Blog Archive

August 24, 2014

Tip Bagi Suami Isteri Menegur Antara Satu Sama Lain

Dalam rumahtangga, perselisihan faham itu perkara biasa. Cuma yang membezakannya adalah cara penerimaan dan kaedah pasangan memberi respon terhadap perbezaan fahaman dan pendapat sesuatu perkara.

Sebelum itu, kita perlu sedar setiap pasangan itu terdiri dari dua individu yang lahir dari dua dunia berbeza, mungkin. Dua corak hidup dan cara membesar yang tak sama. Atau mungkin dari dua prinsip keluarga yang berlainan. Tapi tidak mustahil juga untuk dua individu yg serupa tempo, serupa prinsip dan sama fikrah juga. Itu Alhamdulillah.

Namun, berbalik kepada persoalan pertama. Sekiranya anda dan pasangan mempunyai perbezaan pendapat, berbincanglah kerana hanya dengan melalui perbincangan, setiap kekeliruan boleh terungkai.

Walaubagaimanapun, cara dan lenggok bahasa haruslah dijaga supaya tiada pergaduhan berlaku sepanjang perbincangan tersebut dan hasilnya dapat memuaskan hati kedua belah pihak.

Di bawah adalah beberapa cadangan dan tips bagaimana untuk memastikan teguran itu boleh diterima dengan baik.

1- Bagi pasangan yg beragama islam, pastikan anda dalam keadaan berwudhu.

2-Niatkan dalam hati menegur untuk kebaikan bersama. Bukan untuk tujuan lain.

3- Ikhlaskan hati dan bersedia untuk turut sama menerima teguran.

4-Dalam menegur, sejauh mungkin elakkan dari membuat perbandingan antara pasangan kita dengan orang lain. Ini dapat melukakan hati pasangan.

5- Setelah selesai, beri masa untuk pasangan berfikir dan membuat penilaian sendiri. Ingat, pasangan kita adalah manusia biasa yg punya hati dan perasaan serta emosinya juga. Normal jika pasangan diam seketika.

6- Fokuskan teguran untuk perkara yg ingin ditegur dulu. Elakkan mengungkit benda-benda lama yang tiada kaitan yang boleh mengundang pergaduhan besar.

7-Menurut D. FADHILAH Kamsah, digalakkan puji dulu sebelum tegur.

Diharapkan tip-tip diatas boleh membantu dan semoga rumah tangga anda lebih harmoni setelah sesuatu perbincangan.

Selamat mencuba.

August 17, 2014

Boikot Shaklee !!!



Memandangkan akhir-akhir ni banyak betul statement di fb dan beberapa media sosial lain yang duk kata Shaklee ni haram, si fulan bin si fulan dah boikot dan sebagainya..

Di bawah ni Attiey kongsikan penjelasan panjang lebar tentang isu boikot Shaklee.Credit kepada fb: Najihah Abdul Mutalib


[Bicara hati dr Los Angeles, USA] - maaf agak panjang tulisan ini..


