Perhatikan Tanda-tanda Berikut Jika Bayi Alami Elergi

Bayi pun alami alahan pada makanan ke? 

Sekali dengar macam tak logik sebab bayi hanya minum susu dan tak boleh makan lagi kan. Tetapi, jangan lupa bahawa jika bayi kita tu menyusu ibu, makanan yang si ibu makan boleh mempengaruhi bayi tadi.


Apa yang ibu ambil dan makan akan masuk ke dalam aliran darah ibu dan boleh membuatkan alahan kepada bayi tersebut. Sebab tu dalam tempoh berpantang yang mana kebiasaannya penyusuan ibu masih berjalan, pengambilan herba perlu dikawal atau dihentikan buat sementara waktu, bergantung pada ketahanan bayi.




Ada bayi yang ok tapi ada juga bayi yang amat sensitif.


Tapi bukan bermaksud  mommies perlu terus menghentikan pengambilan makanan tu sepanjang menyusu kerana ibu dan bayi  masih memerlukan khasiat yang ada dalam makanan tersebut.


Mungkin mommies  perlu mengelakkan makan makanan yang menyebabkan alergi secara serentak atau ‘berpantang’ makan makanan tersebut dalam tempoh masa tertentu dan kalau nak makan juga, pastikan dalam kuantiti yang sedikit.


Ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan jika bayi mengalami alergi:


1. Ruam pada kulit. Bintik-bintik merah di kawasan pipi bayi menandakan petunjuk awal bayi mengalami alergi terutama jika belum hilang dalam jangka masa yang lama.


2. Selesema. Ia berbeza dengan selesema biasa. Bayi yang mengalami selesema akibat alergi akan mengeluarkan cairan yang cair dari hidungnya. Sementara bayi yang mengalami selesema biasa mengeluarkan cecair kental dan kadang kala berwarna hijau dari hidung.


3. Buang air besar berdarah. Apabila alergi sudah mengganggu saluran pencernaan, bayi akan membuang air besar berdarah. Ia biasa berlaku dalam kalangan bayi berusia dua hingga enam minggu.


4. Cirit dan muntah. Sekiranya masalah alergi tidak dikenal pasti puncanya dan ibu tidak sedar anak sedang mengalami alergi, bayi cenderung mengalami cirit birit dan muntah.


Jadi, mommies kena peka pada apa-apa perubahan pada bayi terutama 4 tanda di atas.  Jangan ambil sambil lewa kerana sistem pertahanan bayi tak sekuat mommies dan orang-orang di sekelilingnya.

1 comment:

  1. tq attiey. kena berjaga-jaga nih sebab umi pun masih menyusu baby jugak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...