Blog Archive

March 26, 2015

Bagaimana Bisnes Sampingan Boleh Atasi Masalah GST 2015?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
 
Hari ni saya sangat teruja nak kongsi satu artikel dari blog neny Ceri
Satu perkongsian yang sangat berharga kepada kita semua dalam duk pening-pening cari jalan camane nak buat utk mnghadapi GST yang memungkinkan harga barang naik dan naik lagi.. hehe
 
Selamat Membaca dan rasalah auranya.. 
 
Ramai yang risau bila Malaysia nak mula kutip GST. Maksudnya perbelanjaan bulanan bertambah. Ramai bagi cadangan suh buat bisnes bagai tapi takde yang bgtau dengan jelas bagaimana. 

Okey tadi dalam flight ke Santorini, saya terfikir idea ni. Maka saya kongsikan disini. Moga bermanfaat.

Ambil contoh Case 1,let say perbelanjaan bulanan anda RM3000.Perbelanjaan bulanan ni merangkumi semua- bil2,yuran2,makan minum,ansuran bulanan,semuanya
Additional GST 6%= 3000 x 6%= RM180
Ini bermaksud anda perlukan tambahan RM180 setiap bulan. Takkan nak pinjam orang atau bank tiap bulan,betul tak? Or takkan nak korek tabung saving tiap bulan
Mana nak dpt RM180?
Buat part time bisnes, yes!
Anda cuma perlu jual ( yes,jual.bisnes perlu ada jualbeli).
Cadangan jualan set cantik
6 tin ESP
6 botol Vit C 
4 botol Alfalfa
3 botol BComplex
3 botol Vitalea
1 botol Omega 
1 botol vit E
Dan anda akan dapat 11% bonus peribadi hasil jualan diatas lebih kurang RM206
Mudah bukan. Mudah sangat. Tak perlu jual beratus. Cuma fokus untuk bantu 6 orang diluar sana yang sedang mencari set cantik. (Rakyat malaysia ja ada 30juta, kita doa nak 6 orang ja.Insyaallah,Tuhan mudahkan niat kita)
Tak perlu risau mana nak korek untuk tambahan RM180 tiap bulan. Malah dapat extra RM20 (bolih belanja I coklat sebab bagi tips ni)
Oh ye, mungkin akan ada yang tanya,bagaimana nak jual?tiada kedai.malu nak bukak mulut. 
Ok mudah sahaja. Konsepnya SHARING. Semua orang ada masa 24jam, anda cuma perlu rajin update FB/blog setiap hari. 
Mudah sangat sebab saya dah pun bagi senarai set yang perlu anda fokus (set di atas cuma cadangan, anda bolih pilih set berdasarkan vit yg anda suka, dapat kan khidmat nasihat dari mentor bisnes anda). 
Saya percaya mentor anda pasti akan beri tips tambahan. Group saya ada ramai yang bersedia bantu anda.
Mudah bukan. Tiada lagi kerisauan mana nak cari tambahan wang tiap bulan.
Saya dah pun tunjuk cara bagaimana anda boleh dapat RM200 tiap bulan
Okey itu kalau kes perbelanjaan bulanan RM3000. Bagaimana kalau perbelanjaan bulanan RM5000, RM10k, RM2000, tak kisahlah berapa pun, konsepnya sama macam di atas. 
Ketahui berapa tambahan after GST, kira %bonus peribadi yang anda perlukan,listkan senarai produk,kemudian sharing and sharing. 
Thats All . Lepas tu tiap tengah bulan, tunggu bonus masuk.
 
Ok, dah baca sampai habis?
Hurm...kami tak pening dengan GST sebab kami ada pendapatan sampingan dan bonus yang sangat bagus. Jaringan network yang mesra dan sangat bekerjasama. 
 
 
Jom join kami. Hubungi saya segera ye! Kita bertindak sekarang.