Inilah Mr. Roger Barnett..CEO Shaklee Corp. Lelaki tersohor di Malaysia akhir2 ini, seperti produk2 keluaran Shaklee jgk yg amat popular dan membantu ramai rakyat Malaysia utk hidup lebih sihat dengan izinNya. Pg td Roger mengadakan pertemuan khas dengan delegasi SID dr Malaysia. Untuk pengetahuan kwn2 semua, kami SID dr Malaysia adalah delegasi teramai yang layak untuk sertai global conference kali ini (ini pun x termasuk leaders Shaklee yg memilih trip umrah, kalau x, lg ramai yg dtg). Kami mendapat layanan yg ckp istimewa di sini, tpt duduk vvip di sediakan utk kami dlm dewan. Disebabkan majoriti SID Malaysia yg layak join trip US kali ini adalah Muslim (200 org drpd 295 org adalah Muslim), maka makanan halal disediakan utk kami, tempat solat pun di sediakan di tmpt konferense. Dan saya dpt berita, dinner para Master mlm td disediakan mknn halal bagi meraikan dan menghormati para master dr Malaysia. Mmg saya selaku muslim, terasa sangat dihormati di sini, di negara Amareka dan negara org puteh ini.
Sewaktu naik di pentas, semua org besar Shaklee yg berada atas pentas tidak menghulurkan tangan pun untuk bersalam dgn kami yg muslimah, sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada tanda hormat. Saya rs kalau di Malaysia, mgkn sebaliknya akan berlaku. Hari pertama konference, Mr. Roger mulakan ucapannya di hadapan ribuan SID Shaklee seluruh dunia dengan menceritakan kisah kejayaan Jutawan Shaklee Malaysia iaitu Master Norita Idris & Master Cery MamaFaiz..terpampang gambar kedua2nya di dalam arena. Juga terpampang gambar bendera Malaysia di sini. Saya ketika itu terasa dada begitu bergetar, menggeletar juga rs tangan dan kaki..seperti tidak percaya walaupun sebenarnya saya dan kami semua amat bangga sekali. Tepukan gemuruh dr seluruh warga arena, semua mata menghala ke arah deligasi Malaysia apabila Mr. Roger mengumumkan bahawa dalam masa 3 tahun, Master Shariza telah berjaya melahirkan 42 org Master (sedangkan ada diantara SID US, selepas 11 tahun buat bisnes Shaklee br naik rank coordi - tinggi rank saya lg ye..hehe). Dan yg pastinya kesemuanya itu adalah jutawan muslimah. Itu baru di bawah master shariza, belum lg master2 yg lahir di bawah master2 muslim yg lain. Cuba kwn2 nyatakan di sini, ada x mana2 syarikat yg telah berjaya melahirkan jutawan2 muslim dan muslimah dlm tempoh yang singkat begini? Dan dari apa yg saya tahu, para Master Shaklee ini tlh banyak membantu dan memberi sumbangan untuk Islam di Malaysia khasnya. Ada yg setiap bulan menyumbang utk sek tahfiz, membina masjid, rumah2 anak2 yatim dan sbgnya lg. Adakah perkara baik sebegini pun anda semua tidak menyukainya dan ingin memusnahkannya??? Maaf sbb sy tlh hebahkan kebaikan yg tlh mereka ini laksanakan. Tp disebabkan ramai yg menuduh bukan2 kepada para leaders Shaklee, sehingga ada yg mengatakan mereka ini gilakan duit, sayangkan bonus yg berjuta2 sampai x tahu menilai mana halal mana haram. Ada yg menuduh para SID shaklee ni terima bonus haram. Siapa anda utk menghukum sesuatu itu halal atau haram??? Semuanya ini hanyalah berpunca dari sumber2 yg diragui kesahihannya. Kalau nak berbicara soal halal haram ni, kehidupan kita sekarang pun penuh dikelilingi dengan perkara2 syubhah.
Sejujurnya, saya ingin nyatakan di sini..setelah saya sertai Shaklee baru saya tahu bahawa wujudnya MLM di Malaysia (walaupun HQnya berpangkalan di US) yg amat menitikberatkan soal2 halal haram, pergantungan kepada Allah, banyak mendekatkan para SID muslim dengan amaln2 Islam dn paling penting shaklee adalah MLM yg patuh Syariah! Silalah buat kajian jika anda tidak percaya! Sehinggakan Shaklee US pun amat menghormati para SID Muslim dr Malaysia. Ini sudah tentunya merupakan sesuatu yg positif juga utk agama Islam sebanarnya. Dan rata2 SID dr seluruh dunia yang hadir ‪#‎usglobalconference‬ kali ini amat kagum dengan kami semua. Kalau jumpa je, pasti mereka akan tnya, kamu semua dr Malaysia? Kamu semua memang awesome! Mgkn jgk mereka melihat, para master dan leader Shaklee dr Malaysia semunya muda2 belia sedangkan kebanyakan leader mereka yg naik ke pentas semua2 dah berusia sehinggakan ada yang dah bongkok2!
Berbalik kepada Mr. Roger td, ya..beliau memang seorang Yahudi. Tidak semua bangsa Yahudi jahat. Yahudi dan zionis adalah dua entiti yg berbeza. Sepatutnya, zionislah yg patut kita benci. Dan Aqsa syarif pernah keluarkan kenyataan bhw kita akan boikot mana2 Syarikat yg mempunyai bukti yg kukuh bahawa mereka ini tlh menyumbang kepada zionis Israel termasuklah sekiranya syarikat itu syarikat org Islam sekalipun. Sedangkan Shaklee tlh menafikan bhw syarikat ini ada terlibat. Kepada semua kwn2 yg sedap2 hati ckp dan suka2 je share ttg Shaklee ni haram, berhati2lah dalam menuturkan kata2 anda. Dan jangan pandai2 mengeluarkan kenyataan bahawa UZAR yg ckp haram..UZAR yg suruh boikot padahal UZAR x pernah keluarkan kenyataan itu. Jika anda ingin boikot, terserahlah tp jangan menuduh yg bukan2 sehingga sanggup2 mengeluarkan fatwa bahawa kami semua makan bonus Haram. Pihak syarikat sendiri sudah 3 kali mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan semua tuduhan itu. Bahkan dlm ucapan pagi td, Mr. Roger sendiri menegaskan di hadapan kami para SID Malaysia bhw Shaklee x pernah terlibat dengan semua ini. Shaklee hanya terlibat utk membantu semua org untuk hidup lebih sihat tidak kira apa bangsa mahupun agama mereka. 
Dan saya dapat tahu, Shaklee juga tidak akan teragak2 untuk mengambil tindakan undang2 sekiranya masih ada yang menyebarkan berita2 tidak benar tentang syarikat dan memburuk2kan syarikat. Jd kepada semua anak2 shaklee customer dan kawan2 saya di luar sana..saya harap anda semua jelas dgn isu ini. Jika anda masih tidak puas hati, buatlah istikharah mohon petunjuk dari Allah..kerana Dialah sebaik2 Penolong buat kita! Jgn main share je apa yg anda x pasti. Wallahua'lam!
 Notakaki: Dalam pic kat bawah ni pun takde logo Shaklee kan? Nape tetiba Shaklee jadi perhatian pulak?




