Blog Archive

January 7, 2017

4 Tips Marketing Instagram

Assalamualaikum


Sekarang ni pelbagai medium kita ada yang boleh  digunakan sebagai medium pemasaran. Hari ni, Attiey nak cerita tentang instagram.


Bagi yang belum biasa dengan facebook, kita sedia maklum cara penggunaannya yang mana kita boleh masukkan gambar dan juga menaip status dan boleh juga hanya menaip status  tanpa gambar.




Tetapi untuk instagram memang WAJIB ada gambar baru boleh kita taip sesuatu..


Jadi, untuk melakukan pemasaran melalui instagram memerlukan 4 tips ini:


Tahu Targeted Follower
Untuk siapa kita nak tuju produk kita? Boleh mulakan langkah pertama untuk dapat hasilnya. Wah gitu. Like-lah dulu gambar bakal  follower anda. Berikan komen yang sesuai dengan gambar dan jangan sesekali "spam" atau meletakkan ayat-ayat minta di"follow' semata-mata. nampak sangat tak ikhlas.


Gambar Menarik
Kreativiti sangat penting. Ambil gambar produk anda dari sudut yang berbeza tetapi menarik. Jangan lupa bahawa gambar boleh "berkata-kata". Belajar teknik mengambil gambar pasti takkan merugikan anda.


Permainan Hashtags (#)
Pilih hashtags yang popular dan boleh dikaitkan dengan produk anda. Sebagai contoh, atiey jual vitamin, attiey gunakan #sihat. Penggunaan hashtag sangat perlu kerana ia boleh menghubungkan audience dengan gambar produk kita.


Penjelasan Yang  Memukau
Bila gambar dah cantik, hashtag dah padu, jangan lupa untuk menaip penerangan yang boleh memukau prospek pula. Pembaca boleh menilai perniagaan kita melalui apa yang kita tulis. Bayangkan gambar tanpa penerangan. Nampak macam malas.


Adakalanya, pembaca gemarkan gambar-gambar di sebalik tabir sesuatu kejadian. Sebagai contoh, gambar anda sedang menerangkan sesuatu kepada customer atau gambar anda bersama model produk. Ia membuatkan prospek timbul rasa percaya dan yakin dengan anda. 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...