 
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

March 25, 2015

Minuman Nutrisi Yang Baik Untuk Kanak-kanak



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Pengenalan
Nutrisi, imuniti dan penyakit berjangkit adalah amat saling berkaitan. Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak yang sihat. Jika kanak-kanak kekurangan zat makanan atau kekurangan sesuatu nutrien penting dalam dietnya, keimunannya akan menjadi lemah. Kanak-kanak tersebut akan menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan yang kerap disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya seperti bakteria, virus dan parasit.
Apabila jangkitan berlaku, kanak-kanak yang mempunyai imuniti yang lemah mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih. Tambahan pula, tempoh jangkitan yang berpanjangan ini akan mengurangkan selera makannya dan menyebabkan kehilangan berat badan dan mengganggu cara pemakanannya. Hasilnya, imuniti kanak-kanak akan diperlemah. Kitaran buruk kekurangan nutrisi dan jangkitan ini akan berterusan. Untuk memberhentikan kitaran ini, marilah kita sama-sama mengenali asas-asas nutrisi yang baik untuk anak anda.

Bagaimana nutrisi boleh membantu mengukuhkan pertahanan semula jadi kanak-kanak terhadap jangkitan?
  1. Nutrisi merupakan asas kepada pembinaan imuniti untuk kanak-kanak dari lahir sehingga usia 2 tahun. Sepanjang 6 bulan pertama, nutrisi tunggal bayi adalah daripada susu ibu yang merupakan makanan yang sempurna untuk bayi. Susu ibu meningkatkan imuniti kerana susu ibu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik, mengandungi antibodi & banyak bahan-bahan perlindungan yang lain (misalnya enzim, sel-sel imun dan lain-lain) yang melindungi bayi daripada jangkitan.
  2. Selepas 6 bulan, susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi. Ini adalah masa untuk memperkenalkan makanan pepejal dan pemberian pelbagai jenis makanan. Karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral daripada makanan segar seperti bijirin, ayam, daging, ikan, minyak sayur-sayuran, buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan pertahanan semula jadi terhadap jangkitan.
  3. Pengambilan makanan yang mengandungi bakteria mesra
  •  mengurangkan hari-hari sakit dan ketidak-hadiran ke sekolah yang memberi kesan kepada pengajian 
  • mengurangkan kekerapan kemasukan hospital

Apakah jenis makanan yang boleh membantu memperkukuhkan imuniti?
  1. Mineral-mineral seperti zat besi, zink, kalsium, kalium, iodin dan selenium adalah penting untuk memperkukuhkan imuniti. Contoh makanan yang kaya dengan mineral adalah kekacang, bayam, ikan, produk tenusu, gandum, daging tanpa lemak, bijan, kacang tanah, kambing tanpa lemak dan serbuk koko. Juga termasuk buah-buahan kering, kekacang, benih-benih, ikan berhabitatkan air-sejuk, kurma, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Asid lemak perlu seperti asid linoleik yang terdapat dalam minyak jagung dan ayam dan alfa-linolenik asid yang terdapat dalam benih gandum dan minyak canola adalah penting untuk kehidupan.
  3. Lemak seperti asid docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak yang dominan dalam otak. DHA adalah penting untuk otak dan penglihatan. DHA boleh didapati dalam ikan berhabitatkan air-sejuk, telur yang diperkaya dengan omega dan susu, benih-benih, minyak dan kekacang. DHA merupakan komponen penting sel-sel imun dan dengan itu memainkan peranan dalam tindak balas keimunan.
  4. Vitamin-vitamin seperti vitamin A, D, E, K, vitamin B, vitamin C dan antioksidan tumbuhan adalah nutrien yang menyokong fungsi-fungsi keimunan.

Bagaimana untuk menangani kanak-kanak yang cerewet terhadap pemilihan makanan?

  • Apabila menghadapi kanak-kanak yang cerewet, jangan sesekali memaksa mereka. Kenalkan makanan seimbang yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk menarik. Selain itu, masalah ini juga boleh diselesaikan dengan memperkenalkan bijirin bayi yang lengkap dengan nutrisi dan juga mempunyai rasa, tekstur dan warna yang menarik serta sesuai dengan selera kanak-kanak.

    NUTRISI LENGKAP = TUBUH SIHAT
    Pengambilan nutrisi lengkap sejak anak berusia 1 tahun sehingga berumur 3 tahun sangatlah penting. Pada masa ini si manja memerlukan makronutrient seperti karbohidrat, protein dan lemak. Keperluan micronutrient lain juga penting seperti vitamin A,B,C,D,E dan K serta mineral seperti zat besi, zink, kalsium dan iodin.

