Blog Archive

April 14, 2017

Tip Menarik Kekayaan Dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Adakah anda ingin memiliki banyak masa untuk keluarga?

Adakah anda mengidamkan kebebasan kewangan?

Ini adalah masanya untuk anda mula menarik kekayaan menjadi realiti hidup anda.

Tiada rahsia untuk menarik kekayaan dalam kehidupan anda.

Sebenarnya, dengan menambah beberapa langkah mudah ke dalam rutin anda setiap hari,

anda boleh merubah hidup anda ke arah kekayaan.


Berikut adalah 3 tip untuk menarik kekayaan dalam kehidupan:


1. Kenalpasti visi anda

Apakah yang anda inginkan daripada kehidupan anda?

Samada visi anda menarik kekayaan dengan memiliki rumah
banglo besar di tepi pantai atau hidup bebas daripada hutang,
cara terbaik untuk menarik kekayaan adalah strategi untuk mengenalpasti matlamat anda. Anda boleh mulakan hari ini.

Tuliskan segala yang anda mahukan dalam kehidupan anda.

Buat senarai matlamat yang akan membantu anda masuk dalam minda anda yang mana perlu untuk menarik kekayaan.


2. Uruskan Wang Anda

Apabila kita tersekat dalam belenggu kemiskinan, tindakan yang biasa kita buat adalah dengan elakkan daripada
melihat akaun bank, melainkan apabila sangat diperlukan.

Satu-satunya aspek penting dalam kekayaan adalah dengan

mengawal kewangan anda. Kenalpasti berapa yang anda hutang dan berapa yang anda perolehi.

Bincanglah dengan perancang kewangan untuk mendapatkan
status kewangan yang baik.


3. Hasilkan emosi tarikan kekayaan

Anda harus merasakan dengan penuh emosi apabila  membayangkan tentang kekayaan. Secara tidak langsung, tarikan kekayaan bertindak.

Menurut hukum tarikan, emosi positif yang kuat akan menarik tindakan positif yang kuat.

"Saya kongsikan email yang saya terima daripada Ir Hj Ezwan. Semoga bermanfaat."

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...