Baru-baru ni pada 15 Mac 2014, group yang awesome ni dah buat satu seminar di Institut Sosial
Malaysia dan ianya telah berjalan dalam 4 sesi.
Sesi yang memula sekali tu tajuknya Menuju Bintang. Macam
program reality tv kan..hehe. sangat kreatif. Sesuai dengan penyampai untuk
slot tu iaitu Mak Bintang @ Puan Nad.
Memang berbaloi sape yang pergi sebab intro pun dah berapi-api. Puan Nad
bagitahu tentang perjalanannya dari mula menjadi ahli Shaklee hinggalah berjaya
sekarang ni. Hurm, beliau ni seorang guru dan mampu membahagi masa untuk jadi
yang terbaik kan? Sangat mengharukan dan
sesi awal ni berjaya menitiskan air mata peserta.
Kemudian, muncul pula
Master Zainul yang sentiasa bersemangat dan penuh dengan
tips-tips berguna tu untuk merasmikan kumpulan iReach yang mana adalah sebagai
penjenamaan semula kumpulan
Lady&Boss… Kenapa nama Lady&Boss? Hurm, itu menunjukkan
keberkesanan group Shaklee ni yang mampu melahirkan wanita-wanita yang hebat seperti Mommy Lyna contohnya.
Fungsi iReach ni adalah menyediakan pelbagai info
dari yang simple dan seterusnya untuk kegunaan dan rujukan ahli-ahli group. iReach juga menyediakan wadah
terbaik untuk anda. Bukan setakat motivasi yang sungguh menginspirasikan, ia
juga dilengkapi dengan pelbagai ilmu pemasaran terkini, teknik bimbingan serta
skill kepimpinan yang berasaskan pembinaan jatidiri dan karekter;
bergantung kepada tahap penerimaan serta pencapaian anda pada masa itu.
Bahagianya rasa bila terpilih untuk tergolong dalam group
hebat ni kerana hanya ahli group sahaja
yang boleh akses ke web tu.
Part yang ditunggu oleh kebanyakan apak-apak rasanya ialah
sesi Forum Kain Pelekat. Nama pun kain pelekat kan? Hehe..Sesi ni secara tak
lansung menghargai dan meraikan para suami yang ‘support’ isteri mereka dalam
meneruskan perniagaan Shaklee. Untung ok! (^_^)
Slot yang paling mengujakan adalah apabila dimotivasikan
oleh Amin Idris. Siapa? Alaa…hos TValHijrah tu…ingatkan..kan..kan..Rasanya Amin
Idris pun suka dengan konsep seminar yang mesra keluarga ni . Dahla boleh bawak
anak kan…berlari situ berlari sini..semua dah memahami dan tak rasa annoyed
pun.
Kesimpulannya boleh kata
semianar ni adalah satu program yang terlalu indah rupanya berbanding
khabar. Maksudnya, terlalu bermanfaat melebihi namanya yang sedia Hebat !
Gambar : credit to Mommy Lyna
****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****
RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Attiey Mohamad
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment