Mencari Bisnes Paling Menguntungkan? Saya Dah Jumpa

Nak mulakan perniagaan tapi tak pasti yang mana satu akan beri pulangan yang lumayan. Nak sewa kedai atau tak? Ke nak buat kat pasar hujung minggu ke?

Jujur, saya pernah berada dalam situasi macam ni.

Sebelum ni saya pernah bekerja. Menjawat jawatan di sebuah badan kerajaan. Tapi terpaksa melepaskannya atas sebab yang sangat penting.

Jadi, sebaik sahaja bergelar suri rumah sepenuh masa, saya mula mencari-cari peluang untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan. Dah biasa pegang duit kan..

Saya cuba perniagaan dropship. Saya cari pembekal dan cari mereka yang boleh bagi komisyen yang lebih. Tapi rata-ratanya tak sampai 50% pun dari harga barang yang dijual. Seingat saya masa tu saya pernah dapat RM2-RM5 untuk setiap tudung atau jubah yang saya berjaya jual. Hurm...atau mungkinkah saya yang tak jumpa lubuk dropship? Mungkin juga.

Tapi bila fikir balik, dengan masalah yang timbul bila customer nak respon segera tapi penjual pulak sampai berejam nak reply sms saya masa tu untuk dapatkan pengesahan stok, saya fikir semula. Ini menjejaskan reputasi dan kepercayaan pelanggan saya.

Kemudian, saya cuba perniagaan jual tudung. Kebetulan saya dapat peluang kerja di sebuah sekolah integrasi sebagai guru matematik, saya dapat juga pembeli di kalangan rakan sekerja dan saudara-mara mereka. Tudung habis tapi ada yang minta bayar tunggu gaji, nak bayar 2 kali dan sebagainya. Cash flow saya kucar kacir sebab tak cukup nak pusing modal. Bukan semua stok habis sekaligus.

Untung ke mana, modal ke mana. Saya hampir putus asa.


Diam tak diam, saya teringat balik yang saya pernah daftar sebagai ahli Shaklee pada tahun 2011. Dah hampir 2 tahun saya biarkan terperuk. Tak buat apa pun dengan keahlian tu. Tak guna. Sebab dah tak ambik Set Menyusu Shaklee pasalnya Raisha dah besar. Dah wean off.


Saya fikir balik, kenapa saya tak fokus je untuk buat bisness Shaklee ni? Lagipun saya pernah rasa keberkesanannya.


Sejak dari hari tu saya cari balik upline saya, join group untuk bisnes dan attend kelas. Bestnya Shaklee ni bila kita daftar sekali, memang untuk seumur hidup dah. Tak perlu nak keluarkan duit RM69 setiap tahun.


Saya buka balik kit permulaan dan baca manual perniagaan Shaklee, study produk dan cari buku berkaitan nutrisi.


Saya tak buat offline sebab saya segan. Saya takut jumpa orang masa tu. Fear of rejection pun ye jugak. Saya buat online je. Guna facebook dan blog.



Saya share apa yang saya makan, vitamin yang saya suka, kesan dan kebaikan. Saya bagitahu supaya orang nampak saya jual vitamin Shaklee.

Alhamdulillah. customer pertama saya nak beli DTX Complex untuk masalah fatty liver. Ajaibnya, Bulan tu jugak saya dimurahkan rezeki mencapai jualan sehingga RM400+. Bagi permulaan, banyakla tu. Saya layak menerima cash bonus pada 14 haribulan berikutnya.


Nampak tak? Hanya bermodalkan RM69, boleh jana pendapatan. Walhal sebelum tu saya pernah daftar jadi ejen dropshipper RM50 dan kena renew setiap tahun lagi.


Berbekalkan kejayaan pertama tulah, saya teruskan berShaklee sehingga sekarang.


Bisnes Shaklee ni, makin kita grow, kita boleh mencapai sehingga pendapatan infiniti. Usaha kita menentukan pendapatan kita. Bukan macam MLM lain. Dalam Shaklee, orang atas tak boleh ambil bahagian orang bawah. Sistem ini telah dipatentkan dah tak boleh ditiru.


Setelah mendalami produk dan perniagaan Shaklee ni, saya dapati

- ia bukan bisnes bermusim. Setiap hari dalam sebulan pasti ada yang akan cari makanan tambahan ni. Ia berkaitan dengan kesihatan. Selagi orang aware tentang kesihatan, selagi tu ia boleh dijual.

- produk ni memang berkesan. Tak perlu nak tabur janji kosong. Ia dah terbukti selamat dan berkesan. Dah ada kajian pun. 

- Bisness ni boleh dilakukan dimana-mana. Even atas kereta, kat oversea pun boleh order barang customer. Tambah pula dengan sistem pesanan secara online tu, hanya di hujung jari je. 


Bagaimana nak bangunkan produk? Takyah pening kepala. Hal tu saintis Shaklee dah buat. Diorang dah usahakan supaya menjadi produk terbaik bertaraf dunia. Lagipun diorang dah buat demand reseacrh tentang produk yang paling banyak orang cari.


Katakanlah kita duk ada kat oversea, tiba-tiba ada yang nak beli vitamin. Mudah je. Order melalui Shaklee2u dan biarkan urusan penghantaran produk dilakukan oleh pihak Shaklee. Kita tinggal follow up je dah sampai ke belum.


Dah banyak benda kita tak perlu fikir. Tinggal guna dan sebarkan kebaikannya sahaja. Kenapa nak kena guna?


Kita berniaga perlu jujur. nak lebih berkesan, kita makan, kita rasa, kita kongsi. Haa, gitu


So, tak rugila buat bisnes ni. Bermodalkan hanya RM69 sahaja dan pulangan adalah infiniti. Selain tu, kita akan rasa lebih bertanggungjawab sebab secara automatik pengedar Shaklee akan terdidik untuk buat sesuatu hanya apabila ia terbukti secara profesional.


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...