Blog Archive

April 1, 2015

Cari Peluang Derma Sekolah Tahfiz? Projek Waqaf Ni Untuk Anda

Assalamualaikum warahmatullahuwabarakaatuh

Lama saya menyepi atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Alhamdulillah, hari ni Saya nak kongsikan artikel dari blog mommy lyna iaitu upline saya (MySuperKids Prihatin) tentang satu projek wakaf yang mungkin and a tercari-cari.

Saya nak kongsikan satu projek untuk kita semua. Projek Waqaf yang dianjurkan ole Tahfiz Darul Ulum, peluang untuk semua dermawan (tak payah tunggu kaya untuk menderma!).

Di bawah ini saya kongsikan mesej dari rakan saya, yang menjadi wakil kepada projek ini:

Sebagai ibubapa pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, kami begitu teruja ingin mengajak sahabat-sahabat yang sgt murah hati bersama-sama kami menyertai program Waqaf untuk “Dana Pembangunan Tahfiz Darul Ulum, Seremban“.

Untuk maklumat semua sekolah ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada pertengahan tahun ini. Seiring dengan Misi penubuhan sekolah ini iaitu..’Melahirkan Al-Hafiz Cilik Yang Professional‘, moga dapat direalisasikan bagi menerajui tampuk kempimpinan pada masa hadapan, Inshaa Allah.

Berikut adalah 3 cara berwaqaf dan Infaq:

1. Sumbangan untuk Dana pembangunan dan pengurusan Kompleks Tahfiz- akan diberi Sijil Waqaf. Minimum RM50 satu bahagian.

2. Belanja pelajar Tahfiz dan anak-anak yatim melalui potongan bank sebanyak RM20 sebulan (70 sen sehari).

-Kempen WAQAF PENDIDIKAN RM20 sebulan (5 DALAM 1)
*TAJA : menaja anak yatim dan pelajar susah
*WAQAF : waqaf pembinaan Kompleks Tahfiz Darul Ulum
*BELANJA : belanja makan dan pembelajaran
*TARBIYAH : program pembangunan syakhsiah pelajar
*DANA : dana pengurusan dan pentadbiran

3. Apa jua jumlah sumbangan yang ikhlas…

Mohon sahabat whatsapp saya ‘transfer slip’ untuk rekod dan pemberian resit sumbangan.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, sila pm/ whatsapp di talian 0122981872.

Jom berwaqaf untuk diri sendiri dan juga buat insan tersayang sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia. Semoga usaha ini dapat memberi Pahala yang berterusan walaupun kita sudah tiada.

Mohon juga kepada sahabat semua untuk ‘viral’ kan informasi ini kepada semua ‘contact’ kalian. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan sahabat semua…Amin.

Segala bentuk sumbangan kewangan akan diberikan resit yang telah di sahkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Islam. Resit dan Sijil Waqaf pula akan diberikan untuk sumbangan minimum RM50 bagi setiap bahagian.

DERMA TAHFIZ

Insya-Allah, sama-sama kita menjadikan ini sebagai peluang amal jariah kita. Mudah-mudahan menjadi bekalan setelah kita mati kelak.

Kalau nak hantar anak ke sekolah tahfiz ni, boleh berhubung dengan nombor seperti yang tertera di atas – 0122981872.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...