Ibu bapa mana yang tak menyimpan cita-cita melihat anak-anak yang berakhlak baik dan sopan tutur kata.
Inshaa Allah, selagi mana kita menerapkan nilai-nilai yang baik terutama mementingkan ibadah solat, mereka akan turut menitik beratkan ibadah-ibadah yang lain.
Tetapi bagaimana?
Suka atau tidak, kita hendaklah menerima kenyataan bahawa sekolah terawal ialah di rumah. Bersama ahli keluarga atau tepat saya katakan, ibu bapa.
Tahap 2 - Setelah anak kerap melihat ibu bapanya mengulangi perkara yang sama setiap hari, bermulalah satu naluri untuk berusaha meniru perbuatan orang yang sedang solat.
Tahap 3 - Ketika anak telah berusia 7 tahun, kita sebagai ibu bapa perlu menyuruh anak-anak supaya mendirikan solat. Jangan sesekali jemu dan berasa penat kerana berkat kesabaran, hasilnya amatlah manis.Percayalah!
Tahap 4 - Apabila si anak berusia 10 tahun, ibu bapa berikanlah "hukuman" sekiranya anak-anak meninggalkan solat.Tapi perlu diingat bahawa hukuman itu tidak boleh sehingga menyakitkan anak. Cukup sekadar supaya mereka berasa terkesan akibat kesalahan yang dilakukan iaitu tidak solat. Ada anak-anak sudah cukup dengan memukul tapak kaki dengan pukulan sayang. Tahu pukulan sayang?
Tahap 5 - Penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk memberi penjelasan kepada anak-anak mengenai kewajipan solat supaya apabila mereka akil baligh, mereka sedar pada kewajipan mereka.
Semoga kita berjaya mendidik amanah Allah yang diberikan dengan baik sehingga berjaya menjadi salah seorang calon Syurga kelak.
Amiin.
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! Rafhati Mohamad Napi ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram) ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment