Cara Yang Selamat Untuk Potong Kuku Bayi



Assalamualaikum dan Hai.

Selamat menyambut ahli keluarga baru dalam hidup anda. Jika anda baru sahaja bergelar ibu, sesetengah perkara akan membuatkan anda rasa khuatir. Bimbang kalau-kalau cara tu salah dan tak tepat.


Menjadi kebimbangan dan menimbulkan rasa gerun kan untuk potong kuku bayi ni. Memanglah sekali fikir tak perlu potong sebab jari bayi duk dalam sarung tangan je. Tapi tak salah untuk kita merapikan mereka.


Jadi, boleh follow cara-cara berikut:


1- Usap dan sentup tangan bayi dengan lembut sebelum mula memotong kuku. Ini untuk memberikan rasa lebih bersedia dan supaya bayi tak terkejut.


2- Cari waktu yang sesuai untuk memotong kuku. Kalau Atiey sendiri, Atiey suka potong kuku diorang selepas siap mandikan sebab masa tu mood baby tengah ok dan kuku pun lembut.


3- Tangan bayikan biasanya akan menggenggam. Jadi, mulakan dengan kuku jari tangan dengan cara menahan jari-jarinya satu persatu. Atiey akan pastikan jarinya ke atas, baru mula potong.


4- Gunakan gunting khas untuk memotong kuku bayi macam dalam gambar kat bawah ni. Hujung gunting tu tak macam gunting biasa sebab dia ada bentuk bundar dan tak tajam. Selamat.


Tak perlu gunting terlalu rapat dengan isi nanti boleh mencederakan bayi. Kang tak pasal-pasal maknya pun ternangis sama. Lagi satu, tak perlu buat bentuk sebab kuku bayi ni cukup untuk kita nak pendekkan saja.


5- Dah siap, lap jari dan tangan bayi. Pastikan cebisan kuku yang dah dipotong tu tak tertinggal dalam tapak tangan bayi.


Semoga info yang Atiey kongsikan ni bermanfaat dan dapat membantu anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...