Blog Archive

November 17, 2014

Menurunkan Berat Badan Cara Omega Guard Shaklee


Biasanya , bila nahukan supplemen untuk kebaikan otak si kecil,  Omega ( Fish Oil) yang jadi pilihan utama kerana  mengandungi Omega-3 Fatty Acids yang menjadi sumber DHA dan EPA. 
 
Tetapi, jangan tak tahu pula,  Omega-3 juga ada kaitan dengan penurunan berat badan. Bagaimana?

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan kita memerlukan LEMAK BAIK untuk menguraikannya dan membakarnya. Pengambilan LEMAK BAIK yang dimaksudkan bukanlah daripada sumber seperti mayonis, minyak masak atau lemak haiwan TETAPI daripada sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardine, walnut serta flaxseed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh badan kita adalah Omega-3 Fatty Acids.
 
Ikuti kisah Puan Norita yang mula menggunakan Shaklee OmegaGuard untuk menurunkan berat badan, Salah seorang pelanggannya mengatakan yang Lecithin lambat kesan kepadanya dan ingin mengambil Omega. Hasilnya sangat mengagumkan. Oh, Lecithin juga berfungsi sebagai pembakar lemak yea..
Berat badan turun dengan Shaklee OmegaGuard (Testimoni Pengguna)**
“Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch….sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah….so tak best ke toilet.
Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.
Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.
Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar.Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.
Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated….kembung perut atau senak.
Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!
Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplementsemata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.”  Kredit : AnakkuWiraku
Bagaimana OmegaGuard Bertindak??
Omega (fish oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang berperanan dalam membantu untuk menurunkan berat badan anda.
OmegaGuard Berat badan turun dengan Omega(Fish Oil)??**
Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR.
 
Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan.  
 
Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet. 
Sumber : Livestrong
 
Anda bagaimana?


Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee? RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) SMS@WHATSAPP: 013 9218084 Facebook : Attiey Mohamad *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Pre - WAHM Secara Tak Rasmi

Penat sungguh minggu yang sudah.. walaupun hanya sebagai guru di sebuah sekolah integrasi tapi hasilnya hujung minggu cuma berusaha untuk mengosongkan bakul baju kotor sampai tak muat ampaian. hehe..

Tapi bukan itu yang ati nak jadikan topik utama hari ni tapi ada yang lebih penting dari tu.

Hari ni kalau ikutkan hari bekerja dan ati masih bekerja cuma bekerja di rumah. Ambil cuti sebab pengasuh Adib perlu selesaikan hal pasport.

Dari pagi hingga sekarang, Alhamdulillah...semuanya bisa diatur.

Penat memang penat tapi puas hati sebab anak depan mata. Tapi  inilah peluang untuk ati menyerap aura dan membiasakan diri untuk menjadi fulltime housewife merangkap WAHM pada tahun depan.

Jadual perlu lebih tersusun dan jangan biarkan si kecil terus menyusun jadual anda...betul tak?
Cabaran yang ati perlu hadapi pertama sekali adalah bila seorang ibu atau isteri tidak bekerja, kita hanya akan dipandang sebagai " dia tu tak kerja..." dan ati harus berusaha membuktikan bahawa Shaklee mampu mengubah tanggapan tu secara total.

Hendak seribu daya,...cabaran akan jadi sekecil kuman bila matlamat sebesar gajah.

Doakan ati ye...amin (^_^)

Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee? RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) SMS@WHATSAPP: 013 9218084 Facebook : Attiey Mohamad *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

November 3, 2014

Waktu Baik Untuk Berdoa

Sudahkah kita berdoa hari ni?
Adakah kita tahu bila waktu mustajab untuk berdoa?
Kenapa ada doa tertentu ketika waktu hujan?

Jom, baca dan fahami perkongsian yang diberi oleh salah sebuah blog ni.




Semoga kita dapat manfaat dari info ini dan sama-sama berebut2 untuk submit doa pada waktu yg telah disebutkan..

Jumpa lagi.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...