Siapa Yang Bertanggungjawab Menghasilkan Kombinasi 9 Herba Mencipta Formula Herb- Lax?

 


Biasanya bayi yang lahir akan menangis-nangis tapi semasa baby Forrest dilahirkan, dia tak  macam tu. Tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yang merawatnya buat jangkaan dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.


Jadi, bila doktor dah cakap macam tu, ayah dia dah give up dan  seolah-olah  tunggu je anaknya meninggal.


Cuma mak dia taknak give up. Apa yang mak dia buat? Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba - herba  yang ada healing properties. Mak dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di lowa. Jadi, di lowa tu mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.


Lepas berpindah, mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun baby Forrest  tak bergerak-gerak  tapi dia sangat positif. Ketika baby Forrest umur 4 tahun,  dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!


Kalau sebelum ni doktornya buat ramalan yang Forrest cuma boleh hidup hingga usia 8 tahun je,  sebaliknya Forrest menjalani zaman kanak-kanak  dan remaja dengan baik. malah beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.


Mengambil kisah hidupnya sendiri sebagai sumber inspirasi,  Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.


Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.


Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam untuk menolong orang yang sakit tapi  tak mampu  untuk datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya. Maknanya, dia yang pergi kepada pesakitnya.



Kerjanya berkaitan dgn tulang. Jadi Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Sekali lagi  beliau dijangka tidak akan hidup lama.


Tetapi Forrest taknak berputus asa. Beliau tetap nak terus berbakti lagi. Jadi,  beliau jual klinik dia dan  pindah lagi ke kawasan ladang dan memulakan  regime pemakanan berasaskan herba  dan  buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.


Kalau nak tahu, masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.


Setahun selepas itu, Dr. Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya kesembuhan tu   adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.


Forrest kembali membuka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest mengubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik lagi dan sambung belajar.


Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...