****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli**** 

RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) 

SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

 Facebook : Attiey Mohamad 

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Anda Mahu Kurus Secepat Mungkin?




Attiey : 0139218084

Nak Kurus, Nak Kurus, Nak Kurus...

Tapi bagaimana ? Semuanya tak berhasil ?

Mencari Cara mudah + selamat + murah untuk kurus. 


Slimming Set Cinch

Kenapa Slimming Set Cinch ?

1- Cinch Shake 
(terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Choclate) - boleh pilih mana yang anda suka

Cinch Shake adalah serbuk protein yang diperkaya dengan leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.
Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda.


Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.
Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%

Cinch Shake : Ia membakar kalori, di samping memberi rasa kenyang, dan dalam masa yang sama, ia memelihara otot tubuh. Ia bertindak sebagai makanan gantian. Boleh dibancuh bersama fibre.. Cinch membantu memelihara otot.. jadi, ia hanya membakar lemak, bukannya memusnahkan otot-otot kita..Jadi, jika anda sudah kurus nanti, tiadalah kelihatan kulit-kulit dan otot-otot yang menggeleber.. sebab otot anda terpelihara.

2- Lecitin
Membantu memecahkan / membakar lemak. Apabila lemak dipecahkan kepada molekul2 kecil, proses pe-nyah-kan lemak dari badan boleh dilakukan dengan lebih efektif. Lecithin bertindak lebih baik jika anda mengamalkan senaman secara konsiten.

SEBELUM TU...

Anda perlu DETOK dulu segala yang tak diperlukan daam badan seperti lemak, lendir , sisa makanan yang tak diperlukan dengan HERBLAX sebagai permulaan utk melancarkan lagi proses ini  


Herblax  ni membantu meningkatkat proses pencernaan secara lawas (mencuci usus). Apabila usus sihat, proses penyerapan nutrient lebih efektif. Ramai orang mengalami masalah berat badan kerana usus tidak sihat, sembelit atau menghadapi masalah penghadaman.

Bagi anda yang serius nak turunkan berat badan, Anda ambil Slimming Set Cinch ( Cinch Shake + Lecithin) 


****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)

SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

 Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

August 14, 2014

Mengapa Vitamin C Shaklee Menjadi Vitamin Pilihan Ramai Untuk Kesihatan Optimum

VITAMIN C atau juga dikenali dengan nama asid askorbik ialah nutrien bersifat larut air dan diperlukan tubuh bagi pertumbuhan sihat. Tanpa vitamin ini, pelbagai masalah kesihatan boleh muncul dan mengancam imuniti badan.

