Blog Archive

October 31, 2014

Tips Bagi Memastikan Keselamatan Anak

Menjadi kebiasaan pada masa sekarang untuk meninggalkan si kecil di rumah pengasuh sementara ibu dan ayah keluar mencari rezeki. Namun bagi ibu yang tidak bekerja ataupun menjalankan kerja dari rumah, harus memerhatikan faktor-faktor yang boleh membahayakan anak anda kerana malang yang datang tidak pernah diduga seperi kata pepatah, malang tidak berbau.

Perhatikan Objek Di Lantai
Bagi anak kecil yang baru meniarap, menarik dada apatah lagi merangkak, mereka menyangka semua objek perlu dirasa. Hehe. Bukan salah mereka tau...memang fitrahnya begitu. Jadi, menjadi tanggungjawab kita sebagsi orang dewasa untuk memastikan tiada objek yang berisiko bagi mereka berada di atas lantai.

Ini boleh mengelakkan insiden tercekik mainan dan sebagainya yang seterusnya boleh mengundang perkara yang tidak diingini.

Permaidani
Bayi biasanya sensitif dengan tempat berhabuk dan boleh mengundang risiko asma atau semput. Ini termasuklah sekiranya dalam rumah kita terdapat permaidani yang material cepat menangkap dan mnyimpan habuk, hama dan boleh jadi kutu kucing juga. Untuk ibu bapa yang masih ingin hamparan di ruang tamu, pilihlah jenis permaidani tidak berbulu.

Dapur
Masa seorang ibu kadangkala lebih banyak dihabiskan di dapur menyiapkan makan minum keluarga. Si kecil yang pandai merangkak jangan dilupakan, apatah lagi yang dah pandai bertatih dan berjalan. Pastikan pemegang kuali atau pan tidak berada dalam keadaan yang menarik perhatian mereka. Pusingkan pemegang ke arah dalam.

Bilik Air
Bagi bilik air yang tidak boleh dikunci dari luar, pastikan anak anda tidak memasuki bilik air tanpa pengawasan. Dalam tempat yang basah, macam2 boleh berlaku. Apa yang lebih penting, jika anda memang menyimpan air di dalam baldi, pastikan ianya tertutup.

Semoga dengan tip di atas, kita semua boleh terus mencuba untuk memastikan keselamatan anak-anak di rumah.

Selamat beramal

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...