Skip to main content

Apa Nak Buat Bila Suami Tak Sokong Penyusuan?


Ada ibu-ibu dan juga merangkap isteri-isteri mengeluh suami tak bersetuju bila si isteri nak bagi fully bF kat baby...Ibu-ibu jgn cepat melatah sebaliknya kena cuba duduk berbincang cari sebab dan sekaligus cuba mengatasi masalah2 yg menyebabkan punca suami tak setuju. Bagi ati, alhamdulillah. Hubby sgt mnyokong Raisha diberi susu badan sepenuhnya.

Jom kita kongsi punca2 yg telah dikenalpasti oleh anakku wira ini.


1. Si isteri selalu mengeluh keletihan.

Seorang suami mengharapkan isterinya menjadi supermom; baik yang bekerja mahupun yang menjadi surirumah semata2…maka apabila si suami asyiklah mendengar si isteri kepenatan terutama yang bekerja di siang hari dan malam dengan tak cukup rehat dan mengadu keletihan maka si suami pun akan menyarankan memberi si kecil minum susu formula.

Bagaimana nak mengatasi keadaan ini: Jagalah pemakanan, berikan fizikal dan rohani makanan yang mencukupi dan jika rasa badan perlukan supplement,do something jangan sampai rumahtangga beri satu masalah kepada kita sebagai isteri. Supplement fizikal yang perlu: B complex, Multivitamin dan Kalsium. Supplement rohaniah: Solat tahajud dan zikir nama2 Allah .


2. Si isteri tidak memberi layanan yang sepatutnya.

Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormone progesterone akan munurun. Ini secara langsung memberi kesan kepada keinginan seks seorang isteri. Si isteri akan mula menunjukkan kedinginan yang ketara. Kehendak si suami akan menjadi satu beban kepada si isteri. Pernah juga ibu mendengar cerita kenalan ibu yang mempunyai masalah ini dan berlarutan.sehingga si suami mencari teman baru, nauzubillah.

Bagaimana mengatasi: Banyakkan mendekatkan diri dengan pencipta..secara langsung akan mengingatkan kita tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam melayari alam rumahtangga. Jika perlukan supplement: Vitamin E dan Alfalfa adalah antara yang dapat membantu.


3. Si isteri tidak menjaga penampilan diri.

Rata2 si isteri yang menyusukan anak akan pastinya mempunyai masalah badan…bukan kerana apa tetapi kerana bau susu dari badan kita. Adakala disebabkan oleh makanan pemangkin susu seperti halba. Dengan berbaju t yang dah lusuh ditambah kain batik yang warnanya makin kusam membuatkan mata suami menjadi sakit. Si isteri menjadi seolah2 tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa yang tidak mencukupi. Walhal kita punya 24 jam dan setiap orang perlu mempunyai kebijaksanaan menguruskan masa. Ada yang wajah nampak tua dari umur dek kerana tak cukup tidur dan keletihan sepanjang hari.

Bagaimana nak mengatasi:



Cubalah amalkan setiap kali selepas mandi , gunakan pewangi walaupun hanya duduk di rumah. Belilah lotion2 yang tahan lama wanginya agar bau peluh kita diserap oleh bau lotion tadi. Jika kurang berkemampuan, memadai memakai Johnson baby cologne…terutama summer swing, ibu dan anak pakai sekali, pasti bahagia hidup.



Jika ada baju yang dah lusuh, buanglah tetapi janganlah pula disedekahkan kepada orang susah kerana tidak elok memberi sesuatu dalam keadaan uzur. Begitu juga dengan kain batik, carilah warna yang menarik dan alangkah bagus pakailah seluar panjang supaya dapat menarik perhatian suami untuk menatap si isteri lebih banyak dari wanita yang lalu lalang sewaktu suami berada di luar rumah. Namun jika hidup dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim. Pemakanan penting...makanlah buah setiap hari agar pembentukan kolagen tidak terbantut dan si ibu akan nampak sentiasa muda.


4. Si isteri mencari alasan tidak masak

Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada si kecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan mamasak sedikit terganggu. Jika mendapat suami yang sangat memahami dan berkemampuan, pastinya akan membeli lauk dan si isteri menanak nasi di rumah. Namun bukan semua suami itu sama…ada yang memang suka masakan isterinya walau makan hanya nasi dan telur serta ikan masin, sudah memadai baginya.Walau bagaimanapun takkanlah kita nak hidangkan nasi dan telur selama 2 tahun penyusuan? Rasanya suami pun mengamuk sakan.



