Blog Archive

December 5, 2016

Betul Ke Soya Bahaya Untuk Kesuburan Lelaki dan Wanita?


Dari dulu hingga kini, soalan ini madih belum ada jawapan yang kukuh sebenarnya.

Bagaimana kacang soya boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan?

Sebelum tu, perlu kenal dulu sedikit fakta tentang kacang soya ni. Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormon kesuburan wanita iaitu estrogen.


Tapi perlu faham yang hormon ini terhasil dari sumber tumbuhan dan dinamakan phytoestrogen yang mana di'subclass'kan sebagai isoflavones.


Apa benda pulak isoflavones nih? 


Macam tadila. Ia adalah sejenis phytoestrogen yang terdapat pada tumbuhan dan mempunyai struktur kimia yang sama dengan estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan reseptor yang sama dan sebab tulah ia dapat mengimbangi paras estrogen dalam badan.


Namun perlu ingat, kesannya tak sama jika nak dibandingkan dengan hormon estrogen sebenar. Kadangkala ia memberi kesan antiestrogen yang membantu tubuh berdepan dengan gejala menopouse serta menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.


BETULKAH SOYA MEMBERIKAN KESAN KEPADA KESUBURAN?


Susah nak kata ianya tepat kerana ada pendapat mengatakan mereka yang berada di negara pengeluar soya tidak menunjukkan pengurangan kelahiran jika nak dibandingkan dengan negara lain. Tiada kajian sah menunjukkan soya penyebab kemandulan.


American Family Physician mengeluarkan kenyataan berkaitan kajiannya dalam majalah rasminya memberitahu bahawa pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama seseorang wanita tu mandul. Ini kerana kemandulan boleh disebabkan oleh pelbagai punca.


Manakala kajian di American Journal of Clinical Nutrition juga menyatakan bahawa pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan malah tidak menjejaskan peluang untuk hamil dan melahirkan.


Bagi lelaki, isu kemandulan seharusnya perlu juga dikaitkan secara lebih luas termasuk cara hidup. Sama ada ada terlibat dengan pengambilan alkohol atau merokok, kegiatan seksual dan diet.


Apapun yang kita ambil, haruslah secara sederhana. Pengambilan mana-mana makanan secara berlebihan tidak digalakkan, termasuklah soya. Harus ada sukatan yang tertentu.



Contohnya seperti ESP Shaklee. Pengambilan yang disarankan untuk orang dewasa adalah tidak lebih 3 sudu besar sahaja dalam sehari. Pengambilan air pula biasanya dicadangkan sehingga 3 liter sehari untuk melancarkan proses keberkesanan tu.


Lagipun ESP Shaklee memang dibuat daripada soya non GMO. Maksudnya soya yang tak diubah secara genetik. Memang soya organik gitu.


Alkohol tak terlibat langsung dalam proses penghasilan ESP. Kualiti sangat dijaga. 


Dijamin selamat kerana tiada bahan pengawet dan tiada bahan kimia berbahaya. Yang penting, disahkan halal oleh Jakim.


Alang-alang nak minum soya, minumlah soya yang terbaik. 



Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! 
Attiey : 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...