Ingat lagi masa
persiapan untuk majlis kahwin ati dulu. Abah sangat teruja kot sampai satu
laman rumah tu ‘dikerjakan’. Licin dan bersih. Tak masuk lagi kawasan belakang
yang dulunya penuh dengan ‘hutan simpan mini’.
Nak dijadikn cerita, suatu hari
ni abah minta sorang pak cik tebangkan pokok kelapa. So, lepas tebang of course
la batangnya dipotong-potong kan spy senang nak dialihkan.
Bermula saat tu, abah
dah silap ambil perkiraan bila dengan
selambanya abah tolak dengan menggunakan kaki. Kata abah, sebelum nipun abah
buat macam tu jugak. “Sebelum ni “ yang abah maksudkan tu merujuk kepada 5-10
tahun yang lalu. Abah, abah…
Kata abah, sebaik saja
abah tolak batang kelapa tu, pinggang abah berbunyi dan abah terus rasa sakit. ingatkan
sakit biasa tapi bila Nampak abah jalan macam tak kena, ati ngan mak teman kan
abah pergi x-ray dan jumpa doktor
ortopedik. Kata doktor, abah mengalami Slipped disc.
Apa itu Slipped Disc dan
Bagaimana Boleh Terjadi?
Sakit belakang badan,
terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih
kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan
masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.
Tulang belakang manusia
bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi
membabitkan tulang berbentuk kiub.
Tulang ini disusun
bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan
menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya.
Di bahagian belakang
tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia.
Cakera ini melekat kuat
pada tulang belakang.
Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.
Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.
Namun, ia boleh
‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh
menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak
diingini.
Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped disc’.
Keadaan slipped disc
biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan
lelaki.
Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk.
Siapa Yang Berisiko
Untuk Mengalami Slipped Disc?
Individu yang berisiko
ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa
panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan
atau kemalangan membabitkan tulang belakang.
Simptom Slipped Disc
Simptom awal masalah ini
ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat.
Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil.
Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil.
Jika cakera ini
tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang
terganggu.
Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku.
Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis.
Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku.
Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis.
Lebih teruk, cakera ini
boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komplikasi kekal seperti
lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur
serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.
Cara Mengesan Slipped Disc
Cara Mengesan Slipped Disc
Pemeriksaan klinikal
boleh menentukan kemungkinan besar seseorang pesakit itu mengalami slipped disc
atau tidak.
Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu.
Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu.
Oleh itu, ujian terbaik
ialah melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang
belakang.
Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenal pasti sejauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.
Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenal pasti sejauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.
Slipped Disc Perlukan
Pembedahan?
Rawatan bagi pesakit yang
mengalami slipped disc bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf
tunjang pesakit.
Hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan.
Hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan.
Ubat tahan sakit, korset
tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal.
Suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal.
Jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan.
Suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal.
Jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan.
Selain rawatan,
penjagaan mekanik badan sangat penting.
Ini untuk mengelak cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak.

Senaman khas boleh
dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan
risiko komplikasi.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bahaya__8216_slippeddisc__8217_/MA/Article#sthash.HfxDM4ow.dpuf
Kalau melihatkan keadaan
abah, pembedahan belum menjadi priority dan abah ambil langkah untuk meneruskan
pengambilan supplemen termasuklah AJHT Shaklee .
Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee? RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) SMS@WHATSAPP: 013 9218084 Facebook : Attiey Mohamad *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment