Blog Archive

January 9, 2014

Cara Membantu Meningkatkan Kesihatan Bagi Pesakit Tiroid.


 
Anda mempunyai masalah tiroid?


Fakta tentang tiroid yang kita patut tahu :

Tiroid adalah kelenjar endoktrin yang terletak dibawah halkum, berbentuk seperti kupu-kupu yang melekap dicorong atau tenggorok pernafasan (trachea) Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Lazimnya tiroid akan dikaitkan apabila ada biji dibahagian tenggorok. Biasanya biji ini tidak membahayakan, tetapi apabila ia bercampur dengan simptom seperti bertukar suara menjadi serak, susah hendak menelan dan bernafas, seseorang itu harus menjalani pemeriksaan lanjutan dan doktor akan membuat pemeriksaan sama ada ketumbuhan berkenaan adalah ketumbuhan biasa yang tidak membahayakan atau kanser.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme


Hipertiroidisme

HYPERTHYROID: Simptom dan Top Natural Suplemen Untuk Rawatan

HYPERTHYROID , adalah satu keadaan perubatan dimana kalenjar tiroid menjadi terlalu aktif, ini menyebabkan hormone tiroid (tiroksin atau triiodothyronine) dihasilkan berlebihan dan menyebabkan thyrotoxicosis. Antara penyebab penyakit ini ialah:

- Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-

♥ Bengkak di leher
♥ Cirit Birit
♥ Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
♥ Gementar dan gelisah, terketar2
♥ Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
♥ Kesuburan turun
♥ Penumpuan kurang
♥ Mata menjadi besar (bulging)
♥ Angin yang tidak menentu
♥ Kejang Otot
♥ Osteoporosis
♥ Pengeluaran peluh yang banyak
♥ Suhu badan naik, tak tahan panas
♥ Rambut tidak kuat
♥ Sukar bernafas, Sukar tidur
♥ Tekanan darah naik
♥ Turun berat badan walau selera naik
♥ Lemah


Hipotiroidism

merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-
♥ Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis
♥ senaman,
♥ Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
♥ Kemurungan atau kegelisahan
♥ Cepat berasa letih
♥ Faktor Genetik
♥ Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
♥ Masalah sembelit yang teruk
♥ Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit
♥ menjadi kasar dan berkuping
♥ Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid
♥ Perempuan
♥ Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
♥ Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
♥ Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
♥ Orang yang kuat merokok.

Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simtom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik.

Jadi, jika anda ibu menyusu &  mempunyai masalah tiroid samaada hypertiroid atau hypotiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.



Ni antara makanan yg boleh membantu meningkatkan kesihatan anda..Jika tidak boleh try suplemen Shaklee...

Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunya hyper atau hypo tiroid.

♥ B complex
♥ Vitamin C (500mg atau 100mg)
♥ Vitamin E
♥ Ostematrix (kalsium magnesium)
♥ zinc

Bagi anda yg mempunyai hyper tiroid
♥ Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
♥ Tidak boleh ambil vitalea with iron formula
♥ Tidak boleh ambil alfalfa complex

Bagi anda yg mempunyai hypo tiroid
♥ Boleh ambil Vitalea with iron formula
♥ Boleh ambil alfalfa complex
♥ Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder



::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 :::Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di are_t84@yahoo.com | SMS 013-9218084 untuk tips kesihatan/kecantikan.

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...