Bagaimana mengatasi:

a. Bagi si surirumah: Belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati.

b. Bagi working mom: Kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat masak, keluarkan sedikit dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.



5. Si anak asyikla nak melekap @ mengempeng.

Si suami juga perlukan masa bersama dengan si isteri.. untuk merehatkan minda dan ber”yoga” bersama..namun jika si kecil asyiklah mengempeng sepanjang malam dan menyebabkan si suami ketandusan kasih sayang, mulalah golongan suami ini akan menyarankan si kecil minum susu formula. Akan lahirlah idea dalam otak si suami badan si isteri tidak mampu menghasilkan susu.

Bagaimana nak mengatasi: 
Jagalah pemakanan, ambillah supplement jika perlu.. Supplement itu penting agar dapat mengisi ruang kosong di dalam tubuh kita. Pengambilan supplement membantu meninggikan kandungan nutrisi dalam susuibu. Ini akan membantu si anak tidur lebih nyenyak. Kita juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba kepada yang Esa dengan dapat menunaikan tahajud dengan tenang. Banyakkan juga membaca fatihah serta bacalah zikir Ya latif agar si kecil nyenyak tidur tanpa gangguan.


6. Si isteri tidak berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.

Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susuibu kepada is kecil adalah ibu itu sendiri. Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami tercinta. Jadi dek kerana kekurangan ilmu inilah si suami tidak menyokong penyusuan.


Bagaimana nak berkongsi dengan suami tentang ilmu penyusuan?

Ajaklah suami hadiri kursus yang melibatkan penyusuan…minta nasihat doc di depan suami agar suami turut mendengar kebaikan susuibu. Maklumkan kepada suami yang penyusuan exclusive selama 6 bulan pertama sudah boleh membuatkan badan si isteri kembali langsing. Bercerita selalu dengan suami kebaikan susuibu pada si kecil iaitu membantu meningkatkan system imun maka sebagai ibubapa tidak banyak masalah pada masa akan datang. Carikan artikel yang boleh dibaca bersama bersama suami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.



Kesimpulannya :


Secara peribadi ,makanan fizikal dan rohani sangat penting. Bila tubuh sihat, kita dapat menyusukan anak dengan baik. Bila rohani kita sihat kita dapat menempis segala cubaan dan halangan yang datang.

Fizikal kita perlukan makanan yang seimbang, jika terdapat kekangan dalam pengambilan zat, cubalah ambil alternative dengan pengambilan supplement. Jika mempunyai kekangan untuk membeli dapatkan dari klinik kerajaan secara percuma. Namun jika ada lebihan dapatkan yang lebih baik. Rohani juga tidak boleh diabaikan. 

Solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan zakat adalah basic keperluan rohani. Rohani juga perlukan supplement iaitu zikir dan amalan2 sunat. Inilah keseimbangan yang perlu semua ibu ada untuk Berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun atau lebih.


Tidak perlu terlalu rigid dengan pendapat orang sekeliling termasuklah doc dan LC yang tidak menyokong pengambilan supplement.Saya tak nafikan pokok boleh hidup dengan hanya matahari, tanah dan air tetapi alangkah bagusnya jika dibaja kerana ia akan lebih subur. Bukannya apa, bila kita punya masalah rumahtangga akibat dari penyusuan, bukannya doc atau LC yang datang menolong…tetapi diri kita sendiri. Tepuk dada Tanya selera.


Comments

Popular posts from this blog

Tanda - tanda Jahitan Episiotomi Anda Terbuka dan Komplikasinya

Jahitan terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.


Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu. Tempoh yang memberi risiko untuk jahitan itu terbuka adalah dalam dua minggu selepas bersalin dan ianya hanya jika tidak dijaga dengan teliti.


Menurut Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, Dr Khairiah Seman menyatakan bahawa kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.


Tanda-tanda Jahitan Terbuka

Ibu akan berasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. Seingat Atiey, sakit akibat episiotomi hanyalah sekitar 2  hari sahaja. Jika kesakitan tu berlarutan, mungkin jangkitan kuman dah berlaku. Jumpa doktor segera untuk pastikan adakah jahitan tu dah terbuka atau sebaliknya.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti bengkak, merah, bernanah atau keluar apa saja…

Cara Makan Sustained Release Vitamin C Yang Betul dan Selamat Supaya Lebih Berkesan

Berapa biji sepatutnya pengambilan vitamin c kita setiap hari? Pernah tahu tak atau cukup sekadar makan sebiji oren sehari je?

