Petua Banyakkan Penghasilan Susu Ibu - Part 1


Mr. Google

5 tahun yang lalu, ibu-ibu yang baru bersalin seakan-akan berada dalam satu fenomena untuk masing-masing menyusukan sendiri bayi mereka. Kebetulan pula masa tu Attiey sedang bekerja di Unit kewangan salah sebuah hospital di pantai Timur yang menyokong penyususan susu ibu. Bayi yang baru dilahirkan WAJIB menyusu dan nurse yang bertugas akan pastikan teknik lekapan adalah betul sebelum meninggalkan hospital.

Mungkin di hospital, ibu-ibu bersemangat untuk menyusukan bayi tapi bila kembali ke rumah masing-masing, ada yang mengadu dan komplen susu badan tak cukup. Akibatnya, bayi dihentikan susu ibu.

Masih ramai yang tak faham dengan prinsip asas penyususan susu ibu. Kesannya macam tadilah. Timbul rungutan yang memberitahu susu merudum.


FAHAMI PRINSIP ASAS PENYUSUAN

1. Kerap susukan bayi

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi anda supaya dia menghisap dengan betul. Kalau bayi tidur lebih dari tiga jam, kejutkan dia untuk bangun menyusu.

Pada waktu malam, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada tiga ke empat jam. Bagi ibu yang sepenuh masa berada dengan bayi, mungkin anda tiada masalah untuk kerap menyusukan.

bagaiman dengan ibu yang bekerjaya? Jawapannya anda kena berdisiplin. Memang agak susah jika difikirkan selagi belum melaluinya. Cuba dulu dan jangan culas untuk mengikuti jadual mengepam. Rutin mengepam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu menjadi stabil.


2. Kerapkan sesi mengepam.

Jangka masa yang ideal untuk rutin mengepam adalah tiga jam. Ibu ikuti rutin ini tanpa gagal tau. Selain daripada tu, pam payu dara sebaiknya setiap kali selepas menyusu.

Ada ibu mengadu, payudara telah berasa lembut selepas penyususan. kalau begitu, pam di antara waktu penyusuan. Dahulu, saya fikir rugi jika pam susu sebelum menyusu. Bimbang bayi tak kenyang. Tapi pemahaman saya waktu tu salah sama sekali.

Amalan mengepam membantu kita memastikan payu dara benar-benar kosong. Ia menghantar isyarat kepada otak supaya membekalkan lagi susu dengan lebih banyak.

Mengepam pada waktu malam dengan kerap juga dapat merangsang penghasilan susu kerana hormon prolaktin banyak dirembes pada waktu malam.


3. Tak perlu tunggu payu dara penuh

Segelintir ibu menyusu gemar menunggu payu dara penuh untuk dijadikan sebagai petujuk bahawa sudah tiba masanya untuk bayi disusukan.

Tanggapan begini SALAH.

Ibu perlu yakin payu dara sememangnya mengandungi susu setiap masa. Setelah selesai menyusu, tubuh akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Kajian menunjukkan kandungan lemak dalam susu lebih tinggi apabila tempoh antara satu sesi penyususan dengan yang lain adalah singkat. Kalau anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyususkannya sedangkan beranggapan payu dara sudah kosong, bayi sebenarnya memperoleh susu yang tinggi kandungan lemak. Wow, hebat!

4. Pemakanan teratur dan seimbang

Makanan seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan tubuh ibu sihat. Jadi, secara tak langsng ibu dapat berterusan menghasilkan susu dengan baik.

Pengalaman saya, ketika menyusukan anak sulung dahulu tidak terlalu menjaga pemakanan. Apa yang ada saya makan. Penekanan terhadap nutrisi belum di tahap yang baik. Kesannya, susu terjejas penghasilannya.

Ingat ye ibu-ibu, Jika ibu tidak mengambil makanan seimbang, ibu berisiko untuk mudah letih, mood tak stabil, pening kepala, stress dan masalah-masalah kesihatan lain boleh mengganggu. Bila tak sihat, ibu dah tak berupaya untuk menyusukan bayi secara langsung atau mengepam bagi membolehkan payudara benar-benar kosong.


5. Minum air secukupnya

Apabila tubuh mengelami masalah ekkurangan cecair, ia sedikit sebanyak mengganggu penghasilan susu. Air yang mencukupi penting dalam usaha untuk merangsang penghasilan susu ibu, Kalau boleh, minumlah sehingga tiga liter sehari.


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...