    Dengan isipadu perut yang hanya 20% daripada orang dewasa dan kecerewetan mereka dalam memilih makanan, jadi memenuhi keperluan saranan pemakanan kanak-kanak merupakan cabaran bagi ibubapa. Bijirin bayi dengan nutrient yang lengkap merupakan alternative terbaik bagi memenuhi saranan keperluan nutrient bagi mereka.

    Makanan Pelengkap Padat Nutrisi
    Bijirin Bayi yang telah diperkaya dengan vitamin dan mineral dan padat nutrisi merupakan makanan pelengkap yang sesuai untuk kanak-kanak. Di proses dengan teknologi yang mempunyai standart keselamatan dan kebersihan yang tinggi.






 
Mealshakes Shaklee ni saya kenalkan kepada anak saya dan saya syorkan kepada anak-anak anda juga. Kenapa?

Kerana ia menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian anak anda.

Ianya diperbuat dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin iaitu sejenis susu dan beberapa bahan lain. Tapi kat sini saya nak tekankan bahawa lactalbumin ni adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangaaaat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa. 

Ianya
-bantu proses pembesaran
-bekalkan nutrisi kepada sel tubuh
-bertindak sebagai antioksida yang bantu lawan penyakit
-kaya dengan serat larut  yang membantu anak agar tidak sembelit


Satu lagi fakta yang saya nak kongsi iaitu mealshakes ni sangat sedap jika dibancuh bersama fruktos semulajadi. Contohnya, jus oren atau pisang..nyum-nyum. Tentu anak anda suka.

Cara bancuhan.

Secara normal, saya cuma campurkan sesudu teh mealshakes ke dalam susu anak saya dan pastikan supaya si kecil itu minum air yang banyak..rasa vanilla tu memang sangat sedap. 

Nak cuba?



Rafhati Mohamad Napi 
♥ sms/whatsApp: 013-
♥ Emel : are_t84@yahoo.com 
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey 

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

March 18, 2015

Danga Bay Kami Datang!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ni sambungan cerita holiday di Johor hari tu.

Pagi2 lagi kami me Danga Bay..jalan jalan tepi pantai. Memang tepi je lah kan bukan gigi air sebab memang tak dibenarkan sampai ke air.



Cantik sangat....kalah pantai original..have.





Kat situ Ada playground kan so layankan diorang kat situ..











Dah dua tiga kali round gelongsor tu, masa untuk p tempat lain plop.







Kitorang g tempat Hello Kitty plop..he he.

Tapi humanghaik... Mahal ler...bagi yang mmg peminat tegar hello kitty...mungkin brbaloi tapi attiey takla kan.



Gambar kat sini mmg sangat bermakna as special as how long we planned this trip... Akhirnya tercapai juga hasrat.. Terima kasih Allah.

😍😍😍😍😍😍✌

March 15, 2015

Cara Mudah Menyedia & Menguruskan Susu Perahan (EBM) Bagi Ibu Bekerja

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh



Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
Pusing dan perah dari semua arah.
Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
Menyimpan susu yang telah diperah.
  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Gambar 1 : Cara Menyimpan Susu Ibu Perahan

Gambar 2 : Cara Penyimpanan Susu Ibu Perahan
(Sumber : Pusat Laktasi Kebangsaan, 02 Oktober 2014)

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
  • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
Masa Menyusu
Hari 1 - 3
Hari 4 - 6
Hari 7 - 9
Hari 10 - 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pgSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pgSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 - 1.30 tghSusu ibuSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum Petang 2.00 - 4.00 ptgSusu ibuSusu ibuSusu ibuSusu yang diperah
Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
 atau boleh juga rujuk di bawah ni

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.
Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu yang akan memulakan kerja selepas cuti panjang. harga masa anda bersama bayi dan jangan stress ok..

ref : myhealth.


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Cuti Sekolah Bermula Di Johor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Selamat bercuti kepada yang dah mula bercuti sekolah. Ke mana destinasi anda yer..

Ati nak share gambar...