Berikutan sifatnya yang larut air, vitamin C perlu diambil setiap hari dalam jumlah yang sesuai bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Ini kerana kekurangan nutrien itu dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan penyakit skurvi yang menyumbang kepada pendarahan gusi, pendarahan di bawah lapisan kulit serta keletihan melampau.

Sumber vitamin C datang daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya zat berkenaan termasuk brokoli, strawberi, oren, jus limau, betik, kailan dan kubis.
Kebaikan vitamin C pada kesihatan tidak dapat disangkal dan ia bukan saja menyumbang kepada meningkatkan pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit biasa, malah diperlukan bagi pengeluaran kolagen iaitu struktur utama protein yang ditemui dalam tisu penghubung.

Dos sesuai vitamin C yang diambil setiap hari mampu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, selain meningkatkan keupayaan tubuh untuk memperbaiki luka dengan lebih pantas.Seiring dengan meningkatkan imuniti tubuh, vitamin C juga mampu melawan jangkitan bakteria, virus dan penyakit berjangkit, selain mempunyai sifat antihistamin yang berkesan dalam mengurangkan ketidakselesaan yang wujud akibat selesema biasa termasuk radang, hidung tersumbat dan lenguh badan.

Vitamin C juga ialah antioksidan yang berkesan dan mempunyai kuasa yang besar dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksida pada tubuh.Tekanan berkenaan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti aterosklerosis yang menyumbang kepada penyakit jantung dan serangan angin ahmar serta mempunyai kaitan dengan pelbagai jenis kanser seperti paru-paru, mulut, tekak, kolon, perut dan esofogus.

Kebaikan vitamin C tidak terhenti di situ, sebaliknya ia mampu meningkatkan semula bekalan vitamin E yang juga antioksidan penting untuk tubuh.Pengambilan vitamin C secara teratur dan dalam dos yang dicadangkan pakar kesihatan juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit darah tinggi serta masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular.

Zat penting itu mampu memastikan pembukaan sempurna salur darah yang boleh menghalang masalah aterosklerosis, kolesterol tinggi, kerosakan jantung dan kesakitan dada akibat kekurangan darah yang dipam pada jantung.

Vitamin C juga mampu mengurangkan kandungan plumbum dalam darah secara mendadak terutama pada kanak-kanak yang hidup di kawasan bandar. Ini kerana kajian mendapati toksik plumbum mampu menyumbang kepada masalah sikap dan pertumbuhan seperti rendah IQ dan lemah pembelajaran yang mungkin disebabkan kerosakan pada buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, mata juga memerlukan vitamin C untuk berfungsi pada tahap optimum dan kekurangan vitamin C boleh menyumbang kepada risiko katarak yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Selain daripada diet makanan, vitamin C boleh diambil dalam bentuk makanan tambahan bagi memberi dos yang cukup untuk mengekalkan kesihatan diri.

Kesimpulannya, vitamin C mampu memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh dan kekurangannya menyebabkan kesihatan terganggu, terutama pada zaman di mana semua orang sibuk dan terkejar-kejar menyiapkan segala tugas hingga terlupa untuk mengambil makanan seimbang, begitu juga kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur atau buah.

August 12, 2014

Berita Terbaik Yang Ingin Diketahui Oleh Pesakit Gout

Attiey - 0139218084

Apa sebenarnya penyakit gout ni? Dah lama ati dengar tapi tak pernah nak ambik tahu tentang perihal penyakit ni. Salah satu sebabnya tak pernah jumpa dan tak pernah tengok secara real. Setakat dalam tv dan mr google tu banyaklah.

Penyakit Gout – Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya

 Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Seingat ati, ati mula kenal penyakit ni masa form 3.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.pakcik yang ati jumpa tu pun umur dalam 50-an.

Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Jadi, adakah wanita tak perlu risau? Hehehe.

TANDA GOUT
Lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. 

KOMPLIKASI

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Pakcik yang sangat peramah tempoh hari siap tunjuk satu satu jari dia yang memang agak teruk dah. Bengkok bengkok dah semuanya.

Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes  

RAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut
Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik. 