Kalau ikut saranan dari FDA, kita memerlukan 75mg vitamin c setiap hari untuk mantain kesihatan.

Bagaimana nak dapatkan bekalan vitamin c yang optimum? Kalau nak tahu, vitamin c ni sensitif pada suhu panas tau. Buah yang duk ada kat pokok dengan buah yang kita dah petik tu pun dah berbeza kandungan vitamin c nya. Sangat sensitiflah.

Sebab tu saya suka untuk syorkan supaya kita amalkan Sustained Release Vita-C Plus ni.

Sebotol mengandungi 180 tablet.
Satu tablet pula mengandungi lebih kurang 1000mg dan berat satu tablet adalah 992mg.


Tadi kata FDA sarankan ambik cuma 75mg. Tapi ni dah sampai 1000mg satu tablet. Tak lebih ke?


Ok, sebenarnya dalam satu tablet tu Absorbic Acid hanyalah 500mg manakala selebihnya adalah Bioflavonoid untuk penyerapan yang lebih berkesan.


Tapi 500 mg masih banyak kan.


Vitamin C Shaklee ni diformulasikan dengan teknologi pe;epasan sec…

Air Kencing Berbuih? Ketahui Cara Kawal Protein Dalam Urin

Assala,mualaikum

Hari ni dah berapa kali u'olls buang air kecil? Pastikan minum air masak secukupnya untuk melancarkan proses pembuangan air kecil tau.

Apasal tanya pasal air kecil pulak ni kan..

Sebelum terhasilnya air kencing (atau air kecil), dah jadi tugas buah pinggang kita untuk menapis cairan tubuh dan nutrisi termasuk protein sama ada untuk dikeluarkan melalui urin atau disimpan.

Umumnya, molekul protein adalah lebih besar namun adalah normal jika sesekali terdapat dalam urin kita.

Namun, sekiranya berlebihan ia adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal/saluran tertentu. Apabila terjadinya perkara ini, langkah seterusnya perlu diambil iaitu dapatkan rawatan.

Bagaimana nak tahu sama ada protein dalam urin kita tu normal atau berlebihan?

Pernah dengar air kencing berbuih? Ya, itu adalah antara petanda bahawa terdapatnya protein yang berlebihan dalam urin anda.

Apa penyebabnya?
-Masalah berkaitan  buah pinggang
-Diabetes
-Hipertensi
-Masalah jantung yang…

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Mudah Pening dan Mudah Pitam Tanpa Perlu Makan Hati Lembu ?

Pernah tak rasa macam nak pitam atau pun pening bila nak bangun lepas duduk lama sangat. Kadang-kadang bila tundukkan kepala dan angkat dengan cepat?


Agak-agakla kan....kenapa jadi camtu ek? Rasa cam gelap mata sekejap.. Ada kaiatan dengan masalah kesihatan ke?


Biasanya bila jadi camtu, rata-rata kita anggap tu benda biasa je dan selalunya takkan berpanjangan. Betul tak? Tapi, sebenarnya kita kena tahu bahawa perkara yang kita anggap biasa tu boleh mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana ia sebenarnya  menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah. Jika kita mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.

Macam mana nak tahu tekanan darah kita rendah ke tak? Selalunya kita akan periksa tekanan darah kan. So, kalau salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut, makan maks…

Bagaimana Cara Banyakkan Susu Badan Sampai Melimpah Ruah Meriahnya?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang tengah susah hati sebab rasa macam susu badan tak cukup untuk anak sedangkan anak baru nak masuk 2 bulan.. Tak lama lagi dah nak naik kerja (bagi yang keje la)..Hurm...kalau boleh nak bagi ekslusif breast feeding la kan...


Sebenarnya, persediaan untuk menimang cahaya mata perlu seiring dengan keterujaan untuk memberi bayi anda menikmati susu badan yang sangat berkhasiat. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi bahkan juga kepada ibu sendiri.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk memastikan si kecil benar-benar memperolehi segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya secara ekslusif tanpa dicampur dengan makanan atau minuman lain sehingga bayi berusia 6 bulan.Kemudian diteruskan sehingga bayi mencapai 2 tahun.
Kebaikan Susu Ibu Untuk bayi: Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi andaIa mengandungi nutrien d…