Tips Mudah Buang Angin Dalam Badan

Assalamualaikum.

Awal bulan Disember baru-baru ni memang tak selesa sangat-sangat perut ni. Kembung perut memanjang je. Lepas tu rasa angin tak lepas nak keluar.

Bila difikir-fikir balik, mungkin sebab lewat sarapan kot. Jadi, esoknya cuba awalkan. Tapi sama jugak. Tak ada perubahan.

Kebetulan ada Minyak habbatussauda kat rumah, ambik dalam satu sudu. Sedap sikit badan.

Bila difikir-fikir balik, apa yang Atiey makan ye? Memang tak selesa. Call mak, bagitahu mak dan mintak pendapat. Akhirnya dapat jugak tahu punca. Atiey tak boleh makan oat . Terus stop. Nanti dah ok mungkin boleh try sikit-sikit.

Kalau tadi atiey cerita ada ambik minyak habbatussauda kan. Tapi kalau tak ada, boleh try tips ini menggunakan benda yang memang senang nak dapat.

Hanya dengan menggunakan bawang putih, perut akan rasa lebih ok.

Caranya ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiriskan nipis-nipis. Lepas tu rebuskan bawang putih tadi bersama dengan 2 gelas air putih. Biarkan mendidih sehingga menjadi segelas sahaja. Sejukkan dan minum dengan bawangnya juga.

Oh ye.. jangan buat setiap hari tau. Cukup sekali je dalam sebulan.

Selain rebusan hirisan bawang putih ni, cuba amalkan makan dalam portion yang sedikit-sedikit tapi kerap. Ketika makan tu, kunyah perlahan-lahan dan telan bila betul-betul dah hancur. Sunnah nabi tu kunyah banyak kali. Nanti takdelah perut kita nak kena kerja kuat sangat.

Ketika ada masanya yang kita dah mula rasa lapar tapi belum sempat makan, usahakan minum air suam supaya perut tak dimasuki angin.

Atiey pernah terbaca tentang urutan visera (bahagian abdomen). Senang je caranya. Mula-mula letakkan kedua-dua tapak tangan di peha kanan atas, kemudian tekan abdomen anda dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan mengurut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri dan kemudian turun ke bawah hingga di atas peha kiri.

Urutan ni boleh diulang hingga anda rasa semua angin dah keluar dari badan.


Siapa yang belum cuba, boleh try.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...