Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Turunkan Berat Badan Dengan Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk ibu dan bayi kerana banyak sebab. Selain memberi khasiat dan membantu melindungi bayi, penyusuan susu ibu boleh membantu anda menurunkan berat yang biasanya bertambah di alam kehamilan.

Tahukah anda masa yang baik untuk menurunkan berat badan selepas kehamilan ketika penyusuan badan? kenapa? Kerana penyusuan susu ibu menggunakan kalori tambahan untuk membuat makanan (susu) kepada bayi anda.

Namun, jangan terkejut bila ada ibu yang tidak turun berat badan walaupun menyusukan bayinya secara eksklusif.Jika anda tidak kehilangan berat badan atau kehilangan terlalu perlahan, tips2 yang boleh anda ikuti seperti di bawah

 Tips Bila Penyusuan Susu Ibu Tidak Mengurangkan Berat Badan:
- Kurangkan jumlah kalori yang anda makan.
 - Kurangkan pengambilan "empty calorie" iaitu gula tambahan yang boleh didapati dalam minuman ringan, kuih muih, makanan bergoreng, daging berlemak dan sebagainya.
- Amalkan makanan yang bebas lemak dan tidak ditamba…