Sampai Jugak Kat Farm In The City, Sri Kembangan


Awal cuti sekolah hari tu dah mula fikir dah mana nak pergi luangkan masa bersama anak-anak.
Banyak list yang Rasiha buta..termasuk nak pergi hotel.

Umi pun mula la survey beberapa tempat.

Memandangkan sekarang ni cuaca tak selalu cerah, cewah... so semua tu kena ambil kira lah. 


Sebeleum pilih  Farm In The City , tengok ramalan kaji cuaca dulu. 
Ramalan adalah hujan ribut petir sekejap-sekejap.


Jadi umi cadangkan kat abi supya kitorang gerak awal pagi. Awal tak awal pukul 9.30 pagi jugaklah.
Beli sarapan siap-siap. Raisha dan Adib makan dalam kereta. 

Sampai-sampai, parking masih banyak. Dalam 15 buah kereta je kot yang ada masa tu. Pagi kan.
Terus p beli tiket dan jalan tengok Ostrich dulu. Jinak sangat. main hulur-hulur kepala nak minta makanan. 

Sebelum tu, beli token siap-siap la. RM1 dapat satu token. 
Makanan haiwan-haiwan perlukan 2 token.

Kalau nak jimat tak yah beli token takpe sebab kat pintu masuk nanti diorang bagi sikit. Tapi kalau nak puas hati beli lah.





Kat tempat ostrich ni tak lama sebab Raisha takut. 
Cepat-cepat ajak kitorang masuk dalam.

Tempat mula-mula singgah kat dalam tu akuarium kura-kura ni. Ada dalam akuarium dan ada kat atas tanah tu. tapi dilarang duduk atas depa tau...



Dah lama sikit, jalan masuk lagi dan jamu mata tengok labi-labi. Banyak dalam air tu..



Yang ni tak nampak sangat dia tengah gali lubang ngan kaki. Nak bertelur ke apa ntah. Ingat nak tunggu tapi si kecik dua orang ni tak sabar dah.




Lepas tempat kura-kura tu akan jumpa ular sawa batik, biawak yang besar, buaya dan ular - ular lain jugak. Takyah takut sebba diorang diletakkan dalam kaca. Kita lalu bawah kaca tu.


Next, kami jumpa burung merak yang sangat cantik ni. Subhanallah. Sempat bagi makan kat merpati yang jalan-jalan kat tanah. Jinak betul diorang ni.  pantang hulur tangan terus datang. Mungkin sebab awal pagi kan..lapar. 




Banyak jugak yang menarik. Bagi yang nak try "pony ride" , sediakan 7 kepin token tau. Kitorang terlambat sebab pony ride tu antara pukul 10 -12 kot.. kitorang round dulu, lepak kat ikan longkang sampai terlepas pertunjukan burung kakak tua pukul 12.. hehe.


Kesimpulannya, berbaloi la datang sini sebab dia macam zoo tapi lagi mesra kanak-kanak. Cuma janganlah expect kat sini ada semua haiwan macam zoo tu. Farm dia macam apa yang kita bela kat kampung dulu-dulu. Yang menariknya tempat ni sngat bersih. Memang terjaga.

So, selamat bercuti u'olls. Panjang lagi masa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...