Blog Archive

December 19, 2016

Punca Terjadinya Kencing Manis Ketika Hamil



" Kak, saya dah pregnant 5 bulan. Sekarang ni kena check gula setiap hari. Tiba-tiba pulak kena kencing manis. Akak pernah kena tak? Apa saya nak buat ni? "



Susah hati sorang ibu muda ni bila disahkan mengalami kencing manis. Siapa yang tak panik bila kandungan tu anak pertamakan.


Atiey cuba tenangkan adik ni. Kencing manis ketika mengandung biasanya hanya bersifat sementara dan akan kembali normal selepas bersalin.

Tapi risaula kan. Nak tahu juga apa punca. Mana tahu boleh elak dari awal.



Sebenarnya, keadaan ni merupakan diabetes yang dikenali sebagai Gestational Diabetes. Berlaku disebabkan oleh kerintangan insulin ( sejenis hormon dihasilkan oleh badan kita untuk mengawal atur kawalan paras gula dalam darah)yang tidak berfungsi secara normal ketika mengandung.


Kerintangan insulin ni mengganggu penukaran gula kepada tenaga. Sebab tu paras gula dalam darah tu meningkat.


Macam adik tadi, masa tu kandungan dia usia lima bulan, yang mana perkara ni sememangnya terjadi pada pertengahan atau lewat usia kandungan.



Masa atiey pregnant, takut jugala bila kena buat ujian gula tu. Kit-koy tiba-tiba sangkut. Tapi alhamdulillah, semua ok.


Masa pregnant, badan akan mengalami perubahan ketara. Pankreas akan menghasilkan hormon (insulin) untuk menukar gula dalam darah dan dihantar kedalam sel untuk digunakan oleh badan. Uri atau plasenta juga akan menghasilkan hormon untuk membantu bayi membesar dan berkembang.


Hormon tersebut boleh menyebabkan sel-sel ibu kurang bertindak balas terhadap insulin dan pankreas bekerja dengan lebih keras untuk mengatasinya.


Kalau pankreas kita baik dan sihat, InshaaAllah tak ada masalah tapi kalau sebaliknya, insulin tak cukup dan paras gula dalam darah akan naik. Kesannya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.


Boleh ke masalah ni diatasi atau berserah je?


Jawapannya, kita boleh cuba kawal pengambilan makanan dengan memilih hidangan yang menyihatkan. Bukan tu je bahkan supaya lebih cergas dan usaha untuk mengelakkan masalah anemia masa hamil.


Apa nak buat kalau dah disahkan mengalami diabetes ketika hamil?


Atiey nasihatkan supaya teruskan amalan diet sihat serta kurangkan pengambilan gula. Bukan gula putih juga tapi gula yang tersembunyi dengan nama-nama lain contohnya sukrosa dan sirap. Banyakkan minum air kosong juga.


Cuba tetapkan waktu makan yang sama pada setiap hari. Kuantiti pun sama. Bukan untuk diet kurus tapi dengan cara ni lebih mudah kita nak pantau kestabilan gula dalam darah.


Ibu hamil boleh bersenam? Tentulah boleh. Asalkan bukan senaman yang berbahaya kepada kandungan dan ibu.


Pengambilan supplemen juga boleh membantu untuk melengkap keperluan nutrisi harian kita. Orang kata kena makan untuk dua orang kan. Sebenarnya wajib makan cuma bukan kuantiti yang diutamakan tapi kualiti nutrisi.


Cari sumber makanan yang mengandungi glisemik indeks (GI) yang rendah tapu dalam masa yang sama membekalkan protein yang tinggi. Bila kita makan sesuatu yang rendah GI, kita akan kurang rasa lapar dan ni dapat mengelakkan daripada makan yang bukan-bukan.


Tambahkan dengan pengambilan multivitamin setiap hari. Lebih-lebih lagi kepada ibu hamil yang bekerja. Amalkan Vita-Lea Shaklee yang membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap yang bukan sahaja baik untuk ibu malah anak juga.


Atiey doakan semoga kelahiran bayi anda menjadi sesuatu yang membahagiakan. Jaga diri dan jaga diet.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...