Blog Archive

March 18, 2017

Tips Set Target Dalam Bisnes

Sebelum mulakan apa jua  perkara dalam hidup kita ni, kita kena tahu apa yang kita nak terlebih dahulu. Perkara ni kita namakan target. Target ni sangat penting kerana bila ada target, kita tahu apa yang kita nak capai dan apa yang kita perlu fokuskan.




Bagaimana nak set target ataupun sasaran kita?


1. Logik dan realistik
2. Semakin meningkat
3. Jangka pendek dan jangka panjang


Ramai yang saya dapati terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan ni, meletakkan target terlalu tinggi untuk permulaan. Terlalu tinggi, bila sekilas pandang tu dah nampak ianya mustahil. Sememangnya tak salah tetapi sekiranya ia telalu tidak realistik, hanya akan membuatkan fokus kita lari dan akhirnya kita stuck.


Apa salahnya bina target yang lebih logik dan ianya semakin meningkat dan meningkat dari bulan ke bulan. Ianya lebih selamat dan membuatkan kita lebih tersusun.


Target ni ada dua jenis. Target untuk jangka masa pendek dan janhka masa panjang.

Target untuk jangka pendek adalah seperti  jumlah untung yang kita nak dapatkan dalam masa sebulan adalah RM10 000.


Target jangka masa panjang pula apa yang kita ingin capai dalam 5 tahun akan datang. kalau sekarang kita berniaga dengan hanya menyewa kedai, 5 tahun lagi kita dah mampu memiliki restoran dalam bangunan sendiri.


Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga anda terus sukses dan berjya dalam perniagaan yang diceburi.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...