Setelah sekian lama duk tunggu nak pegi Johor, akhirnya tiba juga kami di sini. Alhamdulillah.

Sampai dalam tengahari, petang baru keluar balik meronda tapi takde rezeki nak masuk Hello Kitty, kita singgah ajelah kat Medini Mall..

Ektelli hujan lebat n tak nampak aper pun..

Oklah,tu je dulu nak update, esok sambung lagi...nite.

March 14, 2015

Bagaimana Cara Banyakkan Susu Badan Sampai Melimpah Ruah Meriahnya?

 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang tengah susah hati sebab rasa macam susu badan tak cukup untuk anak sedangkan anak baru nak masuk 2 bulan.. Tak lama lagi dah nak naik kerja (bagi yang keje la)..Hurm...kalau boleh nak bagi ekslusif breast feeding la kan...


Sebenarnya, persediaan untuk menimang cahaya mata perlu seiring dengan keterujaan untuk memberi bayi anda menikmati susu badan yang sangat berkhasiat. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi bahkan juga kepada ibu sendiri.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk memastikan si kecil benar-benar memperolehi segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya secara ekslusif tanpa dicampur dengan makanan atau minuman lain sehingga bayi berusia 6 bulan.Kemudian diteruskan sehingga bayi mencapai 2 tahun.
Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.
Namun bagi ibu yang harus kembali bekerja, ini tentulah perkara mustahilkan. Anda boleh cuba menggunakan puting yang sangat menyerupai puting ibu atau jika bayi tak cerewet biasanya ok ok sahaja. Ibu tak perlu bimbang sebab tak semua bayi akan bersikap begitu. Stay positive ok.


Bagaimana Harus Saya Lakukan Sekiranya Susu Saya Tidak Mencukupi?

Ramai juga yang mengadu yang anak terlalu kuat menyusu. Baru je bagi tapi tak sampai sejam dah minta lagi. Tak kurang juga yang mengeluh sebab breast tak sempat bengkak, bayi dah nangis. Bayi asyik lapaar je..

Bertenang ibu-ibu. Saya juga pernah alami perkara yang sama. Susu makin kurang, anak asyik nak melekapp jer. Kadang-kadang stress. Tak kenyang ker?

Saya kemudian cuba Alfalfa Complex, Vitalea, B- Complex, Vitamin C Sustained Released dari Shaklee.

Alhamdulillah susu nampak agak banyak dari sebelum ni tapi masih tak memuaskan hati.

Rupanya kena tambah Energizing Soy Protein untuk memekatkan susu ibu tu. Ostematrix pun penting juga untuk tambah kalsium kepada ibu dan anak.

Jadi, saya kongsikan SET MENYUSU SHAKLEE yang sangat membantu ni.
Kena ambik semua sekali ke?

Klik untuk besarkan imej yer (^_^)

Bajet A
  1. Alfalfa (milk booster)

Bajet B
  1.  Alfalfa (milk booster)
  2. ESP (tambah tenaga)

Bajet C
  1. Alfalfa (milk booster)
  2. Vitalea (multivitamins)
  3. Vitamin C (legakan stress)
  4. B-Complex (pembekal tenaga)


Bajet D
  1. Alfalfa (milk booster)
  2. Vitalea (multivitamins)
  3. Vitamin C (legakan stress)
  4. B-Complex (pembekal tenaga)
  5. Osteomatrix (kalsium)

Bajet E
  1. Alfalfa (milk booster)
  2. Vitalea (multivitamins)
  3. Vitamin C (legakan stress)
  4. B-Complex (pembekal tenaga)
  5. Osteomatrix (kalsium)
  6. ESP (penambah tenaga, bantu ibu kekal slim,bekal protein, pekatkan susu)
Jangan lupa minum air at least 3 liter sehari untuk kesan optimum dan amalkan power pumping yang teratur bagi memastikan isyarat bahawa breast anda sedang kosong dan perlu 'diisi' semula..







Jadi, ni dia antara pilihan yang anda boleh pilih. So, jika anda ada pertanyaan harga...boleh hubungi attiey untuk konsultasi PERCUMA. Tak beli takpe, yang penting kita kongsi info..



Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...