali kerana  beliau merupakan salah seorang dari pesakit kanser yang berjaya pulih sepenuhnya. Lebih kurang 10 tahun yang lepas, Master Law telah disahkan menghidap kanser dan telah menjalani kemoterapi selama setahun. Diperingkat permulaan dahulu..Master Law tidak minum Vivix kerana dimasa tu tidak ada Vivix  lagi. Jadi, pilihan beliau adalah Alfalfa Shaklee yang merupakan makanan berakali tinggi. Badan yang berasid mempercepat pertumbuhan sel kanser. 

Master Law makan  mungkin lebih daripada 30 biji sehari, sampai hijau gigi dia telan. 

Banyak kan? Sebenarnya biji alfalfa ni jika di ambil berlebihan akan menyebabkan kemudaratan. Tapi, alfalfa Shaklee dihasilkan daripada daunnya yang dikatakan selamat untuk jangka panjang berbanding biji alfalfa. 

Jadi, untuk langkah berjaga-jaga dinasihatkan mematuhi saranan Shaklee iaitu sebanyak 10 biji sehari. Kalau nak makan lebih, itu atas atas tanggungjawab sendiri. Pesakit SLE atau alah kepada herba ini dilarang sama sekali.

Selain itu, Master Law juga mengamalkan Vivix Shaklee.
 
Vivix membantu membaik pulih DNA yang rosak, sekaligus meremajakan kesihatan tubuh kembali. Lihat sahaja Master Law  yang kini kelihatan sangat muda dan cergas walaupun umurnya telah mencapai 50-an. 



Bagaimana Resveratrol  Boleh Bantu Pesakit Kanser?

Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser). Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri dengan sendirinya (apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.

Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada empat ekstrak botani iaitu:

  1. Anggur muscadine
  2. Lobak ungu
  3. Elderberry Eropah (Sambucus Niagra)
  4. Polygonum Cuspidatum
Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada October 2013; lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi 
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

4 Cara Ibu Bapa Boleh Lakukan Untuk Memupuk Bayi Supaya Cepat Bercakap


 Baa Baa Boo ...Tii Taaah ... Appah.. hehe.

Bila anak mula nak bercakap, layankan saja apa yang keluar dari mulut cmel mereka tu walaupun confirm kita tak faham. Tapi perhatikan bahasa badan yang mungkin boleh membantu. Comel sangat.

Dalam tahun pertama baby memang takkan banyak bercakap cuma membebel dalam bahasa sendiri aje la tapi sebenarnya kemahiran bahasanya berkembang dari saat dilahrkan lagi.

Kita kena peka dengan perkembangan bahasa mereka. Macam mana? Kita pantau kemajuan sejak bayi lagi. Cuba rujuk tahap perkembangan berikut:

6 Bulan
Pada peringkat ini, baby akan mula perasan macam mana orang sekeliling berinteraksi antara satu sama lain dan baby kita tu akan cuba join perbualan. Ada yang keluarkan dekutan, agahan yang boleh menjadi penyuaraan dan bunyi sperti "ah" , "eh" atau "buh".

Baby juga akan cuba luahkan emosi diorang dengan cara gerak isyarat dan reaksi macam senyuman atau menoleh ke arah sesuatu tempat mengikut nada suara kita. masa ni rasa terhibur sangat bila dapat tengok anak kita dah pandai bagi respon.

Tangisan anak juga mungkin berbeza-beza mengikut keperluan. Kalau lapar, suaranya lain...Sakit perut lain pulak. nak tidur pun tak sama....ada lainnya. yang penting kita kena alert.

12 Bulan
Bila dah masuk satu tahun, biasanya anak kita akan mula kenal nama mereka sendiri dan cuba menyuarakan sendiri kombinasi bunyi yang berbeza-beza (bade, abedah, abee, adiib). Yang saya perasan, anak saya juga mula faham arahan-arahan mudah terutama bila digabungkan isyarat-isyarat yang ketara macam minta sesuatu dari tangan dia sambil menunjuk ke arah tangan. Dia akan melarikan diri atau terus menghulurkan kepada saya.

