Anak Terlalu Kurus Tanda Masalah Kecacingan? Rawat Anak-anak Yang Dijangkiti Cacing Dengan Kaedah Semula Jadi

Masalah kecacingan ni, bukan hanya melibatkan usus je. Ada juga cacing yang berada di tempat-tempat lain dalam badan kita ni seperti paru-paru, otak, jantung dan  salur darah.  


Gambar kat bawah ni menunjukkan masalah cacing yang berada dalam mata. Euuuuw! Kalau orang dewasa, mungkin banyak cara kita boleh cuba. Tapi bayangkan kalau jadi kat kanak-kanak. Kesian diorang. Sistem imun kanak-kanak belum cukup kuat untuk  melawan jangkitan cacing ni.






Bagaimana  Mencegah  Daripada Dijangkiti Cacing?



  • Amalkan disiplin  basuh tangan sebelum menyentuh makanan, selepas keluar tandas dan selepas menyentuh haiwan peliharaan.

  • Memakai alas kaki apabila setiap kali keluar rumah. Elakkan juga berkaki ayam ketika berada di dalam tandas.

  • Basuh sayur-sayuran, dan buah-buahan dengan bersih. Rendam dalam air garam terlebih dahulu supaya lebih berkesan.

  • Cuci bahagian dalam perut ikan dengan teliti kerana ada sesetengan ikan juga dijangkiti cacing.

  • Masak ikan dan ayam serta lauk mentah dengan menggunakan suhu yang sesuai.

  • Ambil ubat cacing ( 6 bulan sekali atau seperti yang disyorkan oleh doktor)



Makanan Semula jadi yang Baik Untuk Dimalkan Jika  Kecacingan





  • Makan tomato mentah, jadikan seperti salad.

  • Minum jus nenas muda yang ditambah dengan sedikit madu. Awas, nenas boleh mengakibatkan rasa sakit perut jika perut anak agak lokek.

  • Minum jus lobak merah.

  • Minum air kelapa muda  dan makan sekali dengan isinya sekali 

  • Makan bawang putih. Untuk anak-anak mungkin boleh sediakan makanan seperti sup yang diletakkan bawang putih yng lebih banyak dari biasa.

  • Kunyah biji habbatussauda( jintan hitam) atau minum minyak habbatussauda. Disarankan satu sudu  untuk anak (bawah 3 tahun) dan 2 sudu (3 tahun ke atas) 



Semoga  bermanfaat !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...