Blog Archive

December 11, 2016

Tips Berharga Bagaimana Nak Kurus

Atiey ada ramai kawan yang pasang impian nak kuruskan badan. Bagus tu. Selain untuk kecantikan, bagus untuk mengelakkan  penyakit-penyakit yang berkaitan kegemukan seperti kolestrol tinggi dan penyakit jantung.



Cuma yang atiey tak berapa setuju adalah cara yang dipraktikkan semasa diet tu. Ada yang skip breakfast, skip lunch dan hanya makan sekali je dalam satu hari.


Tak kurang juga yang amalkan ubat kurus. Kalau ubat tu memang selamat takpe, bimbang takut ada kesan sampingan dek bahan-bahan terlarang.


Pembaca semua, untuk kurus...jangan berlapar dalam pemakanan. Makanan tukan memberi tenga kepada kita. Bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ada, tubuh kita akan terkejut dan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Kesannya, kadar metabolisme jadi rendah.


Ada sebabnya mengapa kita disarankan minum air 8 gelas setiap hari. Walaupun ada yang menolak cara ni, tahu tak bahawa air mengurangkan selera kita secara semula jadi. Air juga membantu badan memetabolismakan simpanan lemak dalam tubuh. Akhir-akhir ni atiey nak kontrol makan. So sebelum makan atiey minum air. Memang cepat kenyang.


Bagi yang merasakan badannya cuma gemuk air, elakkan/ kurangkan pengambilan garam dalam hidangan seharian. Garam ni menggalakkan penyimpanan air dalam badan. Bila kurang garam, badan kita tidak menyimpan air yang berlebihan. Jadi, badan kita tidaklah berat disebabkan air tadi.


Wajibkan sarapan pagi tau. Menurut satu kajian, sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori. Rugila kalau skip breakfast.


Kuruslah secara  sihat ye. Jangan sampai menyeksa diri sendiri. Tubuh kita ni amanah Allah yang kita kena jaga dengan baik.  Jangan lupa untuk memilih produk yang terbaik juga dan semesti selamat serta halal.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...