Bagaimana Untuk Tingkatkan Sistem Imun Kita Secara Semula jadi



Sistem imun kita sangat penting. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan kita 24/7 untuk menentang serangan dari penyerang iaitu bakteria, kulat dan virus. Ia juga bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel tak normal.


Selain melindungi kita daripada jangkitan , sistem imun juga boleh mengurangkan tahap jangkitan. Keupayaan sistem imun kita untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan kita lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan yang sama pada masa depan. Ia juga membantu kita sembuh dengan lebih cepat dan dapat mencegah daripada timbulnya isu-isu kesihatan yang lebih serius .


Sistem imun yang lemah akan membuatkan kita lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara di dalam badan.


Apabila kita mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan disokong oleh makanan tambahan yang diperlukan menggambarkan pendekatan holistik dalam menjaga sistem imun kita untuk memaksimumkan perlindungan badan kita daripada bahaya.


Didalam tubuh kita ni terdapat 3 tahap pertahanan.

Sistem imun kita ni bukanlah dibentuk oleh satu benda tunggal tetapi ia merupakan satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh kita. Sangatlah penting untuk kita memelihara ketiga-tiga tahap perlindungan ini untuk memastikan badan kita kekal kuat dan sihat.


Bagaimana 3 Tahap Perlindungan Imun Bekerja?

Tahap Pertama
Peringkat pertama pertahanan adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebgaai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman dan menghalang mereka daripada memasuki badan.


Tahap Kedua
Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termausk sel-sel darah putih san sel-sel pembunuh semula jadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita.

Protein isyarat imun yang dipanggil Interferon memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi kita daripada serangan kuman.


Tahap Ketiga
Tahap pertahanan ini bertindak balas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya.

Sekiranya ia menyerang badan kita lagi di kemudian hari, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya.

Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel-sel kita. Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel kita memerlukan Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan yang lebih cepat.


Nutrien Yang Merangsang Sistem Imun

1. Protein
Menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.


2. Vitamin & mineral
Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun


3. Omega 3
Terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif


4.Biji labu, biji plantago, Bunga honeysuckle Jepun
Secara semula jadi 3 benda ini meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.


5. Karetonoid
Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih


6.Bawang putih
Ia adalah antibiotik semu lajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.


7. Vitamin C
Ia merupakan 'otot' sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing.


8. Resveratrol & Polifenol
Meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semula jadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA


Tahukah anda, keperluan nutrisi yang saya nyatakan di atas boleh didapati dalam:


  1. ESP Shaklee
  2. Multivitamin Vita-Lea with Iron Formula
  3. Omega Guard
  4. Nutriferon
  5. Carotomax
  6. Garlic Complex
  7. Sustained Release Vita-C Plus
  8. Vivix
Untuk mendapatkannya bagi memenuhi keperluan tubuh untuk meningkatkan sistem imun kita, boleh hubungi saya:

Rafhati
013.9218084
COD Shah Alam

atau boleh buat pesanan terus di sini untuk Set Imuniti Shaklee .Klik esell ok.

Klik sini untuk membuat pesanan terus 



 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...