18 Bulan
Berkemungkinan besar kebanyakan bayi mempunyai perbendaharaan kata dalam anggaran 5-20npatah perkataan, dan sellaunya lebih mengenali nama-nama orang yang biasa dengan mereka, bahagian tubuh, dan barangan rumah yang biasa. Mereka juga akan mula bermain dan berpura-pura berbual dengan permainan mereka.

24 Bulan
Kebanyakan anak-anak dah mula boleh sebut "ayah pulang", "ibu dukung" dan beberapa ayat mudah. Perbendaharaan kata mereka dah mula bertambah hingga 100 perkataan atau mungkin lebih. Sekarang, anak dah boleh menamakan beberapa objek mudah di sekelilingnya dan respon kepada pergerakan mudah tanpa gerak isyarat macam "lihat permainan tu dan tunjuk pada ibu" .

Jangan risau kalau bayi kita agak lambat sedikit berbanding bayi jiran atau sesiapa saja. Malah saya juga pernah ditegur oleh seorang akak ni bila anak saya waktu tu dah setahun tapi masih belum bertutur dengan baik. Setiap anak membina kemahiran bahasa pada kadarnya tersendiri namun kita sebagai ibu bapa boleh membantu memupuk mereka untuk cepat bercakap.

Bagaimana?

  1. Bercakap dengan bayi anda sebanyak yang boleh. Jadikan apa jua tajuk yang sesuai untuk bercerita dengannya dari soal memasak, tv, kartun, menjahit, membasuh dan makan. Beritahu dia apa yang kita dan dia sedang lakukan pada hari tu. Jika ada masa, nyanyikan bayi semasa menidurkannya.
  2. Gunakan alat bantuan bacaan. Sekarang ni bermacam jenis kad imbasan ada dijual dengan harga yang berpatutan dan warna yang menarik, Luangkan masa untuk anak anda dan tunjukkan gambar-gambar kepadanya sambil menyebut perkataan yang sesuai.
  3. Biarkan anak melukis dan mewarna kerana secara tak lansung mereka akan bercerita melalui contengan. Ini akan mengasah fikirannya untuk mencipta sesuatu yang baru .
  4. Hadkan masa menonton kerana apabila terlalu kerap meluangkan masa dengan skrin interaktif, anak-anak akan merasakan kurang perlunya perbualan dan tindak balas atau respon. Sebaliknya hanya akan lebih mendengar dan kurang aktif. Disarankan kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak didedahkan kepada televisyen dan peralatan berskrin manakala untuk lebih dari 2 tahun dihadkan kepada 2 jam sahaja setiap hari.

Bahasa memang sangat penting dan ini akan membantu bayi kita berkomunikasi dengan orang lain. Jadi, bersabar dalam membantu anak-anak untuk belajar bercakap

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

July 7, 2015

7 Langkah Yang Berguna Jika Anak Alami Alahan Telur

Pernah dengar tak tentang anak yang alahan telur? Saya dulu macam tak percaya. Pastu jumpa kawan sekerja yang cerewet pilih makanan. Apa jenis makanan yang menggunakan telur, semua dia reject. Ingatkan dia cerewet rupanya memang ada masalah bila makan telur. nanti muka jadi bengkak, demam, mata bengkak, selsema...Uish..kalao saya jadi macam kawan saya pun saya rela tak sentuh telur dan apa jua makanan yang guna telur. Seksa ooo.


So, apa nak buat since telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan? Nampaknya kita kena mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak.

Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
  • Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui.
  • Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi.
  • Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
  • Akut - gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
  • Lewat - gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
  • Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
  • Muka menjadi merah.
  • Mata berair, bengkak kelopak mata.
  • Mulut gatal, bengkak bibir.
  • Tekak perit.
  • Hidung berair.
  • Nafas termengah-mengah, batuk.
  • Loya dan muntah.
  • Sakit perut.
  • Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
  • Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
  • Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
    • Ujian alahan kulit.
    • RAST (Radio Allergosorbent Test).
    • Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.

Untuk semua reaksi alahan , saya sarankan bawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera. jangan tunggu-tunggu lagi sebab kita tak tahu apa akan berlaku selepas tu.
Kalau ada nak guna apa jenis ubat, pastikan mommies semua dapatkan nasihat doktor dahulu tau.

Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?

Sekiranya anak ada alahan telur:-

  1. Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.
  2. Rancang langkah kecemasan jika terlajinya reaksi alahan.
  3. Jika anak disarankan untuk mengambil sebarang ubatan oleh doktor, pastikan bekalan ubat ada sepanjang masa.
  4. Pakaikan gelang 'medic alert' di pergelangan tangan anak.
  5. Beritahu penjaga atau guru mengenai kesihatan anak.
  6. Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR.
  7. Elakkan dari memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh mengakibatkan reaksi yang teruk)
    Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
    Sebenarnya terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
    Contohnya:-
    • Albumin.
    • Globulin.
    • Ovalbumin.
    • Vitellin.
    • Lysozyme.
    Jadi, dapatkan nasihat pakar pemakanan kalau mommies tak pasti kandungan sesuatu makanan. Bila anak dah tak ambil telur, kita kena pastikan pula anak-anak mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain.

    Ada kajian juga yang mengatakan bahawa kebanyakan anak-anak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor.

    FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
    Rafhati Mohamad Napi
    ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
    ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
    ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

    *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

    Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Mudah Pening dan Mudah Pitam Tanpa Perlu Makan Hati Lembu ?


    Pernah tak rasa macam nak pitam atau pun pening bila nak bangun lepas duduk lama sangat. Kadang-kadang bila tundukkan kepala dan angkat dengan cepat?


    Agak-agakla kan....kenapa jadi camtu ek? Rasa cam gelap mata sekejap.. Ada kaiatan dengan masalah kesihatan ke?


    Biasanya bila jadi camtu, rata-rata kita anggap tu benda biasa je dan selalunya takkan berpanjangan. Betul tak? Tapi, sebenarnya kita kena tahu bahawa perkara yang kita anggap biasa tu boleh mengundang risiko di luar jangkaan.

    Ini kerana ia sebenarnya  menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah. Jika kita mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.

    Macam mana nak tahu tekanan darah kita rendah ke tak? Selalunya kita akan periksa tekanan darah kan. So, kalau salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut, makan maksudnya tekanan darah kita tu rendahla.


    Punca Tekanan Darah Rendah

    • Berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal).
    • Dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit).
    • Masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah).
    • Kehamilan : Tekanan darah rendah ini sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.
    • Mengalami alahan yang teruk.
    Kadangkala, ia juga berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakit adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain daripada faktor genetik.

    Kadangkala saya termenung jugak bila berdepan dengan masalah ni. Terfikir untuk  ikut petua orang-orang terdekat supaya amalkan makan hati lembu dan segala macam organ dalaman yang dah dimasak. Tapi, aeuwww...saya dah lama tinggal benda-benda tu semua. Lagipun, rasa macam tak elok je makan organ dalaman tu kan.

    Tapi apa saya nak buat bila penat yang melampau, asyik nak tidur, mudah berdebar dan nampak pucat?

    Tanda-tanda Tekanan Darah Rendah
    • Pening atau pitam
    • Pengsan
    • Penumpuan kelam 
    • Penglihatan kabur 
    • Loya 
    • Kulit dingin, pucat dan lembap
    • Pernafasan pendek dan cepat 
    • Keletihan 
    • Dahaga.
     Jika terlalu pucat lesi,boleh jadi mungkin anemia!
     Jadi, macam mana saya nak tambah darah?

    Alhamdulillah, jumpa Vitalea dari Shaklee!

    Apa Itu Shaklee Vitalea Iron Formula?

    Ia merupakan produk pertama dari Dr Forrest C Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang seimbang yang paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

    Ia merupakan killer product of Shaklee kerana ia adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. 

    Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk ( banyak terjadi di kalangan wanita kerana kekurangan iodin dalam badan dan ini terdapat dalam vitalea), supplemen penting untuk diet atau slim yang mana walaupun badan kita kurang makan, pengambilan vitalea membantu badan rasa bertenaga, tidak lesu dan kulit sentiasa tegang. 
    Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan  zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. Mengapa ada sesetengah ibu mengandung dan menyusukan mudah rasa pitam? Hakikatnya ibu-ibu ini kekurangan zat besi atau iron dalam pengambilan diet harian mereka

    Untuk masalah tekanan darah rendah dan anemia, saya cadangkan pengambilan Vitalea 2 biji sehari pada setiap pagi dan 4 biji Ostematrix pada sebelah malamnya sebelum tido untuk membantu pembentukan sel darah merah.

    Jadi, kalau anda ada masalah yang sama, jom try Vitalea dan Ostematrix yer.
    Vitamin Yang Terkandung dalam Vita-Lea Shaklee : Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


    Vitamin Yang Terkandung dalam Vita-Lea Shaklee : Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

    Copy and WIN : h
    Testimoni Pengguna



    FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
    Rafhati Mohamad Napi
    ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
    ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
    ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

    *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

    July 6, 2015

    Legakan Masalah Perut Anda Dengan Set Gastrik Shaklee


    Bagi sesetengah orang, bulan Ramadhan ni sinonim dengan masalah gastrik. Risau dan rasa bersalah bila datangnya bulan puasa. Risau perut sakit tapi bersalah pula tak boleh nak buat ibadat puasa dengan baik. Itu bagi yang betul-betul gastrikla kan..memang dah tak boleh elak.

    Secara umumnya kita boleh kenalpasti punca-punca gastrik iaitu:

    1. Suka sangat makan makanan yang pedas - apatah lagi yang suka menelan biji cili! Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Ia juga menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....

    2. Asam / asam masin - Asam adalah makanan yang berasid. Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan / kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat, ketika memandu dan sebagainya. Kandungan asis yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.

    3. Makanan berlemak/ berminyak - Kebanyakan masakan di Malaysia adalah terdiri daripada kategori ini. Contohnya lauk bertumis, makanan pedas ataupun sambal. Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam, justeru menjadi salah satu daripada punca gastrik.

    4. Tekanan / Stress - Secara tak lansung, orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan banyak, kerana kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung. Akibatnya, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.
    Jadi, apa nak buat untuk mengurangkan risiko gastrik?

    • Bersahur dengan makanan yang kurang berminyak dan kurang pedas. Kalau tak pedas lansung pun lagi baik. Elakkan makanan segera seperti sosej, daging burger, nuget, kentang goreng dan sebagainya.
    • Jauhi minuman masam seperti asam boi, jus oren dan minuman asam jawa yang terlalu masam.
    • Elakkan minum susu sewaktu berbuka kerana susu akan bertindak balas dengan perut yang berasid menyebabkan kita sakit perut.
    • Kekalkan pengambilan air masak secukupnya iaitu dengan minum sedikit-sedikit pada waktu malam hingga waktu sahur.
    • Amalkan SET GASTRIK SHAKLEE mengikut bajet anda. Secara umumnya, Set-set Gastrik ini boleh membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama, mengurangkan pengeluaran asid oleh perut serta membantu usus agar tidak pedih sewaktu berpuasa.


    Sumber  iReach HD on Vimeo.

    Set Gastrik Shaklee ni terdiri daripada 3 iaitu:

    1. ESP - Energizing Soy Protein

    • berfungsi meneutralkan asid perut
    • ESP juga berfungsi menggantikan sel-sel badan yang lama, yang telah rosak kepada sel baru. Ini dapat membantu menggantikan sel perut yang telah rosak akibat terhakis oleh asid hidroklorik.
    2. Ostematrix - Kalsium dan Magnesium
     
    • Kalsium baik untuk pesakit gastrik kerana ia bersifat alkali. Ia membantu meneutralkan asid dalam perut.
    3.  Peppermint Ginger Plus

    • Berfungsi membuang angin dari badan dan mengandungi herba asli pudina, jintan hitam, jintan manis untuk melegakan perut.
    Dapatkan Set Gastrik Shaklee untuk legakan masalah perut anda sekarang.


    Dengan pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma berterusan dan tip-tip ekslusif berkaitan set-set yang dibeli.

    FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
    Rafhati Mohamad Napi
    ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
    ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
    ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

    *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

    Featured Post

    Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

    Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...