ELAKKAN MAKAN atau KURANGKAN MAKAN
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otakIkan bilis, kembung, sardin
Daging cincang
Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
Peanuts, lentil, beans and peas
Poultry
Roti jagung dan bijirin 

Tetapi tahukah anda bahawa Shaklee sebenarnya menyediakan supplemen yang amat sesuai untuk pesakit gout?
Jangan takut untuk mencuba kerana supplemen Shaklee adalah diperbuat dari bahan semulajadi dan tiada kesan sampingan seperti vitamin sintetik yang lain.

Antara supplemen yang disyorkan untuk membaiki keadaan pesakit gout ialah

1- Alfalfa berfungsi menyah toksin dari tubuh badan secara semulajadi dan selamat bahkan turut menyingkirkan asid urik dalam badan.

2- Performance Drink yang mengekalkan kandungan cecair dalam badan. Namun, perlu juga mengambil air masak cuma sedikit sedikit tetapi kerap.

3- Omega Guard adalah untuk memberi keselesaan kepada sendi.

Jangan terpengaruh dengan dakwaan dakwaan bahawa vitamin shaklee bahaya terutama omega guard kerana omega guard shaklee telah melalui 3 peringkat saringan dan terbukti minyak omega yang terbaik.

Jika anda yang membaca post ini berminat untuk mendapatkan set gout ini, boleh hubungi Attiey di 0139218084 sms atau whatssup.

August 10, 2014

Tekanan Darah Rendah Punca Selalu Pening Kepala?

attiey : 0139218084



Selalu dengar aduan-aduan dari saudara dekat dan juga sahabat berkaitan masalah pening kepala yang datang secara tiba tiba. Ada yang sampai kepala rasa pusing tak boleh buat kerja dan tidurrr je seharian.
Biasanya bila berhadapan dengan masalah begini, doktor lah tempat yang akan kita tuju kan? Jawapan doktor selanjutnya ialah rupa-rupanya itu adalah tanda tekanan darah rendah.


Apa sebenarnya tekanan darah rendah atau Low Blood Pressure ni?
 Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Apa lagi tanda-tanda bagi mereka yang mengalami tekanan darah rendah?
·         Cepat lelah 
·         Pening kepala ketika posisi badan berubah 
·         Sukar untuk berkonsentrasi 
·         Mata berkunang-kunang 
·         Mual 
·         Kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
·         Pernafasan cepat dan pendek 
·         Defresi 
·         Cepat haus
·         Sentiasa letih
·         Pening kepala atau pitam
·         Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
·         Warna kulit bertukar menjadi pucat
·         Penurunan berat badan
·         Kadar denyutan jantung yang cepat
·         Lemah daya ingatan


Apa punca tekanan darah rendah ni?
  • Kekurangan volum darah ~ cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh  terkawal
  • Dehidrasi ~ Dehidrasi mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
  • Masalah jantung ~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  • Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Bagi golongan yang mengalami tekanan darah rendah ni, hal ini amatlah disarankan iaitu:

·         Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
·         Jangan berdiri terlalu lama
·         Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
·         Diet rendah karbohidrat
·         Banyakkan minum air putih
·         Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
·         Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
·         Melakukan aktiviti senaman secara teratur

Di kalangan ibu-ibu hamil, tekanan darah rendah boleh menyumbang kepada anemia yang berisiko untuk :
  • Melahirkan bayi pramatang
  • Pertumbuhan janin yang terencat dalam kandungan

Punca Tekanan Darah Rendah tidak jelas tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut :-

1.                   Kehamilan 
2.                   Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu
               aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
3.                   Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
4.                   Kegagalan jantung
5.                   Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
6.                   Pelebaran atau pengembangan saluran darah
7.                   Keletihan haba atau strok haba
8.                   Penyakit hati

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah

1.                   Vita-Lea -  multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan
2.                   B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress
3.                   Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah
4.                   ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
5.                   Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
6.                   Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan bentuk bancuhan(minuman)


Tips mengatasi ketika mengalami Tekanan Darah Rendah

  • Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagai penyakit berbahaya.
  • Minum lebih banyak air - terutama ketika cuaca panas dan selesema. Air yang mengandungi natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan.
  • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan, Setelah itu, barulah bangun berdiri
  • Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti
  • Makan dalam sejumlah yang sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jangan panik tetapi jangan terlalu mengambil sikap sambil lewa. Tekanan darah yang terlalu rendah boleh membahayakan anda. Ambillah langkah pencegahan dari awal sebelum menjadi ‘pelanggan tetap’ ubat-ubat hospital.


 

****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)

SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...