Blog Archive

December 26, 2016

Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Antara rahsia orang-orang yang berkulit cantik dan awet muda yang kita selalu dengar adalah mengamalkan minumm air masak yang banyak setiap hari. Selain mengelakkan terhidrat, dalam masa yang sama amalan ini boleh menghilangkan masalah kulit kering dan wajah nampak segar.


Selain dari amalan minum air, amalkan zikir berikut supaya wajah berseri dan sihat luaran & dalaman.

- ya Badaniah sekali
- ya Nur sekali
- ya Hadi sekali
- ya Allah tiga kali

Hembuskan pada tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.



Ada tiga jenis vitamin yang sesuai untuk digabungkan bagi mendapatkan kulit yang cantik. Vitamin tersebut adalah Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex.


VITAMIN C SHAKLEE

Dengan mengamalkan vitamin c ni, dapat membantu memerangi kanser. Ia satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semula jadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan. Yang bestnya ia mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Jarang Atiey dengar vitamin c ni dikaitkan dengan kebaikan mengekalkan kolestrol sihat tapi sebenarnya ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindari arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidunv berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Kalau dalam hal kecantikan, ia meransang pembentukan kolagen. Kolagen tu adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kedut boleh dilamat dan dikurangkan.

Tak dinafikan, jika ambil vitamin c ni dengan konsisten boleh mencerahkan kulit badan kita, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen iaitu penyebab jeragat.

VITAMIN E SHAKLEE

Pengambilan harian sebanyak 800IU vitamin e dapat membantu jantung jadi lebih sihat. Ia melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan lain-lain.

Ia merupakan antioksidan yang kuat. Jika diambil lebih 1,200UI sehari pula berkesan untuk melawan kanser, menguatkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikak bebas dan dapat memperbaiki masalah oksidasi (katarak dan masalah penglihatan)

Bagaimana kalau ambik sebiji? Berita baik sebab ia mampu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan bintik penuaan. Bukan tu je malah tekstur kulit dan tone muka , dada dan otot peha dapat dipulihkan.


Adik atiey selalu guna vitamin e ni sebagai masker. Boleh mengurangkan kesan parut jerawat lama.


Oh ye..dah dua vitamin untuk kulit, ada lagi satu yang tak patut kita lupa iaitu B - Complex. Ia lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Bioktif Berpaten.

Dengan vitamin b ni, stress dan tekanan dapat dikurangkan. Nak cantik jangan stress. Betul tak?

B -Complex boleh membantu kestabilan saraf dan meningkatkan proses berfikir, cegah kanser serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik .



Mehla kita cantik dan sihat dalam masa yang sama.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...