Blog Archive

April 23, 2017

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Masalah Tekanan Darah Rendah



Assalamualaikum

Masalah tekanan darah rendah boleh menyebabkan kita rasa pening, loya, susah nak berdiri dan mudah pitam.


 Apabila  mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan  seseorang tu  mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.


Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.


Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.


Tekanan darah rendah


Katanya lagi, tekanan darah rendah merupakan suatu situasi yang boleh dirawat dan apa yang penting adalah untuk mengetahui apakah punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.


Begitupun, Dr. Ismail mengingatkan bahawa tekanan darah sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti emosi, tahap tekanan, aktiviti fizikal, keadaan semasa (demam atau tidak), saiz tubuh badan, posisi badan, makanan yang diambil serta suhu persekitaran.


Dan disebabkan itulah bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.


Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.


Dr. Ismail turut menjelaskan tekanan darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik.


Ia juga tidak terkecuali kepada mereka yang mengalami alahan yang teruk dan situasi ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.


“Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.


“Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.


“Tetapi perlu dinyatakan di sini bahawa tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang itu," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.



Ikhtiar Dengan Vitamin Shaklee


  • Vitalea 
- merupakan multivitamin  yang lengkap dan seimbang (28 jenis vitamin dan mineral)
- mengandungi formula iron untuk pembentukan sel darah merah  dan menghasilkan sel darah sihat
- zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.




  • Vitamin C Plus

- membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi
- bantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan



  • B Complex
-Membantu  mengurangkan stress dan menghasilkan tenaga.
-Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin
-Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B12 dan folat.



  • Soya Protein ESP
-Membantu meningkatkan tenaga



  • Mealshakes
-Minuman yang lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral




  • Ostematrix
-Sumber kalsium yang penting untuk mengawal selia tekanan darah


Bagaimana nak dapatkan ?

Hubungi Atiey mengikut pilihan di bawah.

Facebook: Attiey Mohamad
Fan Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084


 Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!


Info: Utusan

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...