Blog Archive

December 19, 2016

Ambil Vitamin Jangan Lupakan Sayuran Organik

Suami selalu pesan...sayur adalah sayur...supplemen adalah supplemen. Walaupun makan supplemen, tetap kena makan sayur. Makan sayur, supplemen tetap ambik jugak.

Petua nak pilih sayur, cari yang daunnya ada kesan kena makan ulat. Pernah dengar? Sebabnya kalau ulatpun tak berani makan, boleh bayangkan tak bahan kimua yang duk melekat kat situ?

Pernah atiey beli tomato kat satu pasaraya ni. Cantik berkilat tapi terkejut sebab tomato tu boleh tahan sampai sebulan. Tak rosak. Padahal kalau yang biasa, seminggu dah nampak lain.

Nak cakapnya, mungkin kita rasa kita dah makan sayur tapi disebabkan sayur sekarang tak macam dulu dan ada yang dah tercemar dengan bahan kimia, kita tak dapat khasiat dan manfaat sepenuhnya. Sebab tu kita kena top up dengan pengambilan supplemen.

Tapi jangan lupa, sayur mengandungi serat. Baik untuk penghadaman dan kalau nak turunkan kolestrol pun disarankan makan banyak sayur-sayuran.

Yang dah suka sayur, teruskan. Cuma tambah supplemen je. Yang dah ambik supplemen, jangan tinggalkan sayur tau.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...