Blog Archive

October 2, 2018

3 Persedian Yang Wajib Anda Lakukan Sebelum Hamil Untuk Mengelakkan Kandungan Bermasalah

Kalau ditanya pada setiap pasangan yang telah berkahwin, rata-ratanya menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap hidup. Ada yang mahu seawal mungkin dan tak kurang juga yang merancang untuk beberapa tempoh selepas perkahwinan.

Perlukah bersedia untuk hamil atau positif hamil baru buat persediaan dan cari ilmu?

Terpulang pada individu dan pasangan, namun jika lebih bersedia itu lebih baik. Bersedia di sini maksudnya dari segi ilmu dan kesihatan agar proses kehamilan berjalan lancar.

Persediaan penting sebelum hamil;

1- Amalkan gaya hidup yang sihat.

a- Berhenti merokok
b-Amalkan diet seimbang
c-Kekalkan berat badan sihat
d-Jauhi minuman beralkohol
e-Lakukan senaman setiap hari


2- Jika anda dan pasangan sedang mengambil sebarang ubat-ubatan, bincang dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada ubat tersebut mempengaruhi dan memberi kesan atau tidak pada kandungan.

3- Amalkan pengambilan 400 mcg folik asid setiap hari. Ia sebagai persediaan untuk perkembangan janin nanti. Teruskan sehingga kandungan mencapai usia 12 minggu.

Setakat ini sahaja yang saya kongsikan buat masa ni. Semoga bermanfaat.

Baca juga :  6 Vitamin Penting Untuk Wanita Hamil


Luvs, Attiey M